Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, June 11, 2011

BAGI EMAS PUN SAYA TAK MAHU..

Gambar ini tidak  ada kena mengena dengan cerita. Diambil di Belgium. Qaisara masih tidak begitu sihat jadi babanya dengan penuh kasih sayang terpaksa mendukung/hencang dia ke sana ke mari. H ehe he

Tahun pertama berkahwin saya sudah mengajak suami mengembara ke Eropah. Tetapi suami menolak. Bertahun-tahun saya memujuk dan baru tahun ini suami entah mengapa simpati dengan saya bersetuju dengan permintaan saya.
"You akak terperanjat apabila melihat eropah.."
Kata suami saya. Hmm..pertama kali saya ke Holland, saya suka dengan Holland walau terperanjat dengan  tamang menaiki keretapi apatah lagi taxi. Yelah di Malaysia kalau komuter RM3 dari Kajang ke Kuala Lumpur tetapi perjalanan setengah jam  di Holland sudah pasti kita terpaksa membayar RM43 atau lebih. Itu belum naik teksi yang perjalanan 10 minit sahaja di Italy. Kami terpaksa membayar RM100. Tinggalkan Italu dan Holland, biar saya bercakap mengenai Paris.
Perjalanan dari Brusells ke Paris hanya 1 jam lebih sahaja dengan speed train. Harganya untuk 3 orang lebih kurang RM1000. Tiba di Paris, first Impression saya..saya tak suka. Di stesen kereta api polis merata-rata. Kalau polis merata itu tanda tidak begitu bagus bagi saya. Sudah macam saya melalui Tak Baik, Naratiwatlah pulak. Pemandu teksinya pula amat  kurang ajar, tidak mahu bekerjasama, terlampau ramai pengemis sampai dalam train orang meminta sedekah, orang menghisap dadah dan kutu berahak.
Sebenanrya banyak pengalaman yang kurang enak yang tidak saya suka di Paris ini. Mungkin satu hari nanti akan saya tulis dalam novel saya dan terbaru suami menjadi mangsa penyeluk saku. Hilang juga beratus-ratus euro bersama dengan kad pengenalnya. Nasib baik semua passport di dalam beg silang saya. 
"Sekarang you tahu honey kenapa I tak suka eropah. Ini bala ALLAH. You tengoklah, rumah seks merata-rata, buka telivisyen orang bergomol atas katil. Anak-anak tengok macam mana? Bersyukur Malaysia jauh lebih baik. Jadi kita kena pastikan generasi kita tidak seperti generasi di Eropah sekarang ini"
Ya..mula-mula buka telivisyen di Paris ini, nasib baik Qaisara tak nampak. Kelihatan orang bergomol berbogel atas katil. Saya sendiri pun terperanjat. 
Bahkan ada satu rancangan telivisyen yang saya lihat, seorang lelaki bekerja sebagai penari bogel dan tariannya di lihat dan dinilai oleh emak, isteri dan adik beradiknya. Saya rasa manusia begini sudah setaraf binatang.
Melihat depan mata, menyusuri jalan, menaik metro, RER, merayau walau tidak terlalu lama di Paris ini saya membuat kesimpulan. Peranchis bukan negara maju dari segala segi kecuali seks.  Benar kata suami, saya melihat bala ALLAH sedang menimpa di negara ini. Bandarnya kotor
 di dalam kereta api pun tempat duduknya diconteng dan sebagainya.  Penduduknya sudah hilang  adab dan malu. Kesimpulan saya beritahu suami saya.
"Kalau Qaisara nak belajar di sini saya tidak benarkan. Biarlah dia belajar di dalam negara sahaja."
"Betul, saya sendiri walau datang dari kawasan berdekatan tetapi kalau diberi emas sekali pun saya tidak akan tinggal di Eropah terutama di Paris ini.."
Sampai begitu sekali suami, kalau tanya saya? Dua minggu saya rasa sudah mahu balik ke Malaysia..he he

12 comments:

ازلينا ااحمد‬‎ said...

Hmmmm.

Unknown said...

biar sudah berjalan jauh dan melihat negara org..baru kita akan sedar betapa bersyukurnya kita di lahirkan sebagai rakyat malaysia...tapi masih ramai lagi yang nak mengagung-agungkan negara luar...hmmm...

Rusiah_Hazri said...

terima kasih kerana bg info yg menarik...sekurang2nya kami yg tak pegi boleh membayangkan sesuatu yg sedang berlaku di sana...

yatie chomeyl said...

betul tu kak. dulu saya pun semangat sgt nak pergi paris. tapi bila pergi...sumpah lepas ni tak nak pergi dah. say apernah cerita dalam entry blog saya di friendster dulu. --> http://yatiechomeyl.blog.friendster.com/2007/07/paris-hiltonnope-paris-city/

Kak Aya said...

oh mcm tu keadaannya..bagus juga kak yati share pengalaman tu kat sini, sblm ni saya baca Paris ni mcm best je..mcm2 keindahan yang digambarkan di dalam majalah

yati said...

info yg sangat menarik dan berguna untuk sesiapa nak teringin ke sana...dan amat2 sangat tak baik untuk remaja yang belajar mahupun melancong...Harap sangat Teta cepat sembuh...Amin

mazni_azis said...

tak sama seperti yg difikirkan olehku

ibuayu said...

kawan ibuayu pun baru balik dr paris..pun sama kena ragut.nama je indah...rupa2nya menakutkan

Hajjah Noraini @Nanie said...

Aduh, akak baru di jemput oleh duta malaysia kesana..emm..dengar citer NB macam ni, takut pulak akak..sbab kan akak terhoyong hayang bila berjalan..perlu dipimpin bila berjalan..

Melissa Imran said...

Salam kak yati,

Ada benarnya apa yg kak yati tulis tu, tapi pokok pangkalnya diri sendiri. Alhamdulillah, saya berpeluang belajar di luar negara termasuk UK dan US, dan saya tak nafikan banyak contoh yang tidak baik di depan mata. Tetapi, kalau kita tidak mudah dipengaruhi, sentiasa berpegang kepada agama, insya Allah belajar di luar negara boleh menjadi pengalaman terbaik.

marinahunny said...

hujan batu d negeri sendiri lbh bagus kan kak ;)

dlittlekitchen said...

anak buah ada seorang di Paris, sambung belajar atas tajaan MARA... dia lelaki.. tetapi Allahualam, moga dia sentiasa dilindugi Allah