Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 12, 2011

BUAT DONUT

Hari itu masa saya tunjukkan saya buat donut ini di FB, ramai pula bertanya saya macam mana resipinya.
Sebenarnya buat donut ni mudah sahaja. Cuma perlukan sedikit kekuatan untuk menguli. Kalau malas uli campak sahaja dalam breadmaker. Tetapi saya lagi malas nak keluarkan breadmaker saya yang besar segedabak itu. Ini resipi dia ya kawan-kawan

BAHAN BAHAN
1 ½  peket yis segera/mauripan
1/4 cawan air suam
1 cawan susu
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
½ potong butter.
600 gram tepung
Minyak secukupnya.

Cara-cara

Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk . Kacau dan tunggu sehingga dia berbuih.
Masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan tepung dalam mangkuk besar kemudian masukkan yis tadi. Gaulkan sehingga sebati.. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
Tutup mangkuk dengan kain lembab dan biarkan pada suhu bilik sehingga kembang . Saya biarkan dalam 1-2 jam. Terpulang pada kembangnya.

Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter.  Saya gunakan donut cutter yang agak besar dan donut saya jadi gebu macam tuannya. Ha ha ha
Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit. Donut itu akan mengembang.
Panaskan minyak. Goreng donut , tos dan keringkan minyaknya. Tabur dengan gula halus atau kalau nak salutkan sambal, salutlah dengan sambal pun sodap.


6 comments:

Siti Aisya mzm-fc said...

wow gebunya donut akak,hehe

yatie chomeyl said...

saya buat guna breadmaker je sbb malas nk uli hehe

Hamizah said...

gebunya..
nk wat jglah..
breadmeker dh msk kotak kena pki tangan la..

Kak Aya said...

kena ikut resipi kak yati pulak nampaknya sebab dah banyak kali buat donut tapi tak pernah menjadi.

GREENJADE said...

ni dh pos resepi harus gerak secepat mungkin nih..hehe

sy pon mls nk keluarkan breadmaker kak.rela uli dgn tenaga 4 kerat ni hahah

Fazila said...

nak buat donut le ari ni..biasa buat tak jd aje k.yati. kali i nak guna resepi akak...insyaAllah jadi le harapnya..