Semalam anak buah saya Mustafa membawa saya anak beranak ke tempat barangan terpakai di OSS ini, menghabiskan masa yang terluang kerana menunggu Qaisara sihat sepenuhnya.
Qaisara dalam demam-demam pun ikut kami. Teruja dia dengan barang permainan yang banyak dan murah.
Deretan puzzle terpakai. Rata-rata dijual dengan harga RM1-2. Qaisara beli sampai 4. Dah habis main dah pun.
Pak Seyit yang dah penat tunggu saya bersama Qaisara.
Inilah Mustafa. Sabar tunggu emak saudaranya membelek barangan. Semua barangan ini adalah untuk di jual. Ada kain baju, kasut, beg tangan dan semua benda adalah. Emak dengan ayah sahaja yang tak ada di sini.
Saya nak beli sterika ini harga cuma RM20 sahaja, Tetapi berat nak bawak balik. Suami suruh fikir habis-habis sebelum balik ke Malaysia. ha ha
Saya jumpa stroller yang macam dalam cerita Mr Bean. Cute aje..ha ha
Saya suka kerusi yang ini RM80 lebih kurang
Ha ha barang penuh satu bonet tapi sayang nak tinggalkan kedai ini. Masih terhegeh-hegeh sedangkan Pak Seyit dan tak sabar dah nak pergi.
7 comments:
salam kak yati... sukenya saya kedai mcm ni.... kalau ade kat m'sia kan best... wing chair, kerusi2 tu memang best laaa.... mainan pun best... fuhhhh
waaa...murahnye kak...kalau ada kat malaysia kedai mcmni mmg borong abis abisan...
akak,nk tnye.act anak akak brape org?kt sidebar ade dua..tp akak slalu mention sorg tu je.
mmg bets kak kedai 2nd hand kat europe dgn jepun. brg elok2 lg...murah pulak tu. mmg wajiblah penuh bonet kereta hehe
singgah jengah kak yati...
malam ni misi mngkhatamkan n3 yg lama tertinggal ;)
kak balik turki rupanya...
Kak Yati ada kat Holland sampai bila? Saya pun dok kat Holland jugak, teringin nak jumpe akak..camne nak contact ye?
kerusi tu cantik sangatlah kak, suka pulak saya tengok
Post a Comment