Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, April 23, 2012

JAMUAN HARI JADI DI HKL

Dr Red Bubbles yang bagi saya sangat hebat...

Sebenarnya saya gagahkan diri untuk upload semua gambar aktiviti Grup Ukwah bersama dengan Dr Red Bubbles atau sahabat saya Iskandar Syah Ismail bersama teman-temannya di wad kanak-kanak di hospital HKL hari Sabtu yang lalu.  Aktiviti menyambut hari jadi dan menyampaikan sedikit bungkusan untuk anak-anak yang sudah lama tinggal di sini. Biarlah gambar bercerita.

Masih mudakan..tapi sudah diduga.

Kusyi mewakili grup ukwah membahagikan kek hari jadi.

Serius saya tak boleh tengok gambar ini. Saya keluar masuk bilik air. Sakit kepala saya datang, kesedihan saya sangat menusuk ke hulu hati dan saya menangis. Ini kelemahan saya yang dari dahulu tak boleh diubati. Saya tak boleh tengok budak-budak sakit!

Menunggu lilin ditiup..

Ya ALLAH ya tuhanku kau sembuhkan anak-anak  ini semua. Adik ini tidak boleh duduk jadi si ayah terpaksa membantunya. Sedihnya ya ALLAH ya ALLAH..


Dr Red Bubbles yang berusaha untuk mengembirakan anak-anak ini. Ya ALLAH kau rahmati sahabat saya ini dan kau murahkan rezeki beliau supaya beliau dapat mengembirakan anak-anak yang bernasib malang ini. AMINN..

Salah satu kek hari jadi..

Grup Ukwah bersama dengan isteri Iskandar, Norhayati..

Comelkan. Kata Iskandar, bola merah itu tidak boleh diletak di hidung adik ini maka diletak di telinganya. Sedang menonton upin dan ipin.

Readdyyy...mereka sangat tabah..

Farah yang menyambut hari jadinya bulan April. Mengikut maklumat yang kami dapat, ada ibu bapa yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga anak mereka yang sakit ini. Ya ALLAH kau murahkan rezeki mereka ya ALLAH..

Kecil sangat adik ini sudah diduga. Si ibu tetap berwajah riang. Tabahnya mereka menerima dugaan.



Red Bubbles memerlukan dana untuk membuat anak-anak tidak bernasib baik ini tersenyum. Jom kawan-kawan kita membuat sedikit bakti. Sedikit pun tidak mengapa...klik gambar ini untuk melihat dengan jelas. Gambar dari FB Mohd Nazid




Thursday, April 19, 2012

BUKU BARU NB KARA DI PESTA BUKU KUALA LUMPUR

Novel terbaharu Norhayati Berahim, Roti Canai, Salad Taco.

Dari penulis tersohor Zuraidah Othman..Keindahan cinta Iman.

Dari wartawan Harian Metro yang banyak mengungkap cerita masyarakat. Harus dibaca oleh segenap lapisan masyarakat.

Buku inspirasi yang diselenggarakan oleh Norhayati Berahim.


Buku Resipi daripada enam sahabat. Setiap pembelian buku ini akan mendapat buku nota percuma.



Tuesday, April 17, 2012

BUNGA DI HALAMAN RUMAH..

Lama saya tidak letak gambar bungakan di sini. Sekarang saya sedang membersihkan halaman rumah. Ini kemboja baru di rumah saya. Ianya berlapis-lapis sangat cantik. Insya-ALLAH kalau ada benihnya nanti saya nak tanam banyak-banyak.

Bunga rose warna ini memang cantik. Bunga Ros agak payah sikit menjaganya dan saya selalu sedih kalau ianya layu. Retak hati saya dibuatnya. He he he...Kalau boleh nak macam bunga ros di luar negara. 3 bulan masih segar bugar. 


Saya suka bunga ini. Saya beli di Sungai Buloh satu beg RM5 sahaja dan ia tumbuh merimbun. Terpaksa saya buang selalu supaya ianya menjadi cantik. Kata bibik kalau bab potong memotong beri pada saya.

Terung ini lama saya tanam, dia berbunga sahaja tetapi tidak berbuah. Saya gertak dia sambil memangkas dahannya. Ambik kau selang beberapa minggu dia berbuah dengan galaknya.

Friday, April 13, 2012

MAAFKAN KAMI YA ALLAH

Lama sungguh saya tidak menulis. Kesihatan Qaisara dan suami yang tidak begitu baik sejak dua minggu lepas, menyebabkan saya sentiasa sibuk melayani ke dua-duanya. Apatah lagi saya juga tidak begitu sihat. Ada tidak ada saya merepek di FB. Macam-macam topik yang saya letak dan saya rasa topik paling panas mengenai kisah pelakon Aron Aziz berkaitan dengan PRnya.

Sekejap beritahu sudah dapat PR, sekejap beritahu tak dapat. Kemudian peminat fanatik beliau pula menyalahkan wartawan yang tersalah lapor.  Bagi saya, saya tak peduli pun mengenai perbalahan beliau dengan Zed Zaidi, tetapi saya tertarik dengan kes PR beliau. Sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki asing, adalah amat tidak adil kalau artis dibiarkan mencari makan tanpa visa dan PR di Malaysia. Sesiapa pun di Malaysia ini, tak kira artis tak kira pembantu rumah, tak kira pekerja proffesional bagi saya harus ada visa. Sedangkan suami saya sendiri, mempunyai Visa dan juga membayar income tax setiap tahun.

Mereka tidak faham apabila saya membincangkan mengenai PR, mereka mengutuk Zed Zaidi, mempertahankan AA. Sedangkan saya yang tidak meminati ZZ dan tidak langsung meminati AA berkali-kali membaca tweet ZZ, mencari di mana ada ZZ menyebut nama AA dalam tweetnya itu. Bahkan saya menjadi terlalu aneh yang mempertahankannya AA secara bermatian ini adalah perempuan, perempuan yang sudah bersuami mempunyai anak pinak dan tanpa memikirkan perasaan suami dengan megahnya mempertahankan pelakon tersebut dan tanpa sedar mengambarkan diri mereka sangat taksub dengan seorang pelakon. Astaghfiruallahalazim..

Saya melihat ini satu perkembangan yang tidak sihat bagi seorang perempuan Islam. Ianya satu yang menyedihkan apatah lagi apabila beria-ia membela pelakon pujaan maka macam-macam kutukan yang keluar daripada mulut mereka dengan bahasa yang sangat tidak sopan. Melihat senario yang sebegini, saya pasti orang yang sangat gembira kerana melihat seorang perempuan sudah bersuami mempertahankan seorang pelakon adalah pihak yahudi yang mahu menghancurkan Islam.

Hiburan yang melampau sehingga umat islam banyak membincangkan mengenai artis, mengenai filem, mengenai lagu daripada membincangkan bagaimana mahu  membebaskan masjdi Al Aqsa, membebaskan bumi palestin membantu anak-anak Islam yang terbiar banyak dapat di lihat di FB dan laman sosial ini. Bahkan topik mengenai masa hadapan Islam ini tidak menarik minat mana-mana perempuan yang beria ia mempertahankan artis. Kenapa sampai begitu tertutup hati mereka ini? Perempuan melayu yang mengaku diri mereka ini Islam. 

Bahkan amat menyedihkan, tulisan Wardina dengan kembaranya di bumi Palestin yang saya letak di FB saya seperti tidak mendapat sambutan dan perbincangan. Salah siapakah ini?

Tuhan maafkan saya dan ampunkan dosa kami semua. Ingatlah pemujaan yang keterlaluan  adalah satu padah pada maruah kita dan agama Islam itu sendiri.



Tuesday, April 3, 2012

RIBUT PASIR

Kawan-kawan saya Khamisah, Kusyi , Salina Ibrahim dan Mak Bonda sudah selamat berangkat ke Mekah dan berhenti di Pakistan. 30hb Mac mereka berangkat dan ketika itu kapalterbang yang sepatutnya berangkat jam satu 1.00 tengah hari telah delay sehingga jam 9 malam. Saya ketika itu berada di Melaka tidak dapat menghantar dan hanya mengetahui berita daripada tweet kawan-kawan saya. Saya menelefon Kham kata Kham, mereka masih lagi berada di lapangan terbang. Aduh kasihan sungguh. Rata-rata datang seawal 9 pagi. Bayangkan berapa jam berada di lapangan terbang? Saya beritahu suami keadaan sahabat saya pantas sahaja suami memberitahu.
"Nasib saya larang kamu pergi. Pertama saya tidak suka dengan Pakistan, negara paling tidak selamat di rantau ini. Kedua memang waktu begini selalu ribut pasir berlaku.."
Suami membebel-bebel dan kemudian menceritakan bagaimana kawannya meninggal kemalangan kerana ribut pasir. (ajal maut semua di tangan ALLAHkan.) Kemudian kata suami saya yang memang alergi abuk dengan mudah akan terkena lelah. Siapa mahu menjaga saya di sana nanti? Bahkan ribut pasir ini boleh menyebarkan pelbagai penyakit dan juga radioaktif. (Ketika suami menegah saya tak beritahu kawan saya yang pergi kerana saya yakin ALLAH akan pelihara mereka).
Kerana tidak puas hati maka saya pun mencari gambar-gambar ribut pasir di internet. SubahanALLAH. Rupanya maha hebat ribut pasir ini. Patutlah suami sangat bimbang.

Melihat ribut pasir setinggi ini saya sangat gentar. Semalaman saya tidak tidur memikirkan kawan-kawan saya yang berada di dalam kapal terbang. Macam-macam perkara yang saya fikirkan dan macam-macam doa yang saya pohon.


Ianya seperti tsunami..

Alhamdulilah semalam saya menerima berita dari Khamisah, kawan-kawan saya sudah selamat sampai pada hari Sabtu jam 10 pagi. 13 jam perjalanan. Mereka semua selamat, cuma Kusyi tidak berapa sihat. Moga-moga perjalanan pulang mereka juga selamat, memandangkan Pakistan sedang bergolak sekarang ini. Mungkin ini ujian ALLAH pada mereka untuk membuat kebaikan dan diharap mereka mendapat gajarannya berlipat kali ganda. AMIN




Monday, April 2, 2012

SOLO BAHAGIAN 2

Sambung lagi cerita ke Solo......

Lepas balik ke Sarangan kami pergi ke Pasar Kelewer. Oh..sesak nafas saya berada di pasar tersebut dan saya tak ingat apa saya beli. Rasanya tak beli apa pun, kecuali saya beli telekung di kedai luar pasar Kelewer. Masa kami datang pasar tersebut hampir mahu di tutup. Tetapi sempatlah naik beca (becak) ni. Dua orang harganya 5000. (Dalam RM.170sen)

Kami jumpa kendondong besar macam buah kuaini. Besar sungguhkan!


Asal saya macam gangster kampung dusun ni. Oh..saya lupa, saya ada beli kain batik di sini. Ha ha ha.


Esok pagi-pagi, Qaisara sudah meraun dengan bibik dan anaknya Bayu ke pasar di Grompolan.Ramai orang tanya Bayu dan bibik, anak Belanda mana yang mereka bawa? Qaisara dari rumah sampai ke pasar, naik motor dengan berdiri begini dan bibik memegangnya. Ini bukan kali pertama Qaisara jumpa Bayu, jadi dia memang sudah biasa dengan anak bibik ini.

Hakim dan Qaisara bersarapan pagi di hadapan rumah Bibik. Makanan ini dipanggil bubur. Ianya macam bubur sum sum tetapi macam-macam warna dan diletak di dalam kertas.

Di Pasar PGS, ini kalau tidak kerja abang Hakim, kerja abang Ojannya. Menunggu kami membeli belah. Ha ha ha

Lepas bersarapan yang disediakan oleh Jackie, kami berbincang mahu pergi ke mana? Kata Qaisara, hari ini kita pergi ke tempat kanak-kanak dahulu, lepas tu tempat kanak-kanak lagi dan kemudian ke tempat orang dewasa. Tetapi kakak saya Mijah membuat tawaran, apa kata kita pergi ke tempat orang dewasa dahulu, kemudian tempat kanak-kanak, kemudian ke tempat kanak-kanak. Akhirnya Qaisara bersetuju. Kami kemudian ke PGS tempatnya tidak jauh daripada pasar Kelewer tetapi ianya lebih teratur dan saya memang suka ke tempat tersebut.

Ha ha ha peristiwa yang tak dapat dilupakan. Kami berebut-rebut beli telekung ini. Bak kata Bayu tak pernah lihat orang membeli barang macam barang itu tidak perlu dibayar. Ha ha ha. Barang di sini memang banyak yang murah, sampai kakak saya cakap "kenapa duit aku tak habis-habis lagi" ha ha ha.

Lepas membeli belah, kami ke air terjun Parangijo...

Ini air terjunnya. Perbukitan dan tanahnya semua ditanam dengan sayuran. Memang sangat mendamaikan.

Air terjun di bukit ini ditakung dan dijadikan kolam renang. Ya ALLAH dia punya sejuknya, macam air kolam di luar negara di musim gugur.

Ini air yang ditakungkan menjadi kolam..

Tinggikan..tapi saya panjat separuh sahaja. Tak ingat yang diri ini sakit kaki....

Saya terbaca dalam status Hakim di FB, kata dia. "Orang perempuan kalau bershopping orang lelaki yang pening kepala"
Alehhh..dia cakap aje. Tapi dia yang bershopping lebih dari orang perempuan Sampai beli baju dan t-shirt 6 helai.


Bergambar mana yang sempat..ha ha 


Terjumpa dalam memori kad gambar ini. Mesti diambil oleh Ojan sebab dia nampak kagum dengan siling yang dibuat oleh anak bibik dan kawannya. He he he