Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 22, 2008

CERITA PASAL MAKAN

Bunga Saffron. Perhatikan stigma yang berwarna merah yang berada di celah bunga tersebut. Itulah yang diisi ke dalam makanan untuk menghasilkan warna seperti kekuning-kuningan. Dengar-dengarnya, bagi menghasilkan 1g saffron memerlukan 400 bunga.

“Kasihannya..”
Hampir 30 tahun dahulu. Saya masih ingat, ketika itu seorang taukeh cina datang ke rumah saya mahu mencari ayah. Dia melihat saya makan sambil menatang pinggan di kepala tangga batu, rumah melaka saya. Makan saya ketika itu cuma berlaukkan sambal goreng ikan bilis bersama ikan masin cekik leher.
“Tak ada lauk lain. Ini sahaja?”
Taukeh yang bernama Ah Kow bertanya sambil matanya merenung nasi bersama sambal yang berada di pinggan saya. Saya hanya menganggukkan kepala. Kemiskinan ketika itu membuatkan kami hanya mampu makan sambal dan ikan masin. Bahkan hendak dapat menjamah ayam hanya setahun sekali begitu juga daging. Sesekali saya masih ingat, emak membeli sardin dari lori yang datang. Sardin tesebut biasa sudah kemek tinnya dan dijual dengan harga beberapa sen sahaja. Menurut emak, itu sardin yang ditolak oleh kilang kerana tinnya yang sudah kemek.
Entah ya, entahkan tidak. Saya dan adik beradik yang tidak tahu apa-apa sudah pasti gembira dengan makanan baru kami.
Bila sudah meningkat dewasa. Separuh adik beradik saya sudah bekerja, kehidupan kami sudah terasa perubahannya. Makan, minum sudah menjadi mewah. Kalau dahulu makan ayam setahun sekali. Sekarang hari-hari pun tidak mengapa. Bahkan saya sudah tidak larat untuk memakan ayam dan daging lagi.
Sejak beberapa tahun ini, saya sudah mencuba banyak makanan dunia. Bahkan hampir setiap hari saya terpaksa memasak masakan Italy atau Turki kerana di dalam rumah saya ada warga asing (bukan pendatang asing..ha..ha). Dan kerana tidak larat dengan makanan yang tidak mencapai pawaian tekak saya ini. Setiap hari biasanya saya akan masak dua makanan yang berlainan. Untuk saya sambal, masak asam pedas, tomyam dan sebagainya dan untuk suami pasta masta yang kadangkala tidak boleh diterima tekak melayu saya.
Saya masih ingat ketika saya berada di Iran untuk beberapa hari. Setiap hari saya dan rambongan saya disajikan dengan nasi saffron yang ada ayam besar atau daging kambing di dalam timbunan nasi tersebut.Pada hari pertama saya berada di sana, sudah pasti masakan yang sedap dan mahal itu itu mengembirakan saya (1gm saffron kalau tak silap saya 4USD sekarang ini). Namun apabila hari-hari, di sajikan masakan yang sama pada makanan tengah hari atau malam! Sudah pasti muka saya pun sudah menjadi muka ayam apatah lagi saya tidak makan kambing. Dan sekembalinya saya dari sana dan sebaik sahaja keluar daripada mengambil beg . Saya menerpa kiosk yang menjual laksa di lapangan terbang dan menghirup kuahnya hingga ke titisan terakhir!
Bila sudah ada sedikit wang. Banyak makanan sudah menjadi tidak sedap. Terutamanya apabila melibatkan ayam atau daging. Sesekali saya makan juga ayam tetapi lebih suka memilih ayam kampung .
Namun sejak bertahun-tahun dahulu sampai sekarang. Saya tetap menyukai sambal goreng ikan bilis emak tiri saya. Sambal goreng yang cilinya digiling, memang tidak ada tandingannya dengan mana-mana makanan di dunia bagi tekak saya. Sambal yang sentiasa ada di atas meja dekat rumah di kampung, akan saya terpa sebaik sahaja turun dari kereta. Dan setiap kali balik kampung, saya pasti akan mengosongkan perut saya. Kerana saya mahu makan nasi dengan sambal goreng yang selama ini telah membesarkan saya!

1 comments:

kmas said...

kak sambal goreng ikan bilis mmg kesukaan saya. Masa baru2 kahwin saya masaklah sambal goreng ikan bilis ni utk klrga mertua. Diorang mkn sampai licin. Siap panggil lagi sambal gila. Sampai sekarang klu sy balik kg suami mrk akn suruh buat sambal gila ini. Sambal ini juga menjadi kesukaan suami. Ikan bilis grg bwg dgn cili api hiris tambah kicap pn sedap kak. Mmg menjadi kegemaran, klu tak ada lauk lain pn tak apa.