Anak istimewa ini minta bermain dengan Qaisara. Sangat comel.
Semasa di Holland tempuh hari saya berkesempatan ke muzium terbuka Holland. Saya bukan mahu bercerita mengenai muzium terbuka tersebut. Tetapi tertarik dengan ramainya orang cacat dan anak-anak istimewa di muzium tersebut. Mungkin kebetulan hari tersebut adalah hari terbuka untuk anak-anak ini jadi keramaian mereka nampak sangat luas biasa.
"Di Holland anak-anak istimewa dan cacat memang ramai."
Cerita adik ipar yang pernah satu masa dahulu mengendalikan sebuat pusat untuk anak-anak istimewa dan juga cacat.
"Kenapa ya?"
"Kesilapan ibu bapa. Di Malaysia tak ada??"
Saya beritahu adik ipar saya, di Malaysia ada tetapi tidak ramai. Bahkan yang ramai anak istimewa yang tidak terlalu teruk fizikalnya. Masih boleh menjaga diri dan kelahiran mereka bukan kerana kesilapan ibu bapa tetapi kerana genetik atau pemberian ALLAH.
"Di sini terlalu ramai ibu bapa yang menghisap dadah, minum. Maka anak-anak yang lahir jadi beginilah"
Ramai yang saya tengok memang fizikal mereka teruk. Ada yang berbaring sahaja dan ramai yang tidak boleh berjalan hanya duduk di kerusi roda.
"Di sini dadah dijual secara terbuka. Sesiapa pun boleh beli asalakan 18 tahun ke atas."
Kalau di Malaysia siapa yang menjual dadah boleh dihukum gantung tetapi di Holland, penjualan dadah dibolehkan dan dijual secara terbuka. Ianya bukan sahaja memberi kesan kepada masyarakat yang sedia ada., tetapi generasi yang akan datang. Kasihan saya tengok anak-anak yang cacat teruk ini. Apa nasib mereka kerana mereka lahir atas kesilapan ibu bapa mereka.
Salah satu kedai yang menjual dadah secara terbuka di Holland.
10 comments:
salam kak...ya Allah, jauhkan tempat saya dari menjadi tempat sebegini....menjual benda haram secara terbuka....teringat masalah alkohol yang sudah menepati seperti keadaan itu pula....sedih.
kesian budak2 yang tak berdosa tu. Nauzubillah..mintak2 perkara macam ni tak kan pernha berlaku di Malaysia
teruk sampai mcm tu sekali? kesian kan kat anak2 yg xberdosa tu..
syukur alhamdulillah sbg rkyt mlysia.
uihh ngeri nisa baca entry akk yang nih...
betul kak. pengalaman sy di london dulu pun, ramai anak2 istimewa ni yg mempunyai ibu yg merokok. slumber je mereka merokok sdgkan sdg mengandung.
kalau di sekolah, sebelum ambil anak. mereka berdiri di luar sekolah merokok. situasi ni semakin banyak bila musim sejuk. konon nak panaskan badan.
untungnya mereka, anak2 istimewa ada elaun tersendiri.
Za betullah, akak tgk anak-anak cacat ini sedih sungguhlah, janganlah Malaysia beginikan.
Itulah yatie, memang kasihankan. Anak-anak istimewa yang boleh berjalan dan jaga diri okay lagi, yang terbaring teruk..sianlah tengok
Az memang kesian dekat anak-anak yang tak berdosa tu..
Munna ya, syukur Alhamdulilahkan..
Nisa kita tengok pun ngeri sebenarnya, dadah dijual terbuka, kedai-kedai menjual alatan seks dsbnya..
Irma, memang ramai yang merokok tak kira islam atau tidak, di negara barat. Alasan sejuk, bagi akak kalau sejuk minum ajelah air teh panaskan..he he
Salam perkenalan. kak, sekarang ni senang sangat nampak perempuan melayu merokok di khalayak ramai.Tak segan silu.kadang2 tengok macam mereka berbangga pulak merokok.Hembus asap rokok dengan penuh gaya.
uihhhhhh macam ni rupanya drug store ek...memang terbuka sangat
Post a Comment