Kami ke rumah sepupu suami Muqram (tak tahu betul tidak ejaan ini) sebelah arwah emak mertua saya. Rasanya dah lama suami tidak berjumpa dengan sepupunya itu. Lebih kurang 20 tahun. Tapi kami tidak dapat berlama, sebab ada dua keluarga lagi yang harus dilawati dan Qaisara ketika itu sedang demam. Saya dihidangkan dengan makanan yang sungguh enak. Tapi malangnya segan pula nak ambil gambar. Ha ha
Ini keluarga sepupu suami. Anak dan cucu-cucunya. Qaisara ketika ini sedikit kebah demamnya. Tapi balik dari Utrech demamnya semakin teruk pula.
Ini salah seorang sepupu Qaisara. Baru berusia 10 tahun, tapi sangat prihatin apabila melihat Qaisara demam. Dia seperti seorang kakak yang pelindung.
Kami kemudian ke rumah seorang lagi sepupu suami. Kalau tak silap namanya Ibrahim. Adik kepada Muqram. Rumah teres yang ada halaman di belakangnya. Kalau di Malaysia halaman di hadapan rumah tetapi di Holland dan negara Eropah, halaman mereka biasanya di belakang rumah.
Ini belakang rumah, kami berbual sambil melihat pokok bunga yang di taman. Saya berangan nak buat halaman rumah di belakang, tetapi belakang rumah saya hanya ada 5 kaki sahaja lagi..ha ha..
Bunga di belakang rumah yang sempat saya tembak.
Buah epal yang sedang berbuah. Datang waktu yang salah, buahnya masih berputik..ha ha
Di belakang halaman rumah. Cuaca pula hari itu sangat cantik dan menyegarkan
Kudapan ini salah satu hidangan yang disediakan oleh tuan rumah. Ibrahim boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Jadi di sini bolehlah saya bersuara banyak sedikit.
Perasan tak Teta yang terbaring berselimut di sebelah suami?. Ketika ini Qaisara demam semula. Balik, kena marahlah dengan adik ipar saya kenapa membawa Qaisara berjalan-jalan. He he he..
Kami kemudian ke rumah yang ke tiga. Adik beradik Ibrahim dan Muqram jugalah, tetapi ketika itu tuan rumah berada di tempat kerja. Saya sempat mengambil gambar kaum wanita yang membuat yaprak di dalam rumah ini.
5 comments:
kak yati. nanti buat satu entry apa tu yaprak. boleh ke? :)
teringat laman rumah majikan sy dulu. habis ja musim sejuk. suami kak siti dah mula menanam benih sayur dan bunga.
tiap petang sy tukang siram pokok sambil tgok kapal terbang lalu.
bestnya..!!
Salam akk... kalau yg di jual dlm tin tu yaprak yg sama ke dgn yg akk selalu cerita kat blog ni? Nisa pegi jalan-jalan kat kedai Arab di UIA ni, terjumpa satu tin tu gambar dia mcm yaprak, tp nisa tak sure benda tu yaprak atau bukan hehe.. nak beli tapi takut tak sedap plak.. da la tin besar huhu... Akak rasa-rasa benda yang sama atau bukan ya :-?
Irma..yaprak resipi ada dalam blog ni http://norhayatiberahim.blogspot.com/2010/07/mari-buat-yaprak.html
Nisa sama tu, tapi itu yaprak segera. Kalau ke Turki rata-rata orang buat yaprak ini. Dari daun anggur. Orang melayu rasanya tak suka kot, ianya biasa dimakan dengan yogurt..
seronoknye akak dapat jalan2..
macam tu caranya buat yaprak ni...sedap ke rasanya?
Post a Comment