Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 29, 2008

ADUHAI BANK RAKYAT

Saya benar-benar kecewa semalam. Sukar untuk mengambarkan perasaan kecewa saya dengan pihak bank yang satu ini. Bank Rakyat Kajang. Bunyinya macam berjiwa rakyat. Bunyinya jika kita masuk ke dalam bank tersebut saya akan mendapat layanan kelas pertama.
Saya melangkah masuk ketika jam 12.30 tengah hari. Mungkin waktu rehat ketika itu. Kaunter hanya dibuka satu sahaja dari 4 kaunter. Selepas mengambil borang permohonan untuk membuka akaun Nuri untuk Qaisara saya mengambil nombor. Ada 9 orang lagi sebelum nombor saya. Saya menunggu dengan sabar sambil berbual dengan anak buah saya Ojan dan editor saya yang kebetulan ada hal yang harus diuruskan di bank-bank lain. Perjalanan berurusan dengan bank ini begitu lembab sekali. Satu kaunter saya rasa mengambil masa sehingga 20 minit. Namun ketika giliran saya hampir tiba, jam menunjukkan 2.30. Seorang lelaki yang sudah berumur tanpa memakai tanda nama, duduk di bahagian khidmat pelanggan memanggil sesiapa yang mahu membuka akaun baru datang kepadanya. Dia memasukkan data-data saya dan Qaisara ke dalam computer.
Tetapi rupanya urusan tersebut tidak habis di situ. Saya harus ke kaunter semula dan paling menyakitkan hati dia menyuruh saya mengambil nombor baru kerana nombor saya sudah terlepas! Jadi saya terpaksa menunggu 5 nombor lagi!
Urusan saya selesai pada jam 3.00 petang. Tidak ada kata terima kasih tidak ada kata maaf yang saya terima. Mahu sahaja saya bertanya pada petugas di situ. Susah sangatkah mahu tersenyum. Tetapi saya tidak punya masa kerana saya perlu mengejar waktu zohor dan perut sudah berkeroncong minta di isi.
Apa sudah jadi dengan bank yang berjiwa rakyaat ini? Saya digembur-gemburkan oleh pihak bank dengan kelebihan kalau memiliki tabungan untuk anak-anak. Dimasa yang sama saya juga ditakutkan oleh kawan-kawan dengan layanan bank ini yang rasanya terbelakang seperti 20 tahun yang lalu.
Nyata apa diberitahu oleh kawan saya ada benarnya..
Sebelum saya sampai ke bank ini. Saya telah ke bank komersial. Satu bank tempatan satu lagi bank antarabangsa. Bank antarabangsa menyediakan ruang menunggu yang cukup selesai. Seperti di rumah. Bank tempatan pula penuh dengan orang ramai tetapi layanan yang diberi oleh petugas di kaunter mesra. Senyum dan berbual dengan ramah. Seperti tidak ada rasa penat.
Apa sudah jadi dengan Bank Rakyat ini. Sudahlah urusannya begitu perlahan, pekerja tidak memakai tanda nama, bahkan terlalu sukar untuk memberi sedikit senyuman? Susah sangatkah mahu memberi layanan mesra pada pelanggan yang akan memastikan perjalanan bank ini terus berkembang? Fikir-fikirkanlah pihak pengurusan.

7 comments:

Anonymous said...

saya mmg fobia dan tak suka berurusan dengan mana2 bank dan juga kaunter kerajaan...setakat ni pengalaman kalau berurusan dgn tmpt mcm tu mmg tak pernah pulang dengan senang hati...huhuhu.

layandiri said...

erm..kak yati nasib akak sama ngan saya .ptg tadi saya ke bank rakyat salah cawangannya di Kl.Urusan saya hanya membayar bulanan kereta kakak.Urusan yg sepatutnya abil masa lima minit jadi satu jam setengah.Saya menunggu giliran dr bermula rancangan WHI sehinggalah tamat buliten 1.30 baru sampai gilirann.Kebulur saya dibuatye...

kak lia said...

kena buat complain pada pihak pengurusan bank. Abang saya kerja di bank rakyat tapi di cawangan Dungun, dulu saya pernah complain pada dia tentang servis Bank Rakyat cawangan Putrajaya yang sentiasa masam mencuka dan bila saya bagitau nama abang saya, boleh pulak dia senyum!!!! Saya ingat tadi memang urat muka dia dah rosak tak boleh senyum.

Health Site said...

betul tu memang bank rakyat servis tak bagus..bukan niat nak memburukkan bank kita tapi kita harap bank rakyat buka mata dan insaf diri..saya pun pernah kena tengking dek seorang pegawai kat cawangan USJ kerana saya bertanya perkara yang saya tak faham..kalau ikutkan marah memang saya nak terajang pegawai tu,sampai sekarang saya ingat sangat muka dia dan masih ada kat situ lagi.. tapi mengenangkan kita ni sesama Islam tak baik la bergaduh..sabo je la..promosi bank rakyat pun macam kaw-kaw boleh pinjam itu, pinjam ini , mohon itu mohon ini..tapi cuba kita pegi mohon..contohnya kad kredit atau loan, gerenti tak lulus punya..semua promosi tu sekadar gimik untuk menunjukkan bank ni banyak produk dan maju setanding bank lain..saya bukan nak puji bank luar tapi bagi saya bank paling senang paling tolenrasi paling mesra pelanggan dan mudah lulus bank HSBC..saya harap bank rakyat contohi bank HSBC AMANAH.

noorra said...

Kenapa tak guna bank Islam sahaja...dlm semua urusan kewangan dan pelan takaful perlindungan diri. Lebih baik dan menyokong perbankan Islam. Yg lain tu walau ada sistem kewangan Islam tapi masih bersama dlm sistem konvensional bank2 tersebut.

miss fauzianah. said...

kami ingin meminta maaf di ats segala kekurangan puan.
terima kasih di atas teguran puan.
kami berjanji akan memperbaiki kelemahan yang ada pada kami.
sakali lagi terima kasih.

sally said...

I would like to share my experince at BR Putrajaya when i was intended to open bank acc for my all 3 kids, huh!!! very bad experience...1stly, pakcik guard BR kat sini very friendly, dia tolong I buat cth 1 form as my reference…setelah penat fill up borang to open joint acc for all my 3 kids, pakcik guard kat situ cakap..."puan boleh buat photocopy ic puan 3 copies and etc kat atas pasar putrajaya...kat sini if u want to make a phootocopy BR will charge 50 cents per copy..." so, i cakap..ok laa encik, i malas nak jalan jauh2 so i nak photostat kat sini aje lah, I parking kereta pun jauh kat 7E sana..." then, tiba kat kaunter, without senyum...the teller lady ambil semua borang i and cakap, "puan kena pergi kedai photostat kat atas pasar putrajaya sebab mesin sini rosak.." what??? Pakcik tadi kata I boleh buat kat sini? huhhh...dahla i penat isi borang utk 3 kids, mesin rosak takde alternative ke??? then, i tanya...i bawak syiling duit dari tabung, beg i berat ni bawak dr tempat parking jauh lagi....boleh tak i tukar syiling kat sini? then, this lady jawab " puan, kat sini kalau nak tukar duit syiling kena masuk terus dalam akaun, puan takde akaun lagi so TAK BOLEH. lagipun, kalau puan hantar hari ni, esok kena dtg lagi baru boleh proses masukkan duit dalam akaun" ehhh...diorg kira duit manually ker?? bukan cam kat maybank ke, 5 saat je ke cos kira syiling pakai mesin kan???? huhhh!!!! Ya Allah, sabarkanlah hatiku dgn BR Putrajaya nih! without say sorry, this lady buat muka tak bersalah je bila i grumbling..."BR ni tak mcm bank lain la, kalau buka akaun, photocopy semua clerk yg buat dll...pastu muka senyum & friendly je! tapi kat sini mcm2 problem...tengokla..i datang lagi hari lainlah, I takde masa hari ni!! so, i think i should cancell my plan to open my kid's acc at BR...very frustrated with their service!! byebye la tabung nuri yg i dah berangan utk beri anak2 i hari ni...