Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 1, 2008

ADUHAI PEMBANTU RUMAH

Melayan cerita Alamak Amy, seronok juga melihat telatah kak Milah yang menjadi pembantu rumah. Di samping seorang yang tekun bekerja beliau seorang yang cukup lucu. Saya cukup terhibur melihat telatah lucu pelakon Alamak Amy dan tertawan dengan sikap kak Milah.( Cuma yang saya kesalkan ia disiarkan di waktu yang tidak sesuai). Ini mengingatkan saya pada pembantu rumah yang sudah saya berhentikan kerja 3 bulan yang lalu dan hampir serik untuk mengambil pembantu rumah yang lain..
Pertama kali pembantu rumah saya datang, beliau sudah meminta gaji pada bulan pertama. Sedangkan sepatutnya hanya bulan ke empat sahaja gaji perlu dibayar. Dengan alasan miskin dan anak-anak bersekolah. Saya berbincang dengan suami dan kerana simpati kami memberi sagu hati untuk di hantar ke Indonesia. Beberapa bulan kemudian dia mengadu sambil menangis-nangis yang ayahnya perlu dioperasi dan memerlukan wang. Dengan rasa simpati saya menghantar wang ke Indonesia, menghulurkan sedikit bantuan setakat yang mampu.
Tidak sampai setahun, dia sudah minta balik kampung. Dengan alasan anak mahu berkahwin. Saya izinkan. Ketika balik, pelbagai barangan yang saya belikan untuk buah tangan. Kasihan pada anak-anaknya yang menunggu di kampung. Tetapi apabila sudah sampai di Indonesia hendak balik ke Malaysia semula, sampai 3 kali saya membelikan dia tiket namun batang hidungnya pun tidak nampak di lapangan terbang. Berkali-kali saya menelefonnya, tapi tidak dijawab. Dan satu hari dia muncul di hadapan rumah saya. Kata dia, dia dikurung ketika keluar daripada lapangan terbang oleh seorang pemandu teksi . Entah betul ke tidak saya tidak tahu. Tetapi saya bawa dia pergi membuat laporan polis. Dihadapan polis dia menceritakan yang dia dikurung tetapi apabila dengan rakan-rakan setugasnya yang bekerja dengan jiran-jiran dan rakan saya. Dia memberitahu dia bukan diculik tetapi sengaja berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Sakit hati saya, tapi kerana kasihan dia yang memang hidup susah (saya tahu kerana saya pernah melawat ke rumahnya di Indonesia). Saya tahankan hati saya…
Ketika itu, bagi saya pembantu rumah saya tidaklah teruk sangat perangainya. Dia menjaga anak saya dengan baik dan menyayanginya. Cuma saya tidak tahan dengan sikapnya yang kadangkala terlalu lalai. Baju si kecil dibuang dalam tong sampah, pampers kotor di buang ke dalam mesin basuh. Sudu, garpu dan juga pisau juga kadangkala terlepas sama ke dalam tong sampah. Alahai..alahai.
Lagi satu sikapnya, dia asyik berSMS dengan cowok-cowok yang tidak diketahui dari mana datangnya. Bahkan tanpa segan silu dia akan meminta pulsa (credit) dari cowok-cowok kenalannya ini. Puas saya marah. Tetapi perangainya tidak pernah berubah. Bayangkan seorang yang berusia 40 tahun mengekeh di telefon dengan cowok-cowok yang entah dari mana dikenalinya. Pedih telinga saya!
Namun kesabaran saya hilang apabila dia balik sekali lagi (dalam 2 tahun 3 kali pulang ke Indonesia) pada tahun ke tiga, selepas seminggu saya memperbarui permitnya. Cuti yang diminta hanya 7 hari. Tetapi sampai 3 minggu masih tidak pulang. Bila ditanya bila mahu pulang ke Malaysia kerana saya juga banyak kerja yang mahu dilakukan. Jawapannya cukup membuat saya hilang sabar..
“Tenang-tenang nanti saya baliklah..”
Bila dengar jawapan yang begitu saya benar-benar marah. Apatah lagi suami dan keluarga di kampung yang selalu mengingatkan saya jangan terlalu baik dengan pembantu rumah. Lantas saya potong permitnya tanpa rasa belas lagi. Cukuplah apa yang dilakukannya dengan saya. Apabila setiausaha saya menelefon, memberitahu dia yang permitnya telah dipotong. Dia tidak percaya dan mengatakan saya berbohong dan tidak mungkin sanggup melakukan begitu kerana permitnya baru saya sambung.
Serik saya dengan sikap tidak ikhlas pembantu rumah yang saya layan dengan cukup baik. Bahkan antara kawan-kawannya, saya rasa dia paling bertuah. Bila bercuti saya bawa dia sekali. Langkawi, Kelantan, Cherating, Genting, Terengganu dan banyak tempat lagi yang saya bawa. Sehinggakan kadangkala dia menjadi sombong dan bongkak dengan kawan-kawannya kerana sering menaiki kapalterbang. Bukan itu sahaja, makan pakainya pun saya jaga dengan baik. Sampaikan pakai dalamnya saya belikan 2 atau 3 bulan sekali. .
Ketika hati saya terbuka mengambil semula pembantu rumah baru atas desakan suami yang mungkin kasihan melihat saya mengemop lantai jam 1 pagi. Pembantu rumah lama menelefon dan merayu-rayu supaya saya mengambil dia semula. Kata dia susah untuk mencari kerja sekarang ini. Dia mahu datang ke rumah saya dengan pasport pelancong. Tapi saya beritahu dia dengan kata-kata yang cukup keras dan perasaan marah, saya tidak mahu melihat mukanya lagi. Dia seperti tidak percaya dengan kata-kata saya mungkin selama ini dia merasakan saya terlalu lembut dan sering mengalah dengannya.
Beberapa hari lagi pembantu rumah baru saya dari Surabaya akan datang. Saya benar-benar berharap kalau saya dapat pembantu rumah seperti Kak Milah. Walau tidak pandai, tetapi lucu, rajin dan lurus. Memang hati saya gusar, bimbang mendapat pembantu rumah seperti pembantu rumah lama. Tetapi tidak semua manusia itu samakan?

2 comments:

Anonymous said...

Rata-rata cerita pembantu rumah semua tak sihat. 100% saya setuju. Pembantu2 rumah adik saya, setakat ini dah 4 kali bertukar. Yang pertama, memang baik masih dara 18 tahun. Kerja bagus, pemalu, sopan santun, kita tanya baru cakap, hormat orang tua. Memang baiklah dia ni, sampaikan adik renew kontraknya 2 tahun lagi. Dia balik sebab nak dikahwinkan oleh emaknya. Adik bekalkan macam2 barang, kami pun tak ketinggalan, beri hadiah baju, cincin emas, kain 'lace' untuk kahwin dan macam2 lagi. Selepas 6 bulan dia talipon katanya tak jadi kahwin, sebab tunang tak boleh tunggu dah kahwin dengan orang lain. Betul tak betul tak tahulah, tapi harap2 betul. Kesian juga sebab adik dah minta pembantu rumah yang lain, beliau minta kerja dengan adik semula. Lepas dari itu tak tahu beritanya.

Yang ke2, umur 22 tahun, memang lebih kurang rajinnya dengan yang pertama. Walau bagaimana pun, kalau orang asing tu, orang asing juga. Barang yang dibeli banyak membazir dari diguna. Sayur2an banyak yang busuk tak dimasak, tapi katanya dah habis. Tak tau berjimat. Teruk adik saya selalu mengadu. Kesihan juga, adalah saya tolong nasihat secara diplomasi ketawa2 berjenaka dengan dia. Seminggu dua ingatlah lepas tu buat balik. Kontraknya tak diperbaharui cukuplah 2 tahun tu adik kata. Ambil yang ketiga, nasib tak baik, adik berpindah rumah, jadi banyaklah kerjanya. Merungut tak habis2 dengan kami, bila kami bertandang kerumah adik. Suka bertenggek sama2 kami bila kami bercerita, sampai kena tegur baru angkat kaki ke dapur buat air ke, buat kuih ke. Siaran drama indon. di TV setiap hari tak pernah 'missed'. Bermakna 1 atau 2 jam dah habis di depan TV. Nak minta disambung tapi bila buat pemeriksaan kesihatan, ada penyakit, adik hantar balik tak renew. Kemas barang nak balik indon sampai dua beg besar, datangnya ke Malaysia satu beg kecil je. Adik pulak jenis yang tak berprasangka, halal katanya. Lama-lama adik perasan ada barangan kaca dapur dan hiasan yang tidak ada di dalam rumah. Semuanya HALAL. Yang ke 4, kerana serik adik ambil atas dasar percubaan dulu 3 bulan pertama. Kecut perut kami adik beradik dibuatnya. Keluar bersiar-siar dengan anak adik tak balik-balik sampai 8 malam. Semua bergegas ke rumah adik, takut perkara tak baik berlaku. Desas desus pembantu rumah membawa lari anak majikan. Kami dah nak repot polis, tapi syaratnya kena tunggu 24 jam. Kami adik beradik sepakat mencari, ada yang cari dengan kereta, ada yang berlari ke taman berdekatan, ada yang menyusur rumah ke rumah. Masing-masing gusar teramat sangat sampai ada yang menangis. Suami saya mengambil tugas ke taman berdekatan, tiba ternampak sesusuk tubuh berpayung di bangku taman. Pergi dekat memang sah, pembantu rumah dengan anak adik. Pooh! leganya bila suami saya talipon. Alasannya anak adik tak mahu balik, masih tegah bermain di taman. Takut nak balik sebab takut pada ugutan anak adik. Apa yang diugut atau apa terjadi tak tahu. Cukup tiga bulan hantar semula ke ejen. Selepas sehari adik dapat call dari ejen mengatakan ada barang berharga dalam begnya dan banyak duit. Bila ejen tanya katanya anak majikan yang bagi, tapi ejen tak percaya ambil baik barang2 kristal yang diambil. Duit adik kata beri saja sebagai hadiah. Adik memang tak serik tapi keadaan memaksa mengambil pembantu rumah, memandangkan pekerjaannya sebagai seorang pakar. Bekerja sendiri lagi. Yang ke4, Alhamdulillah, nampak baik, penyegan macam yang pertama dulu......harap2 berpanjangan jujurnya yang ini. Adik saya memang baik, tak pernah nak marah pembantu rumah, marah pun nampak macam tak marah. Cuma saya adik beradik sentiasa mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.

alwarada said...

kisah maid ni memang ada macam2.maid ni saya lihat berdasarkan pglmn,memang sukar nak dpt yg serasi dgn kita dan dia ok.rezeki...macam kenalan2 saya,ada yangdapat maid yang baik,jujur dan penyayang.ada juga yangd apat maid penipu
saya sendiri pun terpaksa ambil maid.kena banyak bersabar dengan kerenah mereka. saya sendiri dah 3 kali tukar maid dlm setahun.maid pertama,orang sunda,baik,taat,jujur dan penyayang.pernah saya terjaga dari tidur selepas penat berehat,dia masih duduk di sebelahs aya.saya bertanya,kenapa tidak pergi je ?dia cakap dia takut saya pengsan lagi,jadi dia nak jaga saya betul2.hmm..masa tu dia pun tengah mual2 mengandung,jd saya suruh dia rehat tapi dia taknak.
dia ada kesan didera suami selain hamil 3 bulan sewaktu datang check fomema 2 minggu dia kerja dgn kami. jd tak lulus fomema,kenalah hantar balik.
dia merayu nak kerja dgn saya selepas bersalin,tapi saya kata apa2 hal selesaikan dulu maslaah rumahtangganya dulu.
kedua, dah lulus fomema,ok buat kerja tapi dia taknak keje maid.dia pernah kerja di m'sia dgn chinese.dia lebih suka kerja dgn chinese jd pembantu kedai,boleh jumpa ramai orang.
sama2 keturunan jawa,masalahnya pula kalau apa2 tak boleh nak minta tolong,.sebab dia cakap dia sedara degan saya,dia ckp mak saya sdh titipkan saya padanya,jadi saya tak boleh perintah dia.ikut suka dia nak buat apa.dia anggap saya macam anak2 jd kena hormatkan dia.
masalahnya sampai dia mencederakan anak yang berusia 4 tahun dan bayi lebam.dia pandai berkata2 (fitnah)nasib baik saya tak gila meroyan dgn mulutnya (dia dtg ketika saya lg seminggu nak bersalin..dah hantar balik dah).kami serahkan pada Allah akan perbuatannya.
yang sekarang ni..ketiga,ganti maid yang pertama..dia langsung tak boleh baca dan menulis.tak berpa fasih bahsa indonesia, punya sejarah emosi yang kritikal,didera suami,hingga kedua-dua anak yang dikandungnya meninggal dunia.kalu tegur maidini, kena cakap satu persatu dan sambil melawak.
masalahnya bila cakap nada slow,dia pun tak buat kerja.diam je.kalau kita agak tegas sikit,sudah menangis,mogok taknak makan minum sampai demam.boleh menangis sambil hadap tembok berjam2 dan kemudian membatukan diri hadap setempat kat tembok rumah bila ditegur dgn baik.
alhamdulillah skrg dia dah ok.org yang carikannya (maid sedara kpd sedara ibubapa kami)selalu call dia ckp bhs sunda baru dia faham selain doa dan berikan pemakanan tambahan termasuk untuk minda dan sakit puan.sebab dia tak pernah makan ubat sejak kematian anak-anaknya semasa dalam pantang bersalin akibat didera suami.
kiranya banyaklah juga belanja ubat maid ni...
maid ni pun rezeki juga.macam kawan minta tolong saya carikan maid,kebetulan saya ada contact di sana.alhamdulillah setakat ni ok.rajin maid kawan ini.