Selamat sampai ke Venice atau Vieneiza dari Milan dengan menaiki kereta api. Hmm...tempatnya sana sini sedang diubah suai. Serabut dengan manusia dan anjing. Sampai naik bot, naik bas pun kena naik dengan anjing. Kalau anjing tersebut bersopan tak apa juga. Ini anjing sebesar budak dan dalam bot di vienieza ini seorang wanita marahkan seorang lelaki, sebab membiarkan anjingnya mnghidu-hidu barangan yang dibawa oleh wanita tersebut.
Sebenarnya semalam hari lahir suami tercinta. Ha ha tapi tak celebrate pun. Bising juga Qaisara kenapa tak celebrate birthday baba kesayangan dia. Suami? Dia bukan jenis hari lahir harus disambut. Kita nak belikan dia hadiah pun harus jangan dia nampak. Kalau tidak bisinglah dia. Kalau dah beli, bagi baru dia ambik. Macam mana nak beli hadiah kalau dia asyik mengekor saya sahaja. He he..
Lelaki yang membawa beg plastik itu adalah pak Seyit. Bukan dia membeli barang-barang cenderahati sebaliknya dia membeli susu, keju dan juga sayuran. Ha ha ha
Bandar air, air di mana-mana sahaja. Kagum jugalah dan terfikir bagaimana bangunan ini dibina.
Layan gambar sahajalah ya. Tempat yang saya rasa cantik sahaja saya ambil. Bila suami tanya nak pergi Italy lagi tak? Bagi saya cukuplah. Saya tak berminat Italy. Saya lebih sukakan Holland. Orang mengayuh basikal. Bandar kecil yang penuh dengan keju. Udara nyaman, pokok bunga yang banyak..kanak-kanak berlari di padang. Ianya sangat indah...
10 comments:
Gambar2 akak buat saya terbuai buai la..Romantik bangat pemandangannya
aween dapat kamera okay kali ini..cantik le gambar2 dia..ha ha
naik gondola tak kak?
Bestnya NB gi bercuti anak branak..
Alhamdulillah..
bestnya venice...romantik je viewnya
yatie semalam ombak kuat kat st marco tunggu bot tu pun akak dah mabuk..kalau gondola macam genting tu tak apalah tapi tak taulah.ari ni pergi lagi..insya-ALLAH
Alhamdulilah kak Nani rezeki ALLAH bagi..
Genuine..ha ha gambar terpilih tu, itu nampak cantik..
cantiknya gambar2 yang di ambil terang dan jelas...mcm pro saja org yg mengambilnya...do enjoy yr holiday and remember to come back to Malaysia safe and sound...
tenang je tengok bandar air tu....romantik pun ye jugak..
NB, dulu sebelum saya pg Venice memang teruja lah sangat, org kata Venice is a romantic place. Tapi hampa. Hmm, saya pun x berapa suka. Saya pg musim winter, dah sesak. Tak boleh bayangkan time summer lagi ada public holiday. Tuari masa jumpa kat Bookfair kan saya dah kasitahu kalau holland memang banyak bunga. Kak Yati sempat tak ke Franz Roosen Garden?.
Anyway, selamat menikmati keindahan ciptaan Allah. Semuga selamat dlm perjalanan. Take care.
Post a Comment