Sumber dari Berita Harian.
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.
“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.
“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.
Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.
Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.
p/s Saya rasa tidak patut perkataan pelacur ini disamakan dengan isteri yang kedudukan dan tarafnya cukup tinggi. Dalam hubungan suami isteri, seks bukanlah segala-galanya. Persefahaman, kasih sayang, pengertian dan ilmu adalah tunggakan kehidupan dalam melayari kehidupan berumah tangga. Rumah tangga di mana kita belajar menerima kekurangan dan kelebihan suami dan isteri. Tidak semua isteri mempunyai kebolehan seksual yang tinggi begitu juga suami. Kasih sayang kadangkala bagi sesetengah pasangan cukup dengan memegang tangan ketika berjalan, mengucapkan terima kasih selepas isteri menghidangkan makanan dan melibatkan perkara kecil yang kadangkala orang terlepas pandang.
aku bukan budak baik
9 months ago
18 comments:
salam kak...walau saya bukan seorang isteri saya marah jika isteri disamakan dengan pelacur. mak saya ,adik beradik saya, kawan2 saya, guru2 saya..semuanya yang saya kenali majoritinya adalah isteri. Takkan saya nak samakan mak saya sebagai pelacur dan saya ini anak pelacur? Ceh....manusia tak berotak sungguh. Rujuk Al Quran dan Hadis..betapa taraf isteri sangat dimuliakan. Ramai orang yang tak berpeluang menjadi isteri. Jika jodoh sampai setakat itu, bagai menolak takdir Allah...marah sungguh saya ini. Kelab bodoh jika menganggap isteri sebagai pelacur.
kak yati, saya tersangat bersetuju dengan pendapat kak yati di bawah artikel tersebut.
Seks bukan lah faktor paling utama di dalam sebuah perkahwinan.
Salam Kak Yati,
Dayah rasa weird sgt dgn club ni. Yang di stress kan sangat-sangat dalam artikel-artikel yang saya baca sama ada melayu atau inggeris semua berbabit "seks" ceteknya pemikiran seorang isteri kalau itu sahaja yang di pentingkan. Kegagalan yang Dayah nampak sekarang ramai yang lupakan ilmu. Terlampau ghairah mengejar dunia bekalan di dada mungkin sifar.
teta dah sihat kak? Mudah-mudahan sudah beransur baik, take care kak.
salam pn NB..
saya setuju 200% dgn pn..x patut isteri disamakan dgn pelacur. Islam dh angkat taraf hidup wanita, kenapa nk jatuhkan semula...mmmm...betul tu,seks bukanlah segala2nya..bnyk faktor lain yg lbh penting menyumbang pd kebahagiaan sesebuah perkahwinan..apa2 pun maksud yg dia dan kelab tu nak sampaikan, saya tetap tak boleh terima bila dia suruh isteri jd mcm pelacur!!
salam pn NB
siapa dia ni sebenarnye????????
adakah dia seorang pelacur..... maka dia berkata begitu.... sedih dgn orang yang berpendidikan tapi ambil mudah dalam mengeluarkan kata kata..
Sebagai isteri saya tak nak disamakan dengan pelacur....atau jadi pelacur kepada suami sendiri... saya ada maruah diri...
Menyampah saya baca alasan bodoh dengan ayat paling bangang dari orang perasan bijak macam perempuan tu kak. Patutnya lelaki yang makan luar tu lah yang salah Dan kena muhasabah diri. Apahal pulak isteri kena layan mcm pelacur ? Kalau gitu lg senanglah laki nak tukar2 pasangan, sebab pelacur kan boleh bayar Dan guna je - no offense utk pelacur di luar sana but I am totally offended by these stupid suggestion.
Patutnya carilah perumpamaan yang lain kan.. tak patut betull..
salam sejahtera kak yati :)
sha setuju dengan pendapat akak and akak2 yang komen di atas.
sha kawin muda, umur 23 dah kawin, jadi sha yg muda ni pon rasa tak patot samakan isteri dengan pelacur. taraf isteri itu seorang perempuan yang dekat di hati suami. Mungkin dia maksudkan kena layan macam seorang pelacur tu kena penuhi macam mana keinginan suami. pada sha seks bukan segala2nya...persefahaman tu penting :) kasih sayang tu perlu :) cinta tu wajib :) hanya untuk seorang lelaki bernama suami ...
salam kak yati... betul pendapat kak yati... saya pun naik pening la zaman sekarang ni.... macam2 idea dan tindakan yang menyesakkan perasaan...
apa ni, saya bukan pelacur. saya seorang isteri.pelacur dan isteri maksudnya berbeza.
x rela diri disamakan dengan 'pelacur'...
perlukah kelab seumpama ini di Msia.. ??
Salam semua, kita patut kembali merujuk kepada pengertian sebenar isteri dan pelacur. Ambik dalam fahaman mudah lah, isteri seorang wanita yang berkahwin kerana memenuhi tuntutan agama dan mengelakkan timbul fitnah. maka darjat wanita itu akan ditinggikan, insyalah. manakala pelacur adalah satu kerjaya yang dipilih oleh seorang wanita yang membelakangkan hukum agama, mewujudkan fitnah, secara tidak langsung menjatuhkan martabat wanita itu sendiri. Tidak kira lah mereka itu pelacur kelas mana. So kesimpulannya saya tidak setuju dengan penyamaan isteri dan pelacur.
Pelacur hanyalah memberi khidmat dengan bayaran. Manakan sama dengan isteri yang tidak mengharap layanan. Tambahan lagi, hubungan kita dengan suami diiringi dengan keikhlasan dan doa, bukan seperti pelacur.
Lagi satu, saya AMAT TIDAK SETUJU dengan kenyataan bahawa "Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual." Kerana setakat ilmu yang saya perolehi dari ustaz dan ustazah, tidak disebutkan dalam al-qur'an dan hadis yang memasak, mengemas dan sebagainya ialah tanggungjawab mutlak dan hakiki seorang isteri. Semua itu harus dikongsi bersama oleh sepasang suami isteri. Masyarakat kita harus membetulkan kembali mind setting tradisi Melayu ini. Jangan biarkan kaum wanita diperhambakan lelaki dari segala sudut. Kita ikhlas, Alhamdulillah, namun bukan sehingga perlu mengorban nyawa di atas dasar yang kononnya itu TANGGUNGJAWAB.
yea akak betoi!Seks BUKAN perkara utama dlm sebuah perkahwinan..
Yg paling penting agama,iman dalam dada..Kalu takdak agama,takdak iman,layan seks lagu mana hebat sekalipon masalah akan timbul jgk!!
Haiih...mcm2 manusia ada.
Salam Kak Yati,
memang tak patut Naib Presiden tu cakap macam tu. lebih2 lagi bab "melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami" jika ditanya pada beliau sendiri, apakah beliau sanggup melakukan seks luar tabii kerana suami berkeinginan begitu, adakah beliau sanggup? jika jawapan nya Ya, maka beliau la seorang pelacur kelas atasan.
Sepanjang saya mempelajari ilmu agama dan bab munakahat, belum pernah saya dengar tugas seorang isteri melaksanakan kerja2 rumah dan melayan kehendak suami dengan cara apa sekalipun. setahu saya, isteri boleh "menolak" kehendak suami sekiranya bercanggah dengan agama. - maafkan saya jika tersilap-
saya tertanya2, dimanakah letaknya pemikiran wanita ini ketika berkata2?malang sungguh, berpakaian serba elok, berfikiran tahap negatif.
Subhanallah.... sy seorang isteri dan x rela disama tarafkan dgn pelacur walau dikelas tertinggi sekalipun....
tolong laaa sikit...
Post a Comment