Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, April 18, 2008

ANAKKU YANG PELIK!

Fauzan dilapangan terbang, ketika menghantar saya mengerjakan umrah pada tahun 2005

Hujung bulan lepas anak buah kesayangan saya Fauzan menyambut hari jadinya yang ke 14. Saya memang rapat dengan anak buah sulong saya ini. Ketika dia dilahirkan, sayalah menunggu kakak saya di luar labour room. Bahkan bertahun-tahun dia tidur sebilik dengan saya dan dilengan saya. Sehinggalah dia besar, sesekali dia datang ke rumah saya atau saya mengambil alih menjaga dia, kerana emak dan ayahnya berkursus luar daerah, dia tetap manja dan sesekali masih tidur di celah ketiak saya.
“Tahun ini nak hadiah apa?”
Tanya saya? Beberapa tahun yang lalu, saya menghadiahkan dia game boy advance ketika hari jadinya yang ke 11. Dan setiap tahun, apa yang dimintanya sudah pasti semua gadget mengenai game boy. Tahun ini sudah pasti dia meminta benda yang sama. Saya yang membelikannya pun terasa bosan!
“Beli i-pod sahajalah..”
Suruh saya ketika ke salah satu pasaraya besar bagi mencari hadiah untuknya. Adiknya Hakim juga turut serta.
“Buat apa i-pod. Boleh dengar lagu aje. Buat semak telinga.”
Balas Fauzan pantas. Aku terkedu. Teringat ketika seusianya. Saya begitu teruja untuk mendapatkan radio atau walk-man sendiri. Tetapi ketika itu harga walk-man sudah pasti terlalu mahal buat saya.
“Kamera nak tak sayang?”
Saya tanya lagi. Dia geleng kepala. Si Hakim bersetuju kalau abangnya membeli kamera.
“Buat apa, untuk ambil gambar sahaja..”
Memanglah kamera untuk mengambil gambar! Hiss..apalah si Fauzan ni. Hati saya menggerutu sendiri.
“Hmm…handphone tak mahu?”
Saya tanya lagi. Fauzan mengelengkan kepalanya. Saya melirik pada barisan handphone yang berada di hadapan saya. Saya sudah merancang kalau Fauzan bersetuju, saya ada badjetnya.
“Tahun depanlah Andak…” balasnya sambil lewa.
Saya mahu belikan dia handpone disuruhnya saya beli pada tahun depan! Pelik sungguh budak ini.
“PSP..”
Hakim menganjurkan. Tahun ini dia akan mengambil UPSR dan saya berjanji dengannya kalau dapat 5A, saya akan mendapatkan PSP untuknya.
“Semuanya pasal game. Bosannya andak. Belilah sesuatu yang interesting sayang oiiii..”
Aku sudah mula berleter. Semua hadiah, tidak ada yang berkenan dimatanya. Akhirnya dia hanya membawa pulang satu ‘control’ PS 2 bagi mengantikan yang sudah rosak di rumah.
Tengoklah budak-budak sekarang. Saya masih ingat, masa kecil memang banyak benda yang saya mahu tetapi saya tidak boleh mendapatkannya. Buku cerita, kamera, walk-man, jam tangan dan paling dahsyat piano yang saya tahu tidak akan tercapai dek akal ketika itu.
Tetapi budak sekarang, macam-macam yang kita tawarkan. Semuanya ditolak dan tidak berkenan di hati.
“Bukan budak sekarang yang pelik. Fauzan tu yang pelik. Dia anak orang berduit. Sebab itu dia sudah tidak teringinkan apa..”
Beritahu suami apabila saya ceritakan yang saya tidak membelikan Fauzan apa-apa pada hari jadinya, kerana dia semuanya tidak berkenan.
Betul juga, kata hati saya. Mungkin dilahirkan dalam keluaraga sederhana. Semua benda ada di sekelilingnya, menyebabkan dia tidak banyak meminta. Tidak macam saya dulu, dapat minum air botol F&N sudah macam pergi ke syurga! Ha..ha.ha

2 comments:

NORABELLA said...

Yati, memang betul. Anak-anak saya juga mewah dengan apa yang mereka inginkan. Tidak dapat dari saya, mereka dapat dari datok dan nenek malahan dari adik-adik saya yang sememangnya menyayangi anak-anak saudara mereka seperti anak sendiri. Zaman kita dulu..minum air oren F&N misalnya kena share ngan adik-adik kan???

Lily Haslina Nasir said...

kak Ti...
macam macam perangaikan budak budak sekarang... hah.. kita kecik kecik dulu berangan nak piano .. sudahnya arwah mak bagi mesin taip buruk dia...uwaaa..waaa...wa....
hah, f&n bawak kak ti ke sorga? kalau kita... kita melompat dapat air long chan yg dlm botol kicap tu...