Saya dengan kakak-kakak saya memang agak rapat. Kakak saya hanya dua orang, seorang di Kajang dan seorang lagi di Melaka. Dengan kakak saya di kampung, biasanya saya menelefon saban hari. Walau kadangkala saban hari menelefon pun, ada sahaja cerita. Setiap kali menelefon sekurang-kurangnya sejam kami bercakap. Sampai suami pernah menegur
"You ini hari-hari telefon pun apa you cerita ya? Agaknya sampai you buang air warna apa pun you cerita." Ha ha ha..
Dua bulan lepas saya dapati kakak saya yang bekerja sebagai seorang penyelia di salah sebuah kilang itu, asyik bekerja dari pagi sampai ke petang. Kata dia terpaksa kerana salah seorang rakannya dimasukkan ke hospital.
"Kau tu bukan kuat sangat. Bukan sihat. Esok kau masuk hospital aku tak mahu tolong kau dan tak mahu tengok kau.."
Satu hari saya berkata begitu dengannya. Yelah tahun lepas dia dimasukkan ke hospital dan saya membantunya. Kakak saya ini sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital. Setiap kali dia di masukkan ke hospital sayalah yang menjaganya. Saya masih ingat tangannya patah terjatuh bebelas-belas tahun yang lalu. Dia dibedah. Sayalah yang menjaga dia dan mengambil cuti lebih 2 minggu. Saya yang menemani dia di hospital, sama-sama tidak tidur apabila mendengar dia mengerang kesakitan. Kemudian dua kali lagi dia dimasukkan ke hospital, kerana demam dan juga terkena batu hempedu. Setiap kali itulah mendengar berita dia sakit, saya orang yang paling awal sampai walau saya tinggal di Kajang.
"Hesy jangan cakap macam tu.."
Kakak saya ketawa. Saya bergurau sebenanya tetapi dalam hati geram dengan tempat kerja kakak saya yang memaksa pekerjanya bekerja selama 12 jam. Yelah kakak saya hampir 50tahun. Kudrat pun bukan kuat sangat untuk bekerja lebih 12 jam.
Semasa saya di Holland dan kemudian terbang ke Italy, saya tiba-tiba teringatkan kakak saya ini. Apa khabar dia? Pantas saya menelefon dia. Saya mendengar suaranya sangat lemah..
"Aku masuk hospital Pantai ini. Doktor cakap radang paru-paru.."
Ya ALLAH berderau darah saya. Termenung saya dibuatnya. Suami yang ketika itu sedang tidur (yelah perbezaan waktu Italy dan Malaysia 6 jam lewat) pun terperanjat mendengarnya.
Kemudian saya telefon kakak saya di Kajang menyuruh dia melawat kakak saya di Melaka. Kemudian saya bercakap dengan adik saya. Menurut kakak saya, orang lain tidak tahu pun dia dimasukkan ke hospital sayalah orang pertama yang tahu selain suaminya.
Bila balik Malaysia, saya menelefon dia. Dia memberitahu saya.
"Selalu kalau aku sakit, kau orang pertama datang dan menunggu aku tetapi kali ini sampai aku keluar hospital kau tak dapat melawat aku. Kau ingat tak, beberapa minggu lepas kau cakap dengan aku. Kalau aku masuk hospital, kau tak mahu tolong dan tengok aku.."
Ya ALLAH..saya masih ingat kata-kata saya itu. Rupanya ALLAH perkenankan apa yang saya perkatakan tanpa saya sedar.
Sebagai manusia yang lemah, ini peringatan pada saya untuk lebih berhati-hati bila bercakap dan berniat yang baik-baik. Cuma sebagai manusia kita tidak lepas daripada kesilapan.
4 comments:
Aslmkm kak...selalu dil SR...hrni trdetik nk komen...akk..setiap percakapan kita umpama doa..itulh pesan babah dil yg dil pegang dri kecik smpai dh jdi mak org ni...tpibiasalh manusia kn?x lari dri kslpn..kdg2 main ckp walau sbnrnya gurau..semoga kakak akk sht kmbali..slm pluk cium buat teta ye....
salam kak...saya terkedu baca entry ini sebab saya juga ada mengalaminya . hal mak hari tu. Saya tak sangka kata2 gurauan menjadi kenyataan...ya, ini mengajar kita untuk berhati-hati bila bercakap....semoga kita bercakap yang baik2 sahaja dan jauhkan dari segala bala bencana...amin.
btol tu kak. arwah mama selalu ingatkan saya yang kata-kata tu doa. apa saja yang kita cakap, samda secara sedar atau tak..bergurau atau serius, memang ken ajaga. tapi tu lah, kita insan biasa kan, mestilah kadang2 terlepas cakap tanpa sedar.
so mcmana kakak akak skrg, dah OK ke?
salam kak yati, dah balik sini ye..
kakak kak yati dah sihat ke? kak yati rapat betul dengan adik beradik ye? suka saya baca kisah kak yati dan kakak-kakak kak yati.
Post a Comment