Di Holland ini salah satu perkara yang saya suka adalah basikal. Pergi mana-mana kita akan jumpa basikal. Distesen kerata api, dipasar, di stesen bas dan sebagainya mesti jumpa banyak basikal.
Kemudian kita akan jumpa lorong basikal seperti ini...
Di stesen keretapi kita akan jumpa kotak seperti ini. Ini kotak untuk menyimpan basikal.Siapa yang beli basikal mahal dan takut kena curi, sewa sahaja kotak ini (abaikan kepala si Teta yang sedang lalu. Saya malas nak crop).
Saya sangat suka melihat keluarga seperti ini mengayuh basikal. Kenapa di Malaysia basikal tidak membudaya seperti ini. Memang tempat kita ini panas, tapi di Holland ini panas teriknya lagi panas dari Malaysia orang tetap mengayuh basikal.
Saya banyak berkunjung ke rumah saudara mara suami, di belakang rumah mereka pasti ada basikal!
6 comments:
naik basikal masa sekolah rendah je.. dh lame x naik basikal.. rindu pulak
lat jepun pun sama kak...kat Msi aorg dh terbiasa gi mana2 naik motor or kereta je kot
sy pon kdg2 cycling gak kat area2 umah ngn mak..tp nowdays nk cycling pon mcm dh x best..bahaya..byk benor penjenayah sini sana kak..
Salam kak..
sangat menarik tentang basikal. Paling menarik gambar seorang wanita membawa anaknya atas basikal. Kalaulah ia dibudayakan di Malaysia, akan kurang penyakit jantung, darah tinggi dan kurang obesiti serta banyak kebaikannya.
seronokkan boleh beriadah sama keluarga.
saya tak pandai naik basikal...huhu
Post a Comment