Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 30, 2008

CHINTA-DECEMBER

Sedikit sedutan tentang Chinta.
“Kenapa kau tak datang kerja?”
“Aku dah berhenti kerja. Masakan Jessi tak beritahu. HR tak sampaikan surat pada kau?”
Chinta berkata perlahan sambil menolak tangan Raja Akid yang sudah memegang tangannya.
“Kau marah aku?”
“Tidak, kau yang suruh aku berhambus. Aku berhambuslah..”
Chinta berkata perlahan. Dia merenung Candy yang tersengeh-sengeh di hadapan mereka berdua. Tidak selesa Chinta dibuatnya.
“Aku minta maaf..”
“Tak mengapa…” balas Chinta perlahan. Di hati benar-benar tidak menyangka yang lelaki itu akan mencarinya sampai ke rumah.
“Aku nak kau balik kerja semula..”
Mudahnya Raja Akid, selepas menjerit dekat aku. Menyuruh aku berhambus, sekarang datang memujuk dan menyuruh aku bekerja semula.
Tidak..tidak! Ego Chinta menolak permintaan lelaki itu.
“Kau dah suruh aku berhambus, kau dah tak suka aku. Buat apa aku datang bekerja..”
Perlahan Chinta menjawab. Sudah menjauhkan dirinya daripada Raja Akid. Candy sudah ke dapur mungkin mahu membuat air untuk Raja Akid atau memberi ruang kepada ke dua-duanya bermuzakarah.
“Masa tu aku tengah marah. Kau tengking aku…”
Akui Raja Akid tanpa berselindung. Sepanjang dia bekerja dengan Chinta, Chinta tidak pernah menengking dia. Begitu juga dengan dirinya. Sebab itu dia rasa terperanjat dan membalas balik kata-kata Chinta dengan jawapan yang kurang wajar dan agak kurang ajar di telinga Chinta.
“Aku tak bermaksud tengking kau. Aku minta maaf..” kali ini Chinta pula memohon maaf daripada Raja Akid.
Dia sedar sepanjang dia bekerja dengan Raja Akid memang dia tidak pernah menengking lelaki itu.
“Tak mengapa..” jawapan Raja Akid itu mengundang senyum dari Chinta.
“Esok kau kena datang kerja semula. Kalau tidak aku pun tidak akan bekerja lagi di kilang itu..”
Sambung Raja Akid apabila dia melihat Chinta tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
Chinta hanya tersenyum tawar. Dia tahu Raja Akid hanya bergurau.
“Tak perlu. Aku rasa kau kena cari pekerja yang lebih baik dari aku. Tidak akan mempersoalkan apa sahaja arahan kau dan tidak akan menengking kau.”
“Kau adalah pekerja aku yang paling sabar yang pernah aku ada….”
Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulut Chinta. Raja Akid merapati Chinta dan duduk rapat dengan Chinta.
“Aku minta maaf. Aku akan naikkan gaji kau..”
Raja Akid sudah memegang tangan Chinta. Perlahan Chinta menolaknya. Namun Raja Akid mengenggam terus jari jemari Chinta.
“Esok kau datang kerja semula. Selagi kau tidak mengiakan. Aku akan duduk di sini, di sebelah engkau. Memegang tangan kau, meminta pada kau. Sehingga kau mengatakan ya..kepada aku..”

Nak tahu..kisah selanjutnya. Tunggulah Desimber ini ...sabar...

11 comments:

SaYanG kidA said...

nak letak gak lah komen kat sini.. ensem tahap lupa diri kejap bila tgk cover novel CHINTA ni.. memang dah jatuh cinta dah ni...parahhhhh.. yati asallah lah lambat sgt masa berlalu nak ke disember ni huhuhuuu...

wanAmalyn said...

kakyati...

wan nak book siap2 ek... nak ngan tt sekali!! berapa ya rega dia?? nanti wan bank-in kan duit. *mode tak sabar nih* hehehe

Ops Tahniah kak yati dengan kelahiran novel terbaru ni..!!

=)

(p/s: kaknim.. wan jadi org yg ke-2 yay!!)

Casper a.k.a wifee en.atan said...

ooo novel baru..tak sabar-tak sabar

iejay said...

kak yatie awat hensem sangat Raja Akid tu? hmmm... mahunya termimpi2 wajah tu bila membaca nanti... isy kalau macam ni kalah lah Abnag Zakry Edite tak pun Nik Arif... hehehe...

SaYanG kidA said...

wan org kedua apa wan? jgn amik itu hero kak nim yg punya muahahaha...

yati... anim masuk lagi nih.. sbb takut org curi hero ensem nih ngeeee..

Anonymous said...

Salam kak yati.

Tahniah!!! nvl baru keluar.

Wan, kmas pn nak mcm wan juga dah tak sabar nak tunggu Disember.

Wah iejay semua hero dia nak hehe...

Marcella Cardeena said...

salam...kak Norhayati...wahh...itu baru baca sikit...lambatnya nak tunggu disember....memang betullah Raja Akid tu handsome, itu baru tgk kulit buku...tapi muka Chinta tu macammana nak bayang?...bayangkan muka saya jer lah...hehehe...(syok sendiri)...

Anonymous said...

Tahniah diatas kelahiran novel baru. Tak sabar nak baca.

PUTUBAMBU said...

aiseyman kak yati..
buat saspen putu jek..

dah tak sabar ni kak...!

::SRISUFI:: said...

salam sis...novel ni adiah bday srisufi 4 disember...chinta...ermmm...sangat best....

d said...

saya nak la chinta ni... next novel... walaupun terlambat sudaaaaaa