Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, June 20, 2011

KALAULAH ANAK INI ANAK KITA..

Saya di Melaka, semalam masa saya mahu mengambil wang di salah sebuah Maybank di Melaka, saya melihat ada seorang kanak-kanak perempuan sedang menunggu dengan satu buku resit di tangan di ATM tersebut. Ketika itu saya dengan kakak saya Maznah juga mahu mengambil duit. Kawasan bank itu sunyi sahaja, sebab hari minggu.
"Budak-budak Myanmar tak?"
Tanya kakak saya. Tapi anak itu bersih, berpakaian baju kurung dan wajahnya yang agak gelap tetapi bersih itu mengundang saya mendekatinya.
"Awak dari mana ni?"
Tanya saya, adik itu tidak menjawab. Saya ambil dan belek resit dari tangan adik itu, sekolah Tahfiz Amal. Oh..sekolah ini banyak mengundang kontroversi. Ingat tak dengan 4-5 orang kanak-kanak yang meninggal kemalangan ketika pulang berniaga?" Ceritanya di sini
"Adik dari mana?" Tanya saya.
"Kedah" jawab adik itu jujur.
'Kedah, jauhnya sampai Melaka?"
'Buat masa sekarang kami belajar di Ayer Keroh..sementara" Rasanya adik itu berusia dalam lingkungan 12-13 tahun.
"Aik ada pula belajar sementara.."
Tegur kakak saya. Datang pula seorang pelanggan bank. Bertanya cerita dengan saya. Saya beritahu lelaki itu, adik perempuan itu meminta derma untuk sekolah Tahfiz. Masalahnya kawasan bank itu sangat sunyi, adik itu seorang sahaja.Kalau berlaku apa-apa dia seorang perempuan.
Pelanggan lelaki itu cuba menelefon nombor yang tertera di resit tersebut tetapi tidak diangkat.
"Emak tahu tak adik minta derma macam ini?"
"Tahu, tapi mak biarkan aje.."
"Ayah tahu tak?"
"Tahu tapi ayah biarkan aje.."
Aduhai. Saya renung wajah adik  tersebut. Memang kasihan, seharusnya diusia begini anak-anak ini berada di rumah. Terutamanya pada hari Ahad. Bersama keluarga.
"Dari pukul berapa datang sini?"
'Pukul 12.."
"Makan minum macam mana?"
Tanya saya. Tempat tersebut jauh daripada gerai makanan. Saya renung botol air mineral yang berisi  teh yang dikepitnya.
"Ustaz suruh beli roti di Petronas, Dia ada bagi duit.."
Luluh hati saya mendengarnya.
"Sampai pukul berapa ni nanti?"
"Pukul 6 nanti ustaz datang ambik.."
Saya terfikir pukul 6? Lamanya anak ini berdiri mahu meminta simpati orang.
"Kalau nak minta derma pun, seharusnya ustaz awak letaklah kawan. Ini tidak. Tempat ini sunyi, kalau ada orang colek awak macam mana?"
Saya bertanya lagi. Adik itu terkebil-kebil tidak boleh menjawab. Saya hulurkan beberapa RM padanya sebelum saya masuk kereta semula. Begitu juga kakak saya. Tetapi saya pesan, untuk makanan dan minum dia.
"Kalau nak minta derma buatlah cara lain. Pusat Tahfiz ini boleh minta dari badan-badan korporat atau menganjurkan apa-apa aktiviti. Banyak cara lain daripada mengunakan tenaga anak-anak ini, terutama anak perempuan. Sangat bahaya terutama zaman sekarang. Letak ditempat sunyi. Luluh hati aku kalau Qaisara dibuat begitu.."
Di dalam kereta saya memberitahu kakak saya. Kebetulan di dalam kereta saya ada Alin, Balkish, Nurul, Qaisara dan Danish. Mereka asyik bertanya kenapa dan siapa budak itu? Kami ceritakan serba sedikit kisah budak yang menyedihkan itu. Semua anak-anak buah dan anak saya terdiam.
"Aku pun kalau si Balkish dibuat begitu"
Balas kakak saya. Menyuruh anak berniaga, meminta derma tidak salah bagi saya. Saya dahulu pun pernah meminta derma jogahton, tetapi kami meminta derma dalam kumpulan dan bukannya sepanjang tahun. Setahun hanya dua tiga hari sahaja. Saya rasa sekolah ini memang sudah terkenal dengan budaya meminta derma dan berniaga dengan mengunakan anak-anak ini. .baca di sini

8 comments:

idasm said...

Ida pun pernah terserempak ng diorg kt stesen petronas gombak. Mmg musykil ngan xtvt diorg ni..

Leeza said...

sedih dengan entry ini. kat sini takde anak2 yang disuruh meminta derma sebegini. yang ada dan jarang nampak ialah budak2 sekolah menengah dengan uniform st john ambulan atau PBSM tetapi mereka diletakkan berkumpulan, minima 5 orang satu stesyen..dan tempatnya pula khalayak ramai bukan tempat sunyi. ustaz2 dan pentabiran sekolah tahfiz tu tak bertanggungjawab langsung...mereka takde anak ke sampai tak fikir kebajikan anak2 orang lain.

Kak Aya said...

Di depan pintu masuk Maybank Bandar Baru Selayang pun ada, saya pernah buat entry ringkas dulu...kita terus bagi derma sebab simpati pada yang meminta derma bukan fikirkan tentang sekolah Tahfiz tu lagi dah.

genuine1224 said...

btul, kat perlis ni pun ada jugak.kesian tgk budak2 tu.byk lagi cara lain utk cari pendapatan tambahan drpd gunakan anak2 di pusat tahfiz tu utk minta sedekah..mcm salahguna pulak...kita ni kesian sebab tgk budak2,derma la..tapi cikgu2 diorg sronok kutip duit je.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

sepatutnya pihak sekolah mencetak famplet dan menghantar ke badan2 korporat untuk mecari dana, bukannya menyuruh anak2 sebegitu.
teringat seorang pengetua pondok di kelantan memberitahu pihaknya mencetak dan menghantar seberapa banyak famplet pada pertengahan tahun dan biasanya apabila tiba di penghujung tahun akan ada syarikat2 yang menghulurkan dana sama ada dalam bentuk derma atau zakat perniagaan mereka.

Melissa Imran said...

Di US, saya selalu juga nampak anak-anak kecil berjualanan air lemon and biskut (girl scout cookies) tetapi selalunya ditemani ibu bapa. Pada saya, tidak salah anak-anak didedahkan kepada pengalaman berniaga, tetapi biarlah melalui cara yang betul, misalnya ditemani oleh ibu bapa, dibuat di kawasan sekolah (macam hari kantin sewaktu saya di sekolah rendah dulu). Menyuruh anak-anak kecil menagih simpati di restoran atau bank-bank ini jelas mengeksploitasi mereka, walaupun untuk tujuan menuntut ilmu. Saya musykil juga dengan pentadbiran sekolah-sekolah yang begini, kononya sekolah Tahfiz, tetapi adakah eksploitasi anak-anak dibenarkan oleh agama kita?

Aziela said...

saya rasa pendekatan begini sudah salah.... ini bukan setakat meminta derma, tetapi lebih hampir kepada methods sindiket meminta sedekah, tapi digunakan nama Islam... Sedihnya bila agama di rendahkan begini... Ibubapa kena pantau...pihak sekolah pun harus hentikan..

Ann Ishak said...

saya ni orang seremban, bila balik sana selalu jugak singgah R&R seremban. dekat sana pun ada jugak budak2 yang kutip derma macam gini