Kawan-kawan saya Khamisah, Kusyi , Salina Ibrahim dan Mak Bonda sudah selamat berangkat ke Mekah dan berhenti di Pakistan. 30hb Mac mereka berangkat dan ketika itu kapalterbang yang sepatutnya berangkat jam satu 1.00 tengah hari telah delay sehingga jam 9 malam. Saya ketika itu berada di Melaka tidak dapat menghantar dan hanya mengetahui berita daripada tweet kawan-kawan saya. Saya menelefon Kham kata Kham, mereka masih lagi berada di lapangan terbang. Aduh kasihan sungguh. Rata-rata datang seawal 9 pagi. Bayangkan berapa jam berada di lapangan terbang? Saya beritahu suami keadaan sahabat saya pantas sahaja suami memberitahu.
"Nasib saya larang kamu pergi. Pertama saya tidak suka dengan Pakistan, negara paling tidak selamat di rantau ini. Kedua memang waktu begini selalu ribut pasir berlaku.."
Suami membebel-bebel dan kemudian menceritakan bagaimana kawannya meninggal kemalangan kerana ribut pasir. (ajal maut semua di tangan ALLAHkan.) Kemudian kata suami saya yang memang alergi abuk dengan mudah akan terkena lelah. Siapa mahu menjaga saya di sana nanti? Bahkan ribut pasir ini boleh menyebarkan pelbagai penyakit dan juga radioaktif. (Ketika suami menegah saya tak beritahu kawan saya yang pergi kerana saya yakin ALLAH akan pelihara mereka).
Kerana tidak puas hati maka saya pun mencari gambar-gambar ribut pasir di internet. SubahanALLAH. Rupanya maha hebat ribut pasir ini. Patutlah suami sangat bimbang.
Melihat ribut pasir setinggi ini saya sangat gentar. Semalaman saya tidak tidur memikirkan kawan-kawan saya yang berada di dalam kapal terbang. Macam-macam perkara yang saya fikirkan dan macam-macam doa yang saya pohon.
Ianya seperti tsunami..
Alhamdulilah semalam saya menerima berita dari Khamisah, kawan-kawan saya sudah selamat sampai pada hari Sabtu jam 10 pagi. 13 jam perjalanan. Mereka semua selamat, cuma Kusyi tidak berapa sihat. Moga-moga perjalanan pulang mereka juga selamat, memandangkan Pakistan sedang bergolak sekarang ini. Mungkin ini ujian ALLAH pada mereka untuk membuat kebaikan dan diharap mereka mendapat gajarannya berlipat kali ganda. AMIN
5 comments:
kat sini pun mlm tadi ribut tapi buna ribut pasir, cuma angin kuat macam taufan. kalau ribu tpasir, mesti lagi teruk keadaannya. tu lah hikmah bila kita dengar cakap suami agaknya ye kak
incek hubby sy pon dh byk kali pesan mmg skg musim ribut pasir tp nk buat mcm mana..udah panggilan mereka ke sana during this time..mungkin ada hikmahnye yg kite tak tau..doa yg x henti2 utk bonda & para jemaah lain di sana..
amin ...doa untuk mereka moga dilindungi Allah selalu.
INNALILAH.. cam tu ke ropanyaaaa..
Assalammualaikum..
begitu la keadaan kami di sini jika ribut pasir melanda...gamba yang akak tunjuk tu sama berlaku di Riyadh..
Yanbu pun baru minggu lepas di landa ribut pasir..Semuanya Kuasa ALLAH jua..
Lepas ribut kami berpesta mengemas dan vacum gara2 pasir memenuhi ruang dalam ruang..hehehehe
Post a Comment