Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 19, 2009

ANAK-ANAK KITA

Sekarang cuacanya memang sejuk. Mesti ramai yang malas mahu bangun pagi-pagi dan ada yang terpaksa bangun kerana ada tugasan yang perlu dikerjakan. Saya, bangun seperti biasa sebelum pukul 5 pagi lagi. Meneruskan rutin-rutin seharian saya. Dan apabila terdengar azan dilaungkan saya teringat cerita arwah emak.
"Siapa yang malas mahu bangun tidur untuk bersolat subuh, dia diselimutkan dengan kulit khinzir."
Kata-kata emak itu melekat hingga sekarang di kepala saya. Tidak bangun subuh, ada kulit khinzir yang diselimutkan di atas tubuh saya! Tak geli ke? Saya rasa orang yang makan khinzir pun geli kalau diselimutkan dengan kulit khinzir? Sebab itu saya jarang culas solat subuh!
Itu zaman kanak-kanak saya. Banyak yang melekat cerita arwah emak sehingga sekarang di kepala saya. Benarlah mahu melentur buluh biarlah dari rebung.
Seperti saya beritahu Qaisara, ketawa kuat-kuat tak boleh. Nanti ketawa dengan syaitan dan semalam ketika dia balik dari pejabat bersama dengan babanya saya dengar dia bersungut-sungut di belakang babanya.
"Baba you laughing so loud. You laughing with syaitan tau!"
Rupanya di pejabat, suami saya dan kawan-kawannya telah ketawa dengan kuat sekali! Yelah..orang Turki kalau ketawa, mahu roboh gunung ledang dibuatnya..ha.ha
Ya..anak anak adalah kain putih, kita pula adalah pelukis yang memegang berapa banyak berus, warna dan sebagainya. Kita akan bakal mencorak mereka.
Hari ini keputusan UPSR, saya tahu berapa ramai ibubapa yang kecut perut dan terlebih-lebih takut dibandingkan dengan anak. Takut anak tidak dapat keputusan 5A. Takut malu dengan kawan-kawan atau jiran-jiran kerana anak tidak pandai.Takut nanti apabila ditanya..berapa A anak dapat, tidak ada A untuk dijawab. Saya kenal ramai orang yang sebegitu dan saya tahu..A anak-anak dicagarkan untuk kesenangan hati ibu bapa.
Saya teringat kata seorang pakar, potensi anak-anak adalah berbeza. Kalau tidak dapat A bukan bermakna anak tidak pandai. Anak mungkin ada potensi lain. Saya masih ingat ketika anak buah kesayangan saya Ojan mendapat 3A dalam upsr. Masa itu dia sudah membuat saya bangga. 3A pun, A jugakan? Jadilah dari tidak ada. Sekurang-kurangnya dia sudah berusaha dan sekarang saya melihat, dia boleh melukis manga dengan baik. Potensi itu lebih membanggakan saya daripada dia mendapat deretan A dan lebih membanggakan saya, setiap subuh dia pasti bangun untuk bersolat tanpa disuruh!
Bila adiknya Hakim mendapat 4A, saya juga bangga. Dari anak yang sedikit nakal dan jarang menghadap buku. Dia masih boleh menangkap apa yang diajar oleh guru dengan baik bahkan dia khatam Al-Quran agak awal dibandingkan dengan beberapa orang kawan-kawannya.
Kenapa kita terlalu taksub untuk mendapatkan anak-anak ini A? Kenapa kita berdebar-debar dengan keputusan peperiksaan di dunia? Takut ditertawakan orang? Tidak pernahkah kita terfikirkan untuk menjadikan anak-anak berguna didunia dan mendapat syurga di akhirat? Berapa A pun anak kita dapat tidak berguna, kalau satu masa nanti anak kita menjadi biadap, tidak pernah sampai di masa kita benar-benar memerlukannya dan memberi seribu satu alasan kesibukan mengejar dunia untuk mengerjakan yang di suruh oleh ALLAH.
Sebagai ibu bapa memang kita bimbang dengan masa hadapan anak-anak. Tetapi bagi saya, saya lebih bimbangkan anak-anak menjadi orang yang kosong dadanya dengan ilmu agama..

15 comments:

shila said...

Kak yati , tks for the useful advise. I really need it. Bila Haikal turun satu kelas utk Tahun 2 sebenarnya cukup mengecewakan saya. Yelah awal tahun berderet A, tahun akhir tahun 2A jek dan yang lain2 C.. adus frustnya. mana ibu yang tak terasa bila anak rakan2 lain berderet A dan 100%. saya perlu lebih terbuka bila rakan2 bertanya tentang prestasi anak. Buat apa nak sorok2. saya akan bagitahu wpun resultnya kurang baik tapi saya tetap bangga dgn Haikal . Bangun pagi tak perlu di dukung ke bilik air, buku sekolah susun sendiri ikut jadual (exactly in order). Botol air tiap2 hari basuh dan isi air sendiri. Bila tong sampah tak ada plastik hitam, dia pergi letakkan plastik hitam dlm tong sampah didapur. bila di fikir balik.. sejuk hati hehhehe... tak pelah ujian Allah pada saya.

Duke Luce Dell'amore said...

wah! tetiba bile jim baca,jim cam terfeeling jim ade ada anak plak...takotnya klu xpandai jg anak..

xpe r,tggu r jim tua sikit lg..bru kawen..skrg ni jim bdk lg..hahaha..
LARIKKK!

(akak jgn rotan jim tau!)
:)

Leeza said...

salam akak...
mulai tahun 2011, semua murid tahun 6 wajib khatam al Quran. Syukur alhamdulilah sebab KPM dah pentingkan pendidikan islam .Dengan adanya kelas JQAF dan KAFA, insyaAllah anak2 kita takkan buta dalam ilmu agama lagi. Pendidikan agama dan sekular hendaklah selari agar bangsa kita terus maju dan seiring dengan tamaddun dunia yang beradap.Namun jangan lupa anak-anak kita mempunyai pelbagai kemahiran yang berbeza.... jangan memaksa anak mengikut citarasa dan cita-cita kita. Kita bimbing anak-anak kita ini seiring dengan kehendak mereka.

dlittlekitchen said...

K.Yati.. TQ for sharing, semua org ada kelebihan memasing...

since1990 said...

assalamualaikum..sy tertarik skali dgn entri kali ini. xsangke pulak puan seorg yg berfikiran matang. beruntung qaisara..(",)..bile sntuh soal ni mmg sy jadi sensitif dan agresif. sy mmg xsuke cara mak baoa yg begitu, lg x suke bile mereka2 yg cemerlang selalu saja pandang hina pada mereka yg tidak cemerlang dlm akedemik sdgkn byk lagi kelebihan yang seseorang itu miliki.

p/s: sy ada 'curi' entri ini untuk dipostkan dlm blog saya. saya harap pn x marah dan klu free tu, singgah lah ke blog saya ya(",)..salam

yatie chomeyl said...

kecik2 dulu masa dpt result UPSR takut nk blk umah bgtau kat parents sbb yatie cuma dpt 3A 1B je..tp alhamdulillah diorang terima dengan redha, x marah pon.

nasib baik sekarang dah tua ni, result UPSR tu tak penting pon ngeee

jayhf said...

Assalamualaikum. Sy setuju dgn apa yg pn katakan.. Ibu bapa sekarang terlalu taksub supaya anak2 mereka mendapat straight As dalam setiap peperiksaan dan sy setuju juga setiap anak itu mempunyai potensi yang berlainan. Sy tidak memandang pada org lain.. sy hanya perlu tgk pada anak2 sy (4 org). Apabila anak2 pertama dan kedua sy menduduki peperiksaan UPSR alhamdulillah mereka telah cemerlang tetapi berlainan dgn anak lelaki sy ni..dia hanya mendapat 5C. Walaubagaimana pun, sy tetap bersyukur dgn keputusannya sbb buat waktu ni that was the best that he can do. Sy tidak pernah menekan kepada anak2 mereka perlu dpt straight As tetapi apa yg sy selalu tekankan kepada anak2 sy ialah always do your best ... solat jgn tinggal, rajin menggaji.. insya'Allah kita akan dpt berkatnya dan sentiasa bersyukur.

Nadiah Sidek said...

bagus la entry kak yati yg ni. mmg benda2 ni kerap terjadi di kalangan ibu bapa - antara sedar dgn tidak

NORHAYATI BERAHIM said...

shila..sebagai seorang ibu, kita mesti melihat kebolehan anak dari pelbagai sudut, kita bangga dgn anak bukan kerana A sahaja, berbanggalah shila ada haikal yang ringgan tulang, haikal yang tahu membuat kerjanya sendiri..itu lebih penting kerana peperiksaan hanya sekali sekali, tapi haikal melakukan yg lain hampir saban hari...

ha.ha.jim wah belajar tak abis dah ingat nak kahwin ye..ha.ha..esok2 jim ada anak2..ingat2 entry akak ni ye..

Za, biarkan potensi anak itu bebas dan kita sebagai emak atau orang yang lebih tua perlu memberi bimbingan dan pertolongan bila mereka memerlukan..

Roza..memang bukan budak2 orang pun ada pontensinya sendiri, akak boleh menulis roza boleh membuat kek dgn baikkan..

NORHAYATI BERAHIM said...

mimi, seharusnya seorang kanak-kanak harus dibimbing menggunakan kedua-dua otak kanak dan kirinya, dan mempunyai IQ dan EQ yang seimbang..dan tidak sekadar mengejar A dan akhirnya menjadi ahli akademik sahaja..

yatie..akak dulu 30 tahun yang lalu, penilaian darjah lima dapat 3A..ayah tak peduli pun, ha.ha..rasanya tanya pun tidak..

NORHAYATI BERAHIM said...

jay..memang kadangkala jay sebagai ibu bapa kita tekan anak2 tanpa kita sedar keupayaan dia amat terbatas, siapa tidak mahu anak menjadi doktor, menjadi jurutera tapi kalau jadi jurutera yang korup, doktor yg tidak jujur untuk apa?

Nadiah..sering terjadi dan yang paling sedih ibu bapa membandingkan antara satu sama lain, kejayaan anak-anak..

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Kak Yati...thanx for this entry...ia benar2 menyusup naluri keibuan saya...
Saya masih dlm kesedihan apabila anak saya cuma memperolehi 1A shj dlm UPSR baru2 ini. Mmg saya tdk pernah meletakkan harapan yg tinggi pdnya krn saya tahu kemampuannya. Cuma saya terkejut apabila dia mmeperolehi B dlm subjek sains yg dia tdk pernah score sblm ini.
Tp alhamdulillah, bila pulang di peluk & menangis apabila dia usap saya, pd saya itu cukup membahagiakan saya, sekurang2nya ada kekesalan di jiwanya dan saya memberitahunya ia bkn penamat dlm kehidupannya. Perjalanannya masih panjang & peluang masih pjg di hadapan. Mungkin ia proses permulaan kematangannya. Ramai teman2 memberi kata semangat kpd saya, kata mrk anak lelaki tdk sama grafnya dgn anak perempuan, sama terima itu.
Doakan semoga dia mjd hafiz suatu hari nanti, sesuai dgn maksud namanya "pejuang agama". Hanya itu harapan kami....(Sorry menjela2...)

NORHAYATI BERAHIM said...

silapnya sistem pembelajaran kita milah, terlalu menekannya kejayaan atas paper, sehingga kemahiran sampiangan/tambahan anak-anak diketepikan. Anak2 mempunyai kebolehan yang pelbagai, ada yang bnyk mengunakan HOKA, ada yang banyak menggunakan HOKI (otak kanan/kiri) dan ada yang berkebolehan menggunakan kedua-duanya.
Apa sahaja kemahiran anak2 kita mesti lapang dada menerimanya..

d said...

salam kak yati... suke sgt dgn enty ni... SHARING IS CARING...

Marzalina said...

kejayaan atas agama lebih membanggakan kan kak...ramai juga anak2 yg berjaya dalam pelajaran dunia sahaja..tapi kosong dalam pelajaran akhirat dan agama..tapikan kak..intan tgk ramai ibu bapa yg beria-ria nak anak2 berjaya dalam pelajaran tanpa mementingkan soal agama...intan rasa, orang yg berjaya adalah orang yg seimbang dari segi ilmu dunia dan akhirat. sedangkan pada zaman sekarang..ramai yg berjaya dalam pelajaran tapi dalam dada iman dia zero...akhlak lagilah kureng..

apapapun intan suka cara kak mendidik anak...=)