Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 11, 2009

NANTIKAN KELAHIRAN DISEMBER

Panas siang masih lagi berbahang, walau sepertiga malam sudah menutup tabir siang. Di salah sebuah warung mamak di Sri Petaling, Muaz bertemu dengan Kyrel. Mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi yang disusun di bawah pokok bila siangnya dijadikan tempat memarkir kereta.
“Abang tak boleh tuduh saya macam tu sekali. Abang tak boleh cakap saya berzina. Abang ada bukti ke?”
Mata mencerlung lelaki itu ditatap oleh Muaz dengan cara yang sama.
“Kyrel. Abang bukan menuduh. Tetapi Suwita beritahu sendiri dengan abang. Kamu tidur dengan dia..”
Sengaja Muaz berkata begitu. Mahu melihat lelaki tegar dan tidak pernah sedar diri itu akan mengaku atau tidak.
“Suwita? Mana abang tahu nama dia Suwita?”
Mendadak wajah Kyrel berubah. Kelihat sedikit gelisah. Mungkin sekarang baru berasakan kata-kata Muaz itu ada kebenarannya.
“Kau fikir abang bohongkan kau atau menuduh yang bukan-bukan terhadap kau. Perempuan itu perempuan yang tidak tahu malu. Perempuan yang tidak ada maruah diri.”
Suara Muaz sedikit tinggi. Radang hati yang disimpan dari tadi apabila melihat keegoan Kyrel. Akhirnya musnah.
“Saya hanya berkawan dengan dia..”
Lemah sahaja suara Kyrel. Mata Muaz merayap di wajah Kyrel. Sudah hampir tiga puluh tahun tapi akalnya masih belum penuh. Masih belum dapat berfikir yang mana baik yang mana buruk.
“Berkawan sampai bawa ke katil? Ke tempat tidur?”
Benar kata orang, sekuat-kuat lelaki mudah sahaja diperdaya atau dilemahkan hanya dengan rengekan atau godaan seorang wanita.
“Saya bukan orang yang macam tu..”
“Kamu memang boleh perdayakan abang, boleh kau bohongkan abang sesuka hati kau. Tapi kau jangan lupa Kyrel. Tuhan melihat apa yang kau lakukan. Apa yang kau buat..”
Diam. Tidak ada keluar apa-apa bunyi daripada mulut lelaki yang bertubuh 6 kaki itu. Mata Muaz merayap di wajah adik iparnya itu. Mungkin ketampanan lelaki ini yang menyebabkan Dian pantas sahaja jatuh hati. Tanpa sempat mengkaji hati budinya tanpa sempat meneliti sedalam-dalamnya kesan berkahwin awal.
“Kau dah ada isteri, sudah ada anak. Kalau kau rasa cinta kau terhadap isteri sudah tidak ada lagi. Lepaskan supaya hati Dian hanya retak sekali. Bukannya berkali-kali..”
“Tidak bang, tidak. Saya masih cintakan Dian..”Lelaki haloba! Perempuan itu dikejar, perempuan ini masih mahu disimpannya. Kalau sepanjang hidup lelaki itu masih haloba. Sampai bila-bila pun bagi Muaz lelaki ini tidak bahagia



24 comments:

MissNera said...

kak NB.. macam best je citer ni..
insyaALLAH akan sya dapatkan bila di pasaran nnti :D

wanupeh said...

YES! YES! YES!

^__^

Sayang.Ibu said...

wahhhh...kakakku.. x sabar menanti nihhhhh...cepatkan sikit tak boleh ke??? hahahahaaa....

MokChakah said...

Insyaallah akan sy miliki kak NB. Judulnya jer dah menjentik-jentik perasaan saya utk memiliki naskhah ini. Diam2 kak NB ni menunggu kelahiran satu lagi buah tangan untuk kami pengikut tegar kak NB. Awal ke akhir dec kak NB?<---dasar tak sabar sungguh hihihi

Wan Amalyn said...

kak yati...
uwaaaa... syoknya!!! wan nak book siap ngan tt sekali ya... hehehe

GreenJade said...

yey bestnyeeeeeee...!!lebiu akok

nk order awal2 bley..? :)

*secebis dialog yg mmberi seribu makna cerita*

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

satu lagi fenomena akan tercetus disember ini! ;)

idasm said...

akak! congrats! cutenya posing 2 budak yg dok atas katil tu..hehe..

ain said...

tak sabarnya nk 2ggu disemberrrrr!!!

Duke Luce Dell'amore said...

WOW!
hebat cerita kali ni!
jim baca petikan novel ni pun dh rs "WOW"!

Lady Arween said...

tahniah kak yati...Ishh tak sabarnya...Nanti nak beli yang ada tandatangan akak la..boleh wat koleksi..buku yg di sign oleh akak

Madam Casper said...

Kak Yati
Saheh saya beli novel ni dan sbb lain sy akan beli novel tu sbb nama watak tu Muaz..sama cam nama adik botak hehehehhe

Leeza said...

Salam akak...tahniahhhhhhhhhhhhh syabasssssssss. Hasil yang akan menggegar malaysia. Jatuh hati dengan cover yang cantik dengan adunan warna dan simboliknya....bestnya. tak sabar menanti.

Marzalina said...

kak..cepatnya kak tulis, intan kalau tulis..ambil masa 7 tahun agaknya hahhaaa..nak kena dapatkan ABBM dulu la kak...hehehehe

fatin said...

Salam Puan. Tahniah atas buah tangan Puan yang baru..... Baru semalam rasanya ABBM Puan terbitkan.

d said...

yaaaa.terasa sgt kehebatan bakal muncul bulan 12 nihhh

macam tak sabar lah

dlittlekitchen said...

salam.. kalo beli dari NB kara boleh dpt awal x? Kalo dpt NB nyer tt lagi best.. bukan apa, my best fren merajuk coz masa pg jamuan rumah NB, sy terlupa sangat nk bgtau dia... ini ala2 nk pujuk balik laa konon..heheheh

Mrs.Sheikh said...

adei akak... tak sabar nyaa.... nak beli nak beli..yeyeyyee :D

shafahanz-iman said...

Kalau 'AKU BUKAN MILLIGAN' pun boleh luruh jantung dibuatnya.. apatah lagi yg ini.... MESSSTTTTIIII BELI

Nadiah Sidek said...

wah...buku baru lagi! teruskn menulis ye kak yati ;)

~:|:sara:|:~ said...

ohohoho....
tak sabo rasenye nk membeli!
akak, sara nk order ari ni bule?...
hehehe

Intanaziela said...

kak yatie..tak sabar...tak sabar....

dayah said...

Salam Kak Yati,
Alahai Disember? Lamanya nak tunggu. Mesti MPH Alamanda tu hujung bulan baru nak letak heeeeee

Eryz Dwan said...

akak bila nak kuar nih...
penat dah tunggu
pas billy miligan...