Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 23, 2008

PERKAHWINAN DAN KESABARAN

Terlalu peribadi untuk dikongsi bersama
Oleh Zaidi Mohamad

Artis Wanita Baru Terbaik APM dan suami masih ambil berat soal kebajikan, kerjaya masing-masingSUKAR dimengertikan apa jua gejolak perasaan yang dialami pemenang Artis Wanita Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) 2008, Farah Asyikin Zulkifli, 29 mengenai situasi yang didepaninya kini dalam melayari bahtera perkahwinannya bersama pasangannya, Dr Fariz Yahya, 30. Kononnya, sudah lebih sebulan mereka tidak tinggal sebumbung dan tanggal 12 Mei ini, genaplah setahun usia perkahwinan mereka. Sehingga saat ini pun mereka masih baik. Bukan soal kerjaya yang menjadi penyebab ‘perpisahan’ seketika mereka. Cuma agak sulit untuk dirungkaikan Farah sendiri.


Pagi-pagi lagi saya sudah membaca berita tersebut. Simpati saya dengan Farah, namun sebagai wanita saya memahami. Perkahwinan mana yang tidak diduga. Apatah lagi pada awal perkahwinan. Saya dahulu pun mula-mula berkahwin pun mengalami masalah besar. Masalah budaya yang ujud kerana perkahwinan melewati dua benua yang berlainan.
Budaya orang Turki suka melepak sehingga larut malam dan bangun hingga ke tengah hari. Bukan sahaja orang Turki, saya rasa orang-orang di Timur Tengah banyak mengamalkan budaya tersebut. Bahkan ketika di Doha, Qatar. Saya melihat orang-orang tempatan hanya keluar jam 6 petang hingga ke larut malam. Kerana alasannya terlalu panas. Mereka banyak menghabiskan masa di rumah. Sebab itu kalau kita pergi di mana-mana sahaja pada waktu siang, yang berniaga, yang menyapu sampah, yang membawa bas, bahkan jurutera, arkitek yang membuat bangunan semuanya orang-orang luar. Pendidikan dan air kalau tidak silap saya adalah percuma di Qatar. Semua penduduknya pada tanggapan saya sudah menjadi malas. Kerana terlalu dimanjakan. Kalau duduk di Malaysia, sudah pasti tidak boleh hidup!
Berbalik pada budaya orang Turki yang suka melepak hingga ke pagi, benar-benar membuat saya sakit kepala, yang lelakinya berkumpul di kedai-kedai teh (di sana banyak kedai teh) yang perempuannya berkumpul di rumah Mereka bercerita dengan nada yang cukup kuat. Kadangkala seperti bergaduh bunyinya. Berjam-jam lamanya. Apa yang diceritakan saya benar-benar tidak faham.
Tahun pertama perkahwinan kami, suami masih kuat terikut-ikut dengan perangai tersebut. Baliknya pukul 1 atau 2 pagi. Biasanya dia melepak di mana-mana rumah kawan-kawan yang masih bujang dan kadangkala di Coffee Bean sehingga Coffee Bean di tutup. Kita menelefon berkali-kali tidak dihiraukan Sakitnya hati hanya tuhan yang tahu. Saya beritahu suami, melepak hingga larut malam bukan budaya orang Melayu. Orang lelaki melayu duduk di rumah, pergi ke surau. Bermain dengan anak-anak. Tetapi apa sahaja nasihat saya tidak dipedulikan.
Saya tidak ada cara lain, kecuali bertahan. Setiap hari sambil menunggu beliau balik saya akan menyambar yassin atau Al-Quran dan membacanya sambil berdoa dalam hati supaya suami berubah.
Saya sedar, suka melepak sudah membudaya di dalam diri selama berpuluh-puluh tahun. Sudah pasti terlalu sukar untuk dikikis. Saya kena bersabar, bercakap cara lembut dan berdoa tanpa henti.
Hasilnya pada tahun ke 3 perkahwinan, suami sudah tidak betah lagi berada di luar. Masanya banyak dihabiskan di rumah. Menonton telivisyen, mendengar radio atau menonton telivisyen negaranya di internet. Apabila Qaisara hadir dalam hidup kami. Perangai tersebut 98% sudah terhakis. Sekarang ini kalau suami mahu melepak sehingga jam 3 atau 4 pagi. Dia akan meminta izin dari saya. Itu pun dalam 3 atau 4 bulan sekali.

Kekangan ke dua yang cukup dahsyat yang terpaksa saya belajar dan perlu menahan hati, adalah budaya orang-orang Turki yang suka bercakap dengan nada yang kuat dan memarahi sesiapa sahaja di depan orang ramai. Tidak kira lelaki atau perempuan. Lelaki menjerit, perempuan pun menjerit depan orang ramai. Mereka juga panas baran. Aduhai…sakit perut saya. Perkara ini cukup membuat saya benar-benar tertekan. Namun saya tahankan hati saya, saya tahu kalau suara suami kuat dan nada saya kuat, semuanya tidak akan selesai. Langkah pertama saya untuk mengatasi masalah ini berjumpa dengan isteri-isteri yang berkahwin dengan orang-orang sebangsa dengan suami saya. Mereka memberikan saya tips-tips yang cukup berguna.
“Jangan melawan. Cakap dengan suara yang lembut, akhirnya mereka akan mengalah..”
Salah seorang daripada mereka memberitahu. Lantas saya mempraktikkan apa yang disuruh. Apabila suami marah-marah atau bercakap dengan nada tinggi. Saya bertahan dengan bercakap dengan nada ‘orang melayu’ dan kadangkala diam sambil cuba tersenyum.
“Kamu gila agaknya saya marah kamu, kamu senyum..”
Satu hari suami sambil membeliakkan matanya bertanya saya. Apabila melihat saya terus-terusan ketawa. Dia juga ketawa.
“Awak tahu tak? Awak kalau marah-marah macam tu muka awak rupa siapa?” Gurau saya.
“Entah…”
“Macam Mr Bean..” balas saya. Suami ketawa besar.
Banyak sebenarnya kekangan dalam perkahwinan antara dua benua yang seperti saya hadapi, masalah makan, masalah keluarga dan sebagainya. Namun kerana rasa sayang, masalah tersebut tidak menjadi beban lagi kepada kami. Semuanya diselesaikan dengan baik. Berbincang dari hati ke hati juga perlu dan paling penting bersabar dan jangan putus harap untuk berdoa. Kerana ALLAH maha mendengar!

3 comments:

masyitah said...

Terima kasih puan NB atas perkongsian ini.rupa2nya bukan mudah kan mempertahankan mahligai.saling memahami dan cuba selami budaya masing2..saya yg kawin sesama bangsa pun sukar untuk fahami budaya keluarga suami,ambil masa juga.
oh ya..kat rumah suami,penuh dgn novel puan NB di bilik study family.

Iqa said...

Assalamualaikum kak,

Saya bakal berkahwin dgn lelaki turki pd tahun depan. Sekiranya akak xkeberatan, blh share tips tentang org turki, cara pemakanan and etc. Apa procedure n documents yg diperlukan utk kawen dgn org sana. Bagaimana pula prosedur utk menetap di Malaysia.

TQ

Iqa said...

Assalamualaikum kak,

Saya bakal berkahwin dgn lelaki turki pd tahun depan. Sekiranya akak xkeberatan, blh share tips tentang org turki, cara pemakanan and etc. Apa procedure n documents yg diperlukan utk kawen dgn org sana. Bagaimana pula prosedur utk menetap di Malaysia.

TQ