Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 1, 2011

MILANO,,,PENDUDUKNYA YANG SUDAH HILANG NILAI!

Kalau ada pembaca yang tanya saya, antara Holland dan Italy mana satu negara yang harus kita lawati. Saya cadangkan Holland. Bagi saya Holland satu bandar yang sangat cantik. Penuh dengan bunga-bunga, amat mesra dengan anak-anak dan pesekitaran yang aman damai tidak bercelaru seperti di Milan.


Saya tiba di Milan pada hari Isnin dari Holland. Menaiki kapal terbang dan seperti biasa Airlines di Eropah tidak tahu bahasa. Saya minta makanan muslim tetap diberi makanan yang sama dengan apa yang orang lain makan. Tetapi kali ini pramugari/ra KLM tampak lebih mesra dan baik. Tidak macam dari Kuala Lumpur ke Holland.



Di Italy ini terutama di Milan orang lebih senang berjalan dengan anjing daripada anak-anak. Amat jarang saya melihat mereka membawa anak-anak.Tetapi lelaki perempuan membawa anjing ke mana-mana mereka pergi. Bahkan terjadi sesuatu yang sangat menyakitkan hati saya ketika balik ke hotel.

Semasa di Milan kami berjalan dengan menaiki kereta api metro atau dipanggil Metro sahaja.. Tidak susah mahu mengambil metro walau pun ada beberapa lane, contohnya M1, M2, M3. Kita kena pandai menukar metro ini di mana-mana sahaja dengan bayaran 1 euro. Qaisara tidak dikenakan bayaran. Tetapi layanan penumpang terhadap kanak-kanak sangatlah buruk. Semasa kami mahu pulang ke hotel di Berna ketika itu kami berada di Lima. Dari Lima kami terpaksa menukar metro di Doumo dan barulah ke Berna. Ketika di stesen LIma orang ramai sudah menunggu. Kebetulan kereta api ke Duomo mempunyai masalah. Bila kereta api datang, penumpang bertolak-tolak langsung tidak bersimpati dengan kanak-kanak. Beberapa kali metro berhenti (metro ini dibawah tanah). Panas sudahlah tidak boleh di cakap. Jadi saya terpaksa mengeluarkan kertas untuk mengipas Qaisara dengan begitu bersungguh-sungguh. Rata-rata semua orang memandang ke arah saya. Apa yang pelik tak tahulah!
Kami kemudian berhenti di Duomo dan saya beritahu Qaisara insya-ALLAH nanti Qaisara akan dapat duduk.
Rupanya tidak. Saya berdiri betul-betul di hadapan beberapa orang perempuan dan lelaki mereka pura-pura tidak memandang.
Dan lebih mendukacitakan, apabila seorang penumpang mahu turun. Saya menolak Qaisara untuk duduk, tempat tersebut dirampas dengan segera oleh seorang perempuan muda! Suami sangat marah. Dengan suara yang tinggi suami bercakap dalam bahasa Inggeris dengan saya, menyatakan betapa biadapnya perempuan tersebut. Bahkan suami bercakap berselang seli dengan bahasa Italy. Semua yang duduk di situ rasanya faham kerana mereka memandang kami. Tapi perempuan tadi memang dungu!
"Umi..dulu kita pergi jumpa kak Kham, naik komuter Teta berdiri ada perempuan bagi Teta dudukkan?"
Qaisara mengingati kembali cerita dia ke Shal Alam.
"Yelah sayang.."
"Kenapa orang dekat sini teruk ya."
Saya tidak dapat menjawab. Saya teringat kempen yang pelakonnya Adlin Aman Ramle (betul ke nama pelakon ni? Ha ha) yang tidak memberi penumpang duduk di dalam LRT.  Kita puji iklan tersebut dan kita keji sikap penumpang yang tidak bertimbang rasa dengan penumpang yang lemah.
Rasanya di Milan, iklan tersebut harus disiarkan ditelivisyen mereka yang berpuluh-puluh rangkaian itu supaya sedar sikap penduduk Italy yang buruk itu!
Terus terang saya benci dengan kebanyakkan pekedai Italy yang sombong, penduduknya yang angkuh! Pekerja di carrefour pun berlagak semacam. Jangan kata sebab saya orang asing mereka melayan saya dengan buruk tetapi suami yang fasih berbahasa Italy pun bersungut mengatakan orang Italy sudah hilang nilai sekarang ini!


Ini sahaja yang saya suka mengenai Milan. Buah cerinya yang banyak di jual merata.

Anak saya yang sudah kepenatan..he he..




8 comments:

Aziela said...

Terbukti yang rakyat Malaysia masih tinggi nilai budi bahasanya... Tetapi kenapalah digembar gemburkan di media antarabangsa dengan sikap tidak sopan kita? Siapalah yang membawa propaganda palsu nia kan...

Nor Azlina Yusof said...

Kesiannya kak teta bila baca cerita akak ni..mat saleh ni ada macam2 jenis2..so dari cerita akak, org itali tak mesra alam la rupanya

yatie chomeyl said...

Milan memang x best utk jalan2 kak..takde apapun melainkan designers butik utk org2 yg gila fesyen kot. tp ada satu kedai bakery yg sgt femes di Milan, akak try tak makan kat situ?


sempat pergi Venice tak kak? Florence pun lagi cun dari Milan, you should go :)

EnO said...

macam2 perangai org kan kakk.. tp kt malasyia niee punn ade gakk cam tue kakk.. slalu klu pepagi nak pegi kejeee.. time peak hour laa... kalau yg duduk2 tuee org2 mudeee... kalau nmpk yg pregnant atau yg tuaaa.. buat2 tdoo.. kesian tgk yg makcik2 nieee... x pikir langsungg.. slalu sy nmpak makcik niee kene berdirii... kalau sy dpt duduk.. sy bg laaa.. tp biasanyaa susah nk dptt..

kenkadang x phm ngan orang yg peel mcm nieeee... nmpak org pregnant n makcik2 terus buat2 tdooo... duniaaa.. duniaaa...

ieda said...

sebab tu lah agaknya pelancong selalu cakap org malaysia berbudi bahasa.walaupun ada yg hampeh tapi taklah sampai menjadi majoriti lagi..harap2nya kita rakyat malaysia mampu menjaga budaya adab sopan sampai bila2.

yati said...

kalau pergi tmpt org...baru teringat peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri kan...byk2 bersabar ya Yati

Kak Aya said...

beruntung kita dilahirkan di malaysia, masih kaya dengan adab dan budi bahasa.

bagus kak yati dapat timba pengalaman sebegitu di sana...

Ann Ishak said...

bila baca cerita akak ni...saya rasa bangga sangat jadi orang melayu malaysia yang masih mengekalkan nilai bangsa sendiri