Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 29, 2009

UMI ADA HANTU!

Tiga sahabat bermain, makan, bergaduh dan berbaik semula. Balkish, Danish dan Qaisara..


"Umi ada hantu umi, ada hantu kat tingkap."
Tiga hari lepas ketika berada dikampung, pada pukul 10 malam Qaisara yang baru mahu melelapkan mata menunjuk ke arah tingkap.
"Mana ada hantu.."
Saya pujuk Qaisara lembut sambil menepuk-nepuk punggungnya. Menyuruh dia tidur. Dia kemudian terlelap. Pada pukul 12 malam, Qaisara tersentak. Menjerit-jerit sehingga saya naik radang. Pada fikiran saya dia mengamuk kerana tidak mahu tidur tetapi mahu bermain. Dia kalau di kampung memang tidak ingat tidur dan makan. Asyik bermain. Kita pun tidak dipandangnya. Qaisara memang gila balik kampung dan gila bermain di kampung.
Hampir 15 minit memujuk dan membaca macam-macam ayat Al-Quran, akhirnya Qaisara terlelap semula. Tetapi pada pukul 1 tengah malam dia menjerit-jerit menyebut nama sepupunya Adli dan mengatakan ada hantu di tingkap. Saya bacakan dia ayah kursi.
"Umi tak mahu baca Quran, tak mahu baca Quran.."
Qaisara sudah menendang saya. Hati saya kecut. Apakah Qaisara sudah dirasuk? Namun saya alunkan azan pula, kebetulan suami belum balik ke Melaka dan masih di Kajang dan saya hanya berdua di dalam bilik bersama Qaisara.
"Jangan azan, jangan azan.."
Kali ini bertambah kuat tendangan Qaisara. Saya diam tetapi dalam hati mahu sahaja saya sepak muka Qaisara kerana saya berasakan bukan Qaisara yang bercakap. Namun saya berfikir dengan pantas. Kalau saya sepak anak saya yang sakit. Lantas saya baca lagi ayat kursi. Saya cuba bertenang dan tidak mahu kelam kabut.

Kalau balik kampung kerja Qaisara bermain, bermain dan bermain. Sampaikan tak tahu nak tidur dan makan. Di belakang Danish itu adalah Adli.


"Jangan baca quran, umi tak sayang teta.." Qaisara meraung lagi, saya baca berkali-kali ayat kursi dan ayat 3 kul. Akhirnya Qaisara lemah dan tertidur.
Keesokan paginya semua bertanyakan saya apa yang berlaku terhadap Qaisara. Memang saya tidak meminta pertolongan adik atau ayah saya yang berada di dalam rumah kerana tidak mahu mengejutkan mereka. Tetapi rupanya mereka mendengar apa yang berlaku. Lalu saya terangkan semuanya. Tidak lama kemudian kakak saya datang dan memberitahu yang Balkish mengigau pada waktu malam dan sekarang tengah demam panas. Rupanya kedua-dua baik Balkish dan Qaisara bercerita yang abang sepupunya Adli membuka tingkap dan menyergah mereka dan berlagak seperti hantu.
Ketika itu baru sahaja selesai solat maghrib dan kedua-dua mereka sedang bermain di dalam bilik saya. Dua hari Balkish demam dan bila tidak kebah, kakak saya membawa Balkish berjumpa seorang tukang ubat yang membacakan ayat Al-Quran dan memberi Balkish air Yassin dan Alhamdulilah dengan pertolongan ALLAH Balkish sembuh.

Kepala Teta peninglah umi. Teta nak koyok!

Tetapi hari ini ketika mahu pulang semula ke Kajang, Qaisara pula demam. Saya rasa dia bukan demam terperanjat. Tetapi semalam petang hujan lebat dikampung. Dia bermain air hujan bersama dengan babanya di halaman rumah dan bermain selama 3 hari tanpa henti kecuali untuk makan dan mandi sahaja.

Umi sekejap, Teta nak posing macam ni! Demam-demam pun bila kamera dihalakan kepada dia, Teta tetap mahu bergaya dengan macam-macam gaya!



7 comments:

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

Alahai Qaisara...demam2 tetap comel heeeee.... cutelaaaaa

ibu aira said...

qaisara ni tak kira demam. posing aje kejenya tapi takpe. Qaisara posing macam mana pun tetap cute!!!!!!!

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

alahai..mcm2 kerenah teta..

akak,takotnya bile die meraung2 xkasi akak baca doa & azan..adoi!
klu jim,mgg jim dah jerit suruh owg tolong..ye r,jim pun bkn kuat smangat..
kang xpasal2 jim pun join skali mraung xtentu hala..lg parah..huhuhu...

Leeza said...

Kanak2 kalau terlebih main atau terkejut memang akan mengigau pada malamnya. Takpelah kak...sekali sekala dia balik kampung, memang dia seronok sebab ada kawan2. Semoga teta cepat sembuh.

farahi said...

alolo..cutenya Qaisara..mjur tkde apa2 yg brlaku..sronok dia dpt jmpa sepupu2nya..apapun, moga lpas ni takder lagi kjadian mcm nih berlaku pd Qaisara..n hope, Teta cpt sembuh yer..speedy recovery!

yatie chomeyl said...

seram jugak kalau anak jadi camni ye kak..kalau saya mesti dah nangis dah ni hihi

Nadiah Sidek said...

siap pakai koyok lagi tu si qaisara nih..hehe..