Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 13, 2011

INSYA-ALLAH INI JANJI SAYA..


Semalam konsert Qaisara. (ceritanya akan saya letakkan esok). Tetapi saya mahu menceritakan perihal ibu bapa yang datang atau tidak datang menonton persembahan si anak.
Semalam saya jumpa seorang anak perempuan berusia 10 tahun, yang menemani adiknya mengadakan persembahan konsert. Kasihan pula saya. Tetapi mendengar penjelasan anak itu saya maklum, ibunya ada hal yang lebih penting dari melihat konsert anaknya.



Saya siap bawa penyokong yang ramai. Itu belum campur adik dan pekerja saya yang duduk di belakang. He he he


Melihat diri anak itu saya teringatkan diri saya satu ketika dahulu. Apa sahaja persembahan atau hadiah yang saya rangkul di sekolah rendah. Tidak ada siapa yang datang melihat dan memberi sokongan. Ketika bersekolah rendah, saya memang sangat aktif. Ketika itu saya langsung tidak berasa sedih, jauh sekali untuk berkecil hati kerana saya sudah dididik dengan cara yang begitu. Cuma bila ada yang bertanya..
"Anak siapa yang pandai tu? Banyak hadiah dia dapat?"
 Walau ketika itu emak dan abah saya tidak mendengar pujian tersebut dan saya tidak pasti  adakah mereka bangga dengan saya, saya tetap bangga dengan diri saya sendiri.




Kusyi yang ada kerja lain terpaksa berkejar dalam kesesakan lalu lintas untuk sampai tepat waktunya sebelum Qaisara melakukan persembahan.

Namun selagi hayat di kandung badan. Saya berjanji pada diri saya sendiri. Apa sahaja acara yang membabitkan Qaisara. Saya akan pergi untuk memberikan sokongan. Saya mahu anak saya dapat apa yang saya tidak pernah dapat satu ketika dahulu. Mungkin bagi orang lain, semua itu tidak membawa makna tetapi bagi saya ianya terlalu berharga dan besar ertinya bagi saya.

Terima kasih pada sahabat-sahabat saya. Sokongan mereka pada Qaisara membuat saya terharu..


 Zul sampai duduk di bawah sebab tak ada tempat. Ha ha ha


P/S Ketika saya menulis entry ini, ada air mata yang menitis..tidak tahu kenapa..sob sob sob..



9 comments:

Leeza said...

Salam kak..saya juga menangis...sebab teringat masa silam yang serupa. ya..berikan terus sokongan pada Teta kerana ia akan lebih memberikannya motivasi. Seakan saya tahu apa yang akak rasakan....jangan biarkan anak2 kita melalui kepahitan yang pernah kita dapat.

Azwani said...

saya pun sedih jugak bila baca entry kak yati ni sebab saya teringatkan cerita mak saya. Sama macam kak yati, ibubapa dia tak pernah hadir ke sekolah memberi sokongan. Sebab tu dari saya sekolah rendah hingga umur saya 27thn dan telah bersuami, kedua-dua ibubapa saya masih memberi sokongon kepada kami adik beradik tak kira dari segi apa atau apa acara sekalipun.

Hafimi Huzin said...

alhamdulillah kak yati. beruntung qaisara. sy pown bertuah sgt sbb ada keluarga yang sentiasa menemani saya di mana saja. saya tak kisah digelar anak emak ataupun anak manja. yg penting sy besyukur. mcm konvo baru2 ni, ada sorg kwn sy tu orang kurang upaya. ayah dia malas nak datang. bukannya busy pun. cuma mahu duduk rumah dan semak serba sikit kerja2 pejabat. mak dia saja yang datang. kesian sangat. kebanyakan yang kes mcm ni adalah mak bapanya yang busy dan datang dari keluarga berada. minta2 lah dorang sedar juga bahawa kebahagiaan itu adalah segala-galanya :)

mamaijat said...

...banyak sebab boleh buat kita nangis..bagi saya..walau anak2 saya ada mama & ayah yang dah x sebumbung ..tapi demi anak2 saya & mr X akan sedaya upaya bersama menghadirinya.
yang x bersama ..kami..tapi anak2 masih ada ibu & bapa....

idasm said...

ida pun sebak baca entry akak ni. sebab ida pun lebih kurang akak jugak.
insyaallah kn kak, kita akan bagi yg terbaik buat anak kita.

comel qaisara. mesti dia bersemangat nak buat persembahan tu kan...

GreenJade said...

sy pon senasib kak..apa2 event parents sy tak pernah hadir.almaklum makbonda ibu tunggal yg bz menguruskan 6 anak2 nya.

InsyaAllah bilamasa sy mmpunyai anak2 sndiri nanti, sy pon spt akak..mahu bg yg terbaik pd anak2 yg mana sy tak pernah merasainya zmn sekolah dulu.

betul2 terlupa konsert teta smlm..dh dpt tau pon dh lewat petang.tak sempat mau terbang ke sana.huhu

Rani Rashid said...

tanpa sedar mengalir air mata baca entri ni. saya pun mcm k.yati juga :(

Melissa Imran said...

salam Kak Yati,

Pengalaman belajar di sini, saya lihat ibu bapa sering menghadiri / support aktiviti anak2, walaupun cuma sukan sekolah (hanya bertanding mewakili kelas), kerja rumah, projek sains, latihan bersorak etc. Saya kecil2 pun sama mcm akak, hinggakan saya graduate university ayah saya tak tahu pun saya terima anugerah Canselor hahaha

kakyong said...

terharu baca n3 ni kak..

saya pun mcm kak.. byk kali naik pentas masa sek rendah.. tp mak ayah x pernah hadir..

actually byk juga perkara lain yg orgtua saya overlook, @ tak buat utk saya.. & saya janji saya akan buat utk anak2.. saya tak mau anak2 rasa saya ni ibu yg tdk mengambil berat.. saya berharap saya mampu lakukannya..