Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, November 18, 2011

TETA TAK SALAH PUN?



Hari ini hari terakhir persekolahan. Qaisara semalam tidak mahu ke sekolah. Katanya bosan ke sekolah sebab cikgu sudah tidak memberi apa-apa lagi kerja untuk dilakukan. Tidak ada kerja menulis dan membaca.
"Tapi esok sayang pergi sekolah ya.."
Saya pujuk Qaisara untuk pergi ke sekolah hari yang terakhir iaitu hari ini.
"Kenapa nak pergi umi?"
"Jumpalah kawan-kawan Qaisara budak enam tahun tu, minta maaf. Salam mereka dan nanti salam dengan guru-guru sekali. Nanti Qaisara tak jumpa budak enam tahun tu lagikan?."
Suruh saya. Terkebil-kebil mata Qaisara mungkin sarat memikirkan kenapa dia diwajibkan menyalami pelajar tahun enam dan memohon maaf?
"Kemudian salam dengan kawan-kawan Qaisara.."
Sambung saya. 
"Kenapa nak kena salam dan minta maaf dengan budak enam tahun umi. Teta mana ada buat salah dengan dia orang?"
Ya..saya mengajar Qaisara, bila silap minta maaf. 
"Manalah tahu Qaisara terlanggar mereka ke? Ada cakap apa-apakah? Tak mengapa sayang mintalah maaf sahaja"
"Mana ada umi?"
Terkebil-kebil mata anak dara saya. Ha ha..saya mengaru kepala. Kalau Qaisara sudah mempertikaikan suruhan saya bermakna, saya akan menyediakan jawapan yang ringkas dan sangat memuaskan hatinya..
"Masa beratur kadangkala Qaisara terlanggar merekakah?"
"Mana Teta ada beratur dengan mereka umi. Teta beratur dengan kawan-kawan Teta aje?"
Ha ha ha aduh..aduh..budak ni.
"Tak apalah sayang, tak salah pun minta maaf..."
"Mana boleh umi, ada kawan Teta dia buat Teta pun dia tak minta maaf kenapa pula Teta tak buat orang Teta kena minta maaf.."
Dan sampai pagi ini, ketika bangun tidur..Qaisara masih bertanya kenapa dia harus minta maaf  dan saya masih mencari jawapan untuk memuaskan hatinya. 
Walau macam mana susah pun saya mahu memahamkan Qaisara, kerana saya mahu anak saya mendapat 'nilai' yang tidak diajar pada saya ketika saya seusia Qaisara.

7 comments:

Madam Casper said...

Kak Yati:
Agak susah bila kita sebagai ibu-bapa nak ajar nilai2 murni macam tu. Contohnya saya..membesar tanpa mak dan ayah..harap arwah Tok yang sibuk berkerja sbb nak cari duit..membuatkan buruk dan baik tu kita berfikir sendiri. Jadik sikap berdikari, degil dan keras hati..buat keputusan sendiri tu dah tertanam dalam diri. Bila ada anak ni kadang2 kita nak anak kita jadi macam kita..tapi mana boleh sebab depa ada keluarga yang complete iaitu ada ibu dan bapa. Memang mencabar sangat kak yati...kadang2 rasa tension.

ika~~ said...

comelnya teta..
teta ni bijaklah..:))

Diana AR said...

Anak zaman saya kecil2 dulu atau zaman mak bapa kita kecil dulu, kita akan ikut shj cakap mak bapa tanpa banyak cakap dan tanpa mengetahui kenapa kita perlu berbuat demikian. Tapi anak2 sekarang, logik akal mereka amat tinggi dan susah juga bagi mak macam kita nak menerangkan sebaik mungkin sebab musababnya. Kalau nak kata pada Teta mungkin dia ada tersalah kata atau kelakuan yang menyinggung anak2 tahun 6 tu kang lagi dia confuse hehe..

idasm said...

bijaknya Teta. mungkin akak boleh cakap kt teta... mmg adat persekolahan bila time perpisahan kena minta maaf dgn semua org... hehe... ke akak dh bagi alasan ni..

alKhattab Batik - Classic Elegant Unique said...

Betul cara akak. anak2 ptot dididik utk sentiasa menyedari kesilapan & kekurangan.. Manusia tak sempurna,tanpa sedar melakukan kesilapan.. :)

ieda said...

hahaha...pening mak dia...susah jugak kan ada anak bijak ni..

kakyong said...

kak yati,

memang susah kan kak, lebih2 lagi pada usia mcm teta nih.. Fikri pun susah nak disuruh minta maaf, .. jika ke rumah opahnya pun, jika mood nya tdk okay, dia langsung tak mau salam opahnya mahupun atoknya... ishhh, kdg2 saya geram jugak.. sbb kita tak mahu dia hormat org pd masa2 tertentu jer..