Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 7, 2011

JOM UMI CAKAP LAILLAHAILLALLAH



Qaisara demam dan lawatan ke beberapa buah negara terpaksa ditunda. Kalau Qaisara masih tidak sihat  rancangan ke Belgium, Paris dan Germany terpaksa dibatalkan. Kalau ada rezeki kami akan datang lagi. Sesungguhnya kita merancang dan ALLAH yang tentukan. Hidup tidak semudah apa yang saya tulis di novel dan saya sangat mengerti dan menerima keadaan ini dengan hati yang terbuka.
Qaisara demam ketika dinegara orang amat hebat cabarannya. Bila saya nak beri susu pada Qaisara, adik ipar melarang kata dia..tak baik untuk budak demam sedangkan itulah makanan Qaisara seharian. Dia buatkan sup kacang, sedangkan kacang tidak elok untuk Qaisara. Semua ini ada pebezaan budaya dan pendapat, sedangkan saya sebagai emak sudah pasti tahu mana yang terbaik untuk anak saya itu. Tetapi hati orang perlu dijaga juga. Qaisara pula tidak mahukan sesiapa. Setiap masa saya harus memegang tangannya kerana dia gusar dipaksa makan, makanan yang dia tidak boleh terima. Dia tidak mahu dimandikan kecuali dengan saya. Dia tidak mahu dengan babanya kerana dia seperti dapat merasakan babanya lebih berpihak dengan keluarganya daripada saya. Budak-budak kadangkala lebih mengerti dengan melihat sahaja. Yelah saya tahu, suami mahu menjaga hati keluarganya. Sedangkan saya tahu keluarganya amat sayangkan Qaisara dan mahu buat semua untuk Qaisara.
Malam tadi ketika mengelapkan badan Qaisara saya berdoa bersungguh-sungguh di telinganya. Supaya ALLAH sembuhkan anak saya. Semoga ALLAH bagi kesihatan pada Qaisara semula.
"Umi kenapa suara umi macam sedih sahaja?"
"Umi kasihan tengok Tetalah.."
Padahal saya sudah menangis. Kadangkala sebagai emak kita ini terlebih sensitifkan. Tengok anak yang sakit dan jauh dari negara sendiri hati amat hiba. Yelah kita di rumah orang. Nak masak apa pun tak tahu, makanan tak sama.
"Umi, dengar Teta nyanyi.
 if you wont feel sad, if you wont feel bad, say lailahaillaallah,
Allah will help you, ALLAH will help you. Say, Lailahhaillallah"
Dalam demam Qaisara menyanyi-nyanyi. Saya tahu lagu itu saya selalu menyanyi dengan dia. Apa lagi bertambah sedihlah saya. Saya rasa nak meraung sahaja tapi terpaksa saya kawal di hadapan anak saya.
"Umi, ALLAH will help you umi. Jom umi kita cakap lailahaiallah.."
Dan saya menyebutlah perlahan bersama Qaisara sambil dia memegang tangan saya dan tertidur. Masa dia tidur saya menangis sepuas-puasnya. Tidak tahu kenapa saya terlalu sedih dan dalam kesedihan Qaisara seperti mengingatkan saya. ALLAH ada untuk bantu saya dan dugaan ini semuanya datang dari ALLAH. Qaisara mengingatkan saya jangan sesekali melupakan ALLAH. Bila saya cerita pada suami, suami tergamam dan berkali-kali dia mengatakan betapa bersyukurnya dia mendapat anak seperti Qaisara.


29 comments:

ازلينا ااحمد‬‎ said...

Alhamdulillah.Semoga Qaisara cepat sembuh. :)

Leeza said...

sedih saya baca...alhamdulilah Teta anak yang kuat semangat. semoga Qaisara cepat sembuh dan kembali ceria..amin. akak tabahkanlah hati. kami doakan yang terbaik untuk akak sekeluarga.

Unknown said...

~ sy laks nk nangeh bila bace kak yati nangeh..

hertiny said...

Akak Sabar ye... Kuatkan semangat....

ieda said...

smart girl...moga membesar jadi anak yang yg solehah...
get well soon TETA..

Unknown said...

lailahailallah... semoga teta cepat sembuh....

Fazlinil Irma said...

teta semoga cepat sembuh ya dear.
akak kuatkan semangat. saya tumpang bergenang airmata baca entry ni.

syafakillah teta..!!

Hajjah Noraini @Nanie said...

NB moga teta cepa sembuh..sungguh beruntung NB dpt teta..yg sentiasa mengingati ALLAH
Alhamdulillah..

yatie chomeyl said...

betul tu kak, bila anak sakit..mak lah yg paling over sedih. duu saya tak faham kenap arwah ma sedih sgt setiap kali saya demam, sekarang lepas dah jadi mak..baru faham isi hati seorang ibu

Azian Elias said...

ooo so sweet n cu. pandainya teta..

harap cpat sembuh.

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

Moga teta cepat sembuh, Amin.
Cepat sembuh ya teta, nanti umi risau.

LiTtLe^m3 said...

semoga teta cepat sembuh dan dpt sambung bercuti lagi... alhamdulillah teta anak yg solehah :)

drbalqis said...

semoga qaisara cepat sembuh:(sedih baca entry ni

yati said...

salam,
Yati di perantauan,
moga Teta cepat sembuh...dan Yati sekeluarga dapat teruskan perjalanan,
suka tgk Teta pakai bju warna "Pink"
tapi wabak E-coly tgh merebak..hati2 bila beli makan kat belanda...semoga semuanya selamat

Hamizah said...

salam kak yatie,
sedihnya bc entry nie..moga teta cepat sembuh..

ibu aira said...

Semoga Qaisara cepat sembuh.. Sebak saya baca entry akak kali ni.. Kesian sangat ngan Qaisara. Harap akak terus tabah dalam menghadapi dugaan ini...

ibu aira said...

Semoga Qaisara cepat sembuh.. Sebak saya baca entry akak kali ni.. Kesian sangat ngan Qaisara. Harap akak terus tabah dalam menghadapi dugaan ini...

Kamariah Awang said...

Alhamdulillah... Qaisara anak yang tabah... Semoga cepat sembuh ye.. biar ibu ceria kembali...

Melissa Imran said...

Salam Kak yati,

saya turut doakan agar Qaisara cepat sembuh. Sakit di tempat orang mmg tak sama mcm sakit di tempat sendiri.

mamaijat said...

...menitis air mata akak..
semuga Qaisara sembuh kembali dan percutian akan diteruskan.... alhamdulillah,syukur yatie punya anak sebijak dia..
amin.

Bila Ummi Menulis said...

seronok kan kak bila kiter sedih ada jea orang yang sudi ingatkan kita tambahan lagi peringatan itu datang dari anak kecil kita... terharu + sebak + nak nanes+ nak meraung...semua da kan....
bersyukur akak dapat anak cam qaisara tue..saya pun berdoa moga anak saya bijak cam tue gak...aminnnn

Madam Casper said...

Moga Teta cepat sembuh....amin...

Kak Aya said...

semoga Teta cepat sembuh.

Terharu membaca entry kak yati ni.

idasm said...

Baca kisah akak ni pun blh menitis air mata ida. Ida mmg dpt paham dh skrg.. Sb amira pun baru baik demam, mmg sedih sgt tgk anak.. Asyik muntah aje..
Semoga teta cepat sembuh, akak bersabar ye...

Mama Nazhan said...

salam kak Yati... saya tak tau nak kata apa... sungguh sebak di hati... semoga teta cepat sembuh dan kak yati kuat.. :)

Zana S said...

cepat sembuh ya Teta! saya pun turut bergenang! :)

Intanaziela said...

auntie intan pun bergenang air mata membaca entry ini wahai Qaisara...semoga teta cepat sembuh...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

thanks aunti-aunti semua. Teta bertambah sembuh. Insya-ALLAH. Teta rindukan rumah, rindu nak makan nugget, rindu nak makan makaroni animal umi, rindu nak makan nasi goreng, rindu nak makan ayam pedas..he he

GREENJADE said...

so touching n3 ni kak..sian Teta mmmg perit sakit di rantauan kak..rindu mcm2..

doa auntie moga Teta cpt sembuh & active kembali yea..**hugsss**