Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, April 11, 2008

PESTA BUKU

Sudah berapa tahun ketika pesta buku berlangsung saya tidak berada di Malaysia. Tahun lepas saya berada di Mekah ketika berlangsungnya pesta buku. Dua tahun sebelumnya rasanya saya di China. Dan tahun sebelumnya pun saya di Mekah.
Namun tahun ini, semalam saya sempat menziarahi pesta buku. Sebagai orang biasa. Sekadar melawat dan membeli beberapa buku untuk saya dan untuk si kecil yang memang gilakan buku.
Saya lihat pelbagai variasi gelagat si penulis novel. Ada yang berlagak diva, berposing maut menunggu peminat (ha..ha..jangan marah) ada yang berjalan begitu mendongak seperti tidak melihat orang dan seperti biasa kawan saya Lily Haslina dan Chef Ina, tetap peramah dan banyak cerita.
Saya sempat menjenguk syarikat Creative. Sedih..tidak ada kawan-kawan yang saya kenal lagi di sana. Anida dengarnya sudah berhenti kerja. Kemudian saya ke Alaf 21. Terjumpa kawan-kawan lama. Kak Wan Rohana yang semakin mewah..jangan marah kak Wan. Molly, Gee, Lan, Pijat, Liza dan ramai lagi. Cuba mencari kelibat Encik Nordin tetapi tak ada. Rindunya saya pada mereka!
Saya tahu sejak akhir-akhir ini saya seperti semakin jauh dari kelompok penulis. Bukan salah mereka tetapi salah saya. Saya memang suka menyendiri. Dunia saya hanya keluarga di Kajang dan di kampung. Sebulan atau dua bulan sekali, saya keluar daerah. Apatah lagi sejak tidak ada pembantu rumah. Semua kerja pejabat saya lakukan dari rumah. Arahan pada pekerja pun saya lakukan melalui internet.
Bayangkan seminggu hanya sekali atau 2 kali sahaja saya keluar dari rumah. Kadangkala sekali sekala, rasa rindu juga mahu berjumpa dengan pembaca novel saya.
“Tahun depan kita buka booth. Orang tak beli buku kita pun tak apa. Asal mereka dapat jumpa kamu..”
Suami memberikan cadangan. Insya-ALLAH bisik hati saya. Dan kalau tuhan izinkan tahun depan harap-harap saya dapat berjumpa pembaca novel dan kawan-kawan saya lagi. Walau setahun sekali tetapi sudah memadai!

1 comments:

wanupeh said...

assalammualaikum kak norhayati berahim...

setiap kali ada pesta buku, setiap kali jugalah saya terlepas...kadang tu tak sempat, kadang tu tak ingat dan ada juga tu tersilap tarikh...
emmm...ada tak ada, tahun lepas dpt la pergi 'book fair' dkt klcc anjuran popular...tahun ni di pwtc, terlepas lagi...kalau kak norhayati buka booth tahun depan, awal2 saya nak tanda di kalendar, nnt takut terlepas lagi...apa2 pun, semoga tahun depan, kami semua dpt melawat booth NB...insyaallah...