Kalau nampak tabung ini di PESTA BUKU SELANGOR, sudi-sudilah masukkan seringgit dua ke dalamnya ya.
Alhamdulilah syukur ke hadrat ALLAH yang membuka hati pembaca menderma untuk Kembara Ukwah ke Utara yang akan dilakukan pada bulan puasa nanti (tengok banner di atas). Kami telah pun mendapat maklumat secara terperinci keperluan yang dikehendaki oleh kedua-dua buah sekolah ini.
- Pusat Jagaan Anak Yatim Ummu Sufiah, Kampung Sungai Mas, Taiping. Di sini jumlah anak-anaknya ialah – 30 (Lelaki – 2, Perempuan – 28) Kakitangan – 10
Di sini kami akan menyumbang:
Duit raya : RM20 seorang X 30 (RM600)
Baju raya (kain & tempah) : RM60 seorang X 30 (RM1800)
Kuih raya : RM30 seorang X 30 (RM900)
Berbuka/bersahur : RM500 (dua hari makan)
Sumbangan kepada rumah : RM2000
Jumlah = RM 5,800
- Rumah Teratak Rahmat, Mata Ayer, Perlis. Di sini jumlah anak-anak yatim ialah 36 (Lelaki – 19, Perempuan – 17). Kakitangan – 12 (Lelaki – 7, Perempuan – 5).
Di sini kami akan menyumbang:
Duit raya : RM20 seorang X 30 (RM600)
Kuih raya : RM30 seorang X 30 (RM900)
Berbuka/bersayur : RM500 (dua hari makan)
Sumbangan kepada rumah : RM2000
Jumlah = RM 4,000
- Projek Perpustakaan anjuran Iskandar Syah Ismail (Dr Bubbles)
Sumbangan = RM2000
4. Jumlah besar yang kami perlukan ialah = RM11,800
SENARAI DERMA YANG DITERIMA DIPIHAK SAYA
1. Hamba ALLAH : RM430
2. Pesta Buku : RM121
3. Hamba ALLAH n9 : RM100
4. Zatulhidayu Zulkifli : RM50
5. Halimah Awang : RM100
__________
RM801
__________
Kepada yang telah menderma diucapkan setinggi terima kasih, moga ALLAH murahkan rezeki berlipat ganda pada kalian semua. Pada yang belum menderma juga didoakan dimurahkan rezeki dan dibuka pintu hati untuk menderma. AMIN.
3 comments:
salam akak...
kalau buku terpakai... boleh bg ke? nisa ada bnyk buku2 terpakai dan masih elok lg... bila pindah mak tak bg bawak skali sbb da takde space huhu.. kami simpan kat rumah lama... sayang buku2 tu.. kalau biar je mesti rosak.. kalau boleh akk bagitau la ya... thanks akak...
Nisa salam, thanks dengan niat Nisa nak menderma buku terpakai, tapi kami tepaksa menolaknya kerana kami hanya menerima derma wang ringgit untuk perpustakaan itu. Pihak anak-anak yatim dan ahlijawatankuasa akan menyenaraikan buku apa yang boleh dibeli untuk perpustakaan tersebut yang sesuai untuk dibuat rujukan dan pembacaan anak-anak ini. Terima kasih sekali lagi Nisa kerana berniat murni..maaf ya..
owh ye ke.. emm takpe la kalau mcm tu..
Post a Comment