Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, June 3, 2011

PULAU LIDO

 Semalam saya mengambil keputusan ke Pulau Lido. Pulau yang dikunjungi oleh orang ramai untuk berenang dan bermain perahu layar. Sebenarnya tidak ramai ke Pulau Lido. Mereka lebih tertumpu di San Marco. Pulau Lido ini seperti pulau Langkawi tetapi lagi kecil rasanya. Terdapat banyak bar di sini. Kami duduk untuk minum, tak ada pun orang layan kami angkat punggung. Orang Italy memang kurang ajar dan selalu memandang rendah pada orang asing terutama bertudung! Nasib saya sudah bersedia membawa bekal roti dan tuna serta makanan Qaisara. Air sahaja yang kami beli di situ.


 Qaisara di dalam feri. Balik dari berjalan-kalan Qaisara demam. Cuaca memang begitu panas di Italy dan kebetulan hari ini adalah hari Kebangsaan Italy jadi ramai orang bercuti di Venice ini. Macam lumut. Orang mahu menaiki gandola bukan main ramai. Harga menaiki gandola RM430. Suami suruh saya naik bersama Qaisara saya fikir punya fikir. RM430 adalah terlalu mahal untuk perjalanan beberapa minit. Sejak akhir-akhir ini saya memang berkira dalam wang ringgit kerana ada beberapa projek kebajikan dalam perancangans saya dan saya fikir RM430 amat besar bagi orang yang memerlukan. 


 Salah satu pemandangan yang sempat saya tembak sebelum sampai ke pulau Lido.


 Berselisih dengan kapal..takut..he he


 Selamat datang ke Pulau LIdo!


Qaisara kita sibuk ambil gambar dia sibuk tunjuk muka dia..ha ha ha

 Salah satu jalan yang menarik perhatian saya di Pulau Lido.



 Bunga magnolia yang mengharum di pulau ini. Ya..pulau ini sangat harum dengan pelbagai bunga tetapi saya amat berjaga-jaga untuk menciumnya. Tak pasal-pasal saya dapat semput. he he. Suami siap nak curi bunga ini untuk saya. Tapi saya tak izinkan. Saya memang tak suka kalau orang petik bunga. Biarkan bunga tersebut layu dengan sendirinya.


Salah satu buah yang sempat saya tembak...

Terus terang melawat Vinezia ini kita  perlu menjaga mata dan menundukkan kepala. Kalau tidak, tak pasal-pasal kita dapat dosa kering. Orang berpeluk dan bercium sana sini. Qaisara sudah pandai, melihat orang bercium dia cepat-cepat menutup mata. Hairan mereka melawat gereja tetapi anak-anak muda yang saya rasa tidak bernikah, berpeluk dan bercium tanpa segan silu. Apa perasaan mereka ya?Oh...tempat ini tidak sesuai untu mencuci minda. Berkali-kali saya terfikir kalau tsunami melanda kerana perkara mungkar ini apakah saya akan terbabit sama. He he sampai ke situ sayakan?


7 comments:

Kak Aya said...

banyak pengetahuan yang saya timba daripada perjalanan kak yati di sana...terima kasih untuk perkongsian berguna ini

Leeza said...

berdecak kagum saya kak...beautiful pictures described all the beautiful creation of Allah. Suka dengan gambar pak seyit dan teta berjalan di jalan berbunga....makin mahir je akak ambik gambar.

hamidah said...

MasyaAllah..cantiknya pemandangan kat sana ye kak..bila la gaknya nak sampai nih...

Rizziela said...

Cantiknya pemandanganya..bila lah saya nak sampai ke sana?

Unknown said...

tak dapat g sane..baca melalui blog kak yati pun dah cukup...tq for sharing!

baby ryu zahid said...

salam kak yati cantik betul bunga bunga kat sana ..ntah bila lah turn saya dapat pegi..

Ann Ishak said...

buah apa tu kak...macam best pulak bila tengok