Apa perasaan anda bila jumpa seorang sahabat yang sedang sarat mengandung di pasar.
Tangannya penuh kiri dan kanan dengan barangan.
Bila tanya, seorang sahajakah?
Jawapannya : iya
Suami di mana?
Jawapannya : Dia malas nak ikut, dia tidur di rumah. Nak buat macam mana, karang tak pergi pasar tak berasap pula dapur rumah.
Alahai. Saya melihat pun belas, dengan perut yang memboyot begitu jalan pun dah terhoyong hayang. Sempat membeli segala macam makanan untuk suami dan anak-anak di rumah.
Anak-anaknya sudah besar, suaminya ada. Kenapa tidak dibantu perempuan yang sedang sarat ini. Mana perasaan kasih seorang suami dan anak kepada seorang isteri/ibu.
Inilah masalahnya lelaki Malaysia yang sangat mengambil mudah kebajikan isteri.
Isteri yang mengandungkan zuriat mereka.
Lebih mementingkan diri sendiri dari mahu membantu orang yang tidur sebantal dengannya..
Lelaki, lelaki tolonglah berubah...yang bukan lelaki jenis ini. .
Tahniah!
Anda lelaki yang sangat memahami...
3 comments:
speechless..........kesian kat kawan akak.....moga dia sentiasa dalam rahmat-Nya....
ramai yg macam ni kak...lagi geram bila tengok suami lenggang kangkung jalan kat depan sedangkan isteri tengah sarat dibiar kat belakang dgn barang2 & anak2...banyak kali dah nampak.
adehh... geram nya dgn lelaki yg mcm ni.. adik saya dulu pun buat mcm ni.. lepas saya sound baru la berubah sikit..
Post a Comment