Semasa di Holland hari itu, 3 hari Qaisara demam teruk. Tetapi dalam demam-demam pun, Qaisara ni tidak suka duduk diam. Macam saya, serupa sahaja. Ada sahaja yang hendak dibuatnya dan bising bila tidak ada benda yang hendak dibuat.
Hari itu saya ada cerita kami pergi ke kedai terpakai dan beli puzzle di sana. Jadi ini salah satu cara penyembuhan untuk Qaisara. Kami beli empat puzzle.
Salah satu puzzle barbie ini. Abang sepupunya Salman ini cukup rajin melayan Qaisara. Main puzzle, menwarna dan kadangkala Qaisara pun dimake upnya. Masih dua puluhan. Handsome tak? Masih bujang trang tang tang.
Puzzle barbie ini memang cantik. Kami beli dengan harga 0.50euro sahaja. Sudahlah cantik besar pula ini, yang ini kami bawa balik.
Ini puzzle 3D. Qaisara dapat membuatnya sendiri, yang ini juga kami bawa balik. Sekejap sahaja sebenarnya Qaisara buat...
Salah satu puzzle yang Qaisara beli tetapi kami tinggalkan sahaja di Holland kerana tidak ada tempat untuk di isi.
Ini Qaisara dapat selesaikan dengan mudah, tapi terpaksa kami tinggalkan juga. Yelah naik KLM, hanya 3 beg sahaja boleh dibawa. Tidak kira kecil besar. Lebih 3 beg, kena 44euro satu beg. Ini pengalaman pertama saya naik KLM dan saya tak suka. Nanti saya ceritakan kenapa.
Qaisara bila dah sihat, duduk di muka pintu sentiasalah..ajak kita berjalan..ha ha ha
8 comments:
~ kak yati..gambo sume cechantek kan..
best nyer...comey dan cantik teta...
comeynya puzzle barbie dan 3D tu..nanti nak cri jugak lah kat kedai 2nd hand...
Agak2 jumpa tak puzle gitu kat kedai bundle di Malaysia??
cute qaisara possing yg gambar last tu...
akak...ehem2 tu bujang lg eh? hehehehe
Teta mmg bijak sb tulah sekejap aje siapnya..
amboi...sukanya hati anak dara nih
Post a Comment