Seorang ayah menelefon anaknya yang berada di London :
“Nak, Abah minta maaf banyak-banyak pada kamu. Abang tak mahu menganggu kamu tetapi abah terpaksa juga beritahu kamu. Abah dan emak kamu sudah berbincang mahu bercerai. Setelah lebih 35 tahun berkahwin, kami rasa kami sudah tidak sesuai lagi.”
“Abah..!! Abah biar betul?”
Si anak berkata separuh menjerit dan tidak percaya.
“Kami sudah bosan hidup berdua, kami rasakan sudah cukuplah jodoh kami setakat ini…” keluh si ayah.
“Tolong ya telefon kakak kamu di New Zealand beritahu keputusan kami ini. Ayah tak ingat nombor telefon dia. Lagi pun dah bertahun-tahun dia tidak pulang..” si ayah menyambung lagi.
Dengan pantas si adik menelefon kakaknya yang sudah lama tidak balik..
“Apa..!!! Mak dengan abah nak bercerai..??? Tidak boleh, tidak boleh. Aku akan balik dua tiga hari lagi. Kau pun kena balik sekali dengan aku..
Si Kakak dengan segera menelefon ayah mereka yang berada di Malaysia lantas berkata.
“Abah dengan mak tak boleh bercerai, jangan lakukan apa-apa pun sehingga saya dan adik balik esok atau lusa. Ingat, jangan buat apa-apa sampai kami balik!.” Si kakak memberi amaran dan kemudian meletakkan ganggang dengan keras.
Si Ayah meletakkan telefon dan kembali ke isterinya sambil tersenyum dan berkata ;
“Sayang esok anak-anak kita akan kembali ke rumah ini..”
“Abang mereka tidak marahkah?”
Sedikit serba salah si emak.
“Kita seharusnya yang marahkan mereka. Kenapa mereka nak marahkan kita. Sampai bila kita mahu menunggu mereka balik. Sampai kita mati?..”
Sahabat ini sedikit cebisan cerita. Walau mungkin sedikit tidak masuk diakal, tetapi sejauh mana kita terbang. Sejauh mana kita pergi. Ingatlah ibu bapa kita..
5 comments:
sedihnya baca. kerana rindukan anak2 sampai begitu sekali mak dan ayah terpaksa memberi alasan semata2 mahu anak2 mereka menziarahi mereka..
o kiranya diorang ni berlakonlah yea. sampai macam tu sekali kan penangan anak2 yg tak berapa nak ingat kat ibubapa ni.
kenapa anak2 ni tak suka ibu bapa mereka bercerai sedangkan mereka sebenarnya tak ambik berat pun hal ibu bapa mereka....think..
sekarang ni tak payah jauh ke manapun, dekat sepelaungan pun ada yang tak menjenguk ibubapa sendiri.
salam kenal dari kami sekeluarga...
wahh...besar ertinya cerita ni....
Post a Comment