Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, November 23, 2009

PUTER OH PUTER

Semalam saya ke Low Yat bersama anak-anak buah saya. Mereka mahu mencari controller untuk PS2 mereka. Memang saya suka tempat-tempat seperti Low Yat tapi sebelum itu kami memasuki Plaza Imbi yang seperti haunting house..ha.ha..itu yang selalu dikatakan oleh suami saya.
Notebook ini awal-awal lagi sudah didakwa kepunyaannya oleh Cik Qaisara Seyit Kara..

Tapi kerana suami tidak tidak ikut jadi sewenang-wenangnya saya menjamu mata dari Plaza Imbi sehinggalah ke Low Yat dan maka saya sambarlah sebuah notebook berwarna pink dari Acer. Harga yang ditawarkan RM1499 (mini) dan dengan menggunakan nama Ojan dan nama sekolah dia, dibawah program untuk pelajar dapatlah saya RM1099 sahaja dengan window vista, anti virus dan juga Office. Spec di dalamnya sama sahaja dengan notebook sony yang dicadangkan oleh Idasm..Ida, akak jimat RM700.
Dan seperti biasa bila balik, seperti yang diduga saya telah dibambu oleh Mr Seyit Kara kerana membeli komputer lagi! Dia bukan tak tahu saya memang sukakan komputer bahkan cina yang menjual komputer itu menggelengkan kepala bila mengetahui ini komputer yang ke 17 saya beli..ha.ha. Agaknya dia mesti ingat perempuan ini betul ke tidak. Rasanya baru beli komputer sebulan yang lalu! Tapi itu komputer untuk Mr Seyit Kara mengantikan yang dicuri orang.
Dan dengan merayu-rayu saya memberitahu suami saya, saya bukan beli barang kemas. Saya beli komputer. Komputer ini memudahkan kerja saya. Tanpa komputer saya tidak boleh buat kerja dan akhirnya rayuan gombal saya diterima dengan kemaafan..ha.ha.ha..(sebenarnya saya ada komputer mini ASUS tapi dah lama dan teknologi sudah tertinggal di belakang).
Sebenarnya komputer ini macam sebahagian diri saya. Rakan saya Mickey yang tinggal di England pernah berkata, Puter at any cost cannot overtake a human in any sense (memang dia selalu tulis puter..jangan salah anggap saya tertinggal perkataan CO..he.he). Memang betul kata dia, tetapi tanpa komputer sunyilah hidup saya. Dengan komputer saya mendapat rezeki dan dengan komputer saya berinteraksi dengan orang luar. Aduh..saya membayangkan kalau satu masa nanti, komputer diharamkan di dunia. Bagaimana agaknya hidup saya?



19 comments:

Mama Nazhan said...

wah! bestnya kaler pink! saya pun nak beli laptop....tak beli2 lagi...
saya pun kalau kat opis....komputer memang on jer kan...tp kalau takde internet mcm kosong jer rasanya...padahal...bukannya wajib sgt pakai internet masa buat kerja tu... hehe...cuma rasa terbatas..kalau tiba2 nak guna internet kan?
la ni desktop kat umah pun payah nak on sbb si nazhan suke menyibukkan dirinya itu...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

rayuan gombal katanya...kehkehkeh...

hidup tanpa komputer, boleh diterima lagi kak tapi tanpa internet...lagi kelam-kabut... =D

ibu aira said...

bestnya ada laptop baru.. saya ni dah lama nak beli laptop tapi takde gak duit nak beli. nak jadi adik kak yati leh? untung-untung dapat laptop free... hahahahaha....

Madam Casper said...

nuar..
ya benar tanpa internet mmg poyos la hari tu hua hua hua

kak yati
per kata kak let go jer mini ASUS tu pada saya?? boleh??

idasm said...

akak!!!!!!!!!! pink tu!!!!! hehe... comel kak. oklah tu, nanti berebutlah ngan teta tu... hehe. oh ida tak tau ada skim utk pelajar, mcm ni bolehlah ida gunakan nama Faris.. hehe...
tahniah kak. akak ni mmg pandai membeli. jimat 700 yea.. bagus3!!!

kak, ida baru perasan, akak dh tukar pic kekasih2ku tu. cantiknya teta pakai merah kan. mengancam!!!. rasanya first time ida tgk teta pakai merah. cunlah!!!!

betul kata akak tu, mmg kalau xde komputer, mcm hilang anaklah... resah tak menentu. ida dh rasa ni semua waktu ke HK dulu.. jenuh!!!!

tp betul jgak kata nuar tu, xde internet lagi haru... hehe..

GreenJade said...
This comment has been removed by the author.
GreenJade said...

haa if diharamkan???!!! owh tidakk...!!

mau nye sy org pertama yg merana x dpt ber 'web cam' dgn incek hubby hari2 hahahahaha..!!!!

bak kate ade tenet tanpa lappy apelah gunenye..umpama mkn cencaluk tanpa cili api nye huahuahua

dlittlekitchen said...

btul laa sangat... sy stuju idup tanpa internet lagi kelam kabut, sy guna netbook jerks, cepat sket n senang nk carry... sehari x log internet bagai pungguk rindukan bulan.. cewah!! relevan ker lagi ayat di zaman cyber nih...hehehehe

Duke Luce Dell'amore said...

wah!!!meriahnya!!warna pink lg!!my feveret kaler!

laptop tu yg ke-17 akak beli??adoi!yg 16 lg kt umah tu akak watpe?cam dh leh bukak cyber cafe je kt umah tu..kikiki..

NORHAYATI BERAHIM said...

salam semua..
kalau tak ada komputer ada internet pun tak guna..ha.ha, kalau tak ada internet bagi saya..saya masih boleh menulis dan mencari fakta melalui buku.
nak suruh saya, menulis pakai tangan..adoi..ha.ha

komputer yang ke 17, tapi banyak yang sudah diberi kepada adik beradik, ada 3 dicuri orang dan ada yang sudah rosak. Sekarang hanya tinggal dalam 4-5 komputer sahaja dan komputer itu tidak pernah saya jual semula. Notebook pertama saya masih saya simpan dengan baik di dalam almari..

arnamee said...

salam akak:)

comelnyer,komputer mcm kereta dah,dulu kehendak,kini keperluan:)

Mrs.Sheikh said...

hu..akak sy pun tak terbyg idup tanpa computer..lappy nii :D

yatie chomeyl said...

cantiknya lappy kaler pink, patutlah akak berkenan.
tapi seriously 17 komputer? hohohooh..banyak tu akak

umie said...

wah..cun nyer warna pink tu..umie berkenan la pulak ngan warna tu..hari sabtu lepas umie pun ada gak g low yat ngan suami umie..

ibuayu said...

mana2 kedai kat situ ke boleh dapat harga student.macamana ye ...seronok tu

NORHAYATI BERAHIM said...

salam semua
Tidak semua kedai memberi harga student, yang saya dapat cuma di Plaza Imbi sahaja dan katanya hari minggu hari itu hari yang terakhir. Wawahuallam. Saya sempat meninjau beberapa kedai low Yat mereka tidak ada skim tersebut dan harganya RM1499, kalau ada yang mahu nanti saya cari nama kedai tersebut...

d said...

kak yati.nak sangat tahu nama kedai tu ?

NORHAYATI BERAHIM said...

nama kedai tersebut A&G Notebook house, g18,G25,G32&G33 Imbi Plaza

d said...

tq ye kak yati