Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, February 7, 2010

SAMBAL SOLO

Sudah lama sebenarnya makanan ini menjadi kegemaran saya. Sejak pembantu rumah saya mengajar masakan ini. Dia tidak tahu apa jenis masakan ini, tapi saya panggil sambal solo. Ini resipi indonesia terutamanya orang solo.

Tomato yang dipotong sebegini, apa -apa bentuk pun tidak mengapa. Asalkan senang untuk digoreng dan ditumbuk. Kalau suka masam lebihkan, tapi saya hanya guna 2 biji besar untuk 4 ekor ikan.

Lima biji cili hidup, 1o biji cili api. Saya suka pedas jadi saya letak cili api banyak-banyak, yang tidak suka pedas kurangkan. Bawang besar sebiji, bawang putih dalam 4-5 ulas.


4-5 ekor. Ikan talpia/cencaru dan apa sahaja yang sesuai. Digoreng terlebih dahulu dan ketepikan.

Buah keras dalam 3-4 biji.

Goreng cili api, cili hidup, bawang, bawang putih dan buah keras dengan sesudu minyak. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan tomato dan goreng sehingga masak.

Selepas masak tumbuk. Sehingga pecah perut cili padi..he.he.. tetapi jangan terlalu halus.



Selepas selesai ditumbuk, goreng lagi sekali dengan sesudu minyak. Tambah garam dan perisa. Masukkan ikan yang sudah digoreng sebentar tadi.

Tada! Memang sedap makan dengan nasi panas berasap. Telinga pun keluar asap tau..ha.ha. Jiran cina saya, kalau beri dia lauk ini. Terus dia ambil pinggan dan makan. Ha.ha.ha


24 comments:

ameeza77 said...

nampak sedap yer kak yatie :)

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

nk tau ape yg jim bygkn?
2jug air suam kt tepi pggan time mkn tu...PEDASNYA!!!

Chit Ana said...

sedap tu,ana nak try masak lah nati.mana nak cari buah keras ek kak yati

!eNa PnG said...

amboi...sedapnya akak masak..:d

Nanak said...

nak try nanti..tp buah keras tu apa ek?hee

IntanSham said...

amboi kak... meleleh air liur saya tengok kakkk... :)

Rusiah_Hazri said...

kakak saya pernah buat, tapi dia guna ikan bilis aje..digoreng..mak datuk..mmg sedaap giler..

Leeza said...

First tengok, wah sedapnya. Bila tengok cili lebih banyak dari bawang,berdenyut perut Za....tapi ini untuk yang tahan pedas. Untuk za yang tak tahan pedas, boleh kurangkan pedas dengan mengurangkan cili. Jadilah sambal Solo Imitation.

ain said...

tengok resipi dan cara memasak, dh buat saya terliur. saya mesti cuba resipi ni!!!!

Deeeee said...

Salam Kak Yati

Masak-masak ni senang je kan..
Mixed segala mcm tu pastu .. taraaa siap..

Kita nak cipta sendiri pun boleh..
Dayah suka masak tanpa resipi kak..
Main campak2.. kekekeke..
Pastu gedik2 letak nama menu sendiri.. kakakakaka

Intanaziela said...

adoi...lapar perut bila baca entry kak yatie nih... akan dicuba...

Nor Azlina Yusof said...

Terliur la kak..baca entry...cuma seria tgk cili padi yg banyak

Unknown said...

ohh, ini namanya sambal solo.. baru tahu nama nyer.. mak mertua kakyong selalu masak ni.. keluarga mertua seme kuat pedas.. guna cili api kg lagi..

idasm said...

sambal ini memang best kan kak. dulu maid ida pun pernah ajar.

Nadiah Sidek said...

jiran cina kak yati makan pedas ye? malu je suami nadiah..dia tak makan pedas..haha!

Mama Nazhan said...

kak yati,saya memang suke masak lauk camni...arwah mak saya selalu buat...tapi tak pulak sebut sambal apa...tapi mesti taruk cili api dan cili hidup... maybe kami org minang kabau kot...sekapal jugak tu..hehe...memang sedap mkn ngan nasik panas!
cuma buah keras jer tak rajin nak taruk...hehhe

Lily Haslina Nasir said...

Terliur.. memang kat indon banyak kan sambal macam ni... ha ha petang ni confirm kita masak resipi ni

SueSani said...

Cik atie, bestnya.. kalau guna ikan lain leh tak?

GREENJADE said...

ferghhh tetibe perut bebunyik2 ala2 keroncong hehe

owh x sangka lak makanan org solo ni ade iras2 masakan feveret mak saye..weols selalu masak gini tp saye tmbh sket air asam jawa kasi sket2 masam..alemak meleleh liurku lagi uh

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ameeza, memang sedap..

jim, orang lelaki sejati tak takut pedas tau..keh2..

Ana, buah keras kat kedai2 runcit semua ada, kat giant, tesco pun ada dik..

Ena, nanti ena cuba tau!

Nanak..pegi kedai, tanya aje..ada buah keras tak? he.he

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan, nanti cuba masak tau!

Mokde, ye.ye..gunakan ikan bilis pun tersangatlah sedapnya..

Za, tak mau cili api tu jangan pakai..tukar aje pada cili bengala..ha.ha

ain, cubalah. tersangatlah senangnya..tau..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Dayah, ha.ha.ha..tapi kek tak boleh le campak2, akak paling tak suka masak kek sbb tak suka makan kek..

Intanaziela, kena cuba..nanti abang balik masak tau tapi hadif mesti tak boleh makan..pedas

Aween, kurangkan aje cilinya kalu seriau..ha.ha..

kakyong, akak yang gatal2 letak..sebenarnya tak tau apa namanya..kat Lily haslina, sambal serasi..he.he

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida..memang indon, suka buat sambal ni..mudah aje..

nadiah, oh jiran cina akak..selalu pinjam cili api rumah akak dan akak selalu pinjam cili api dia.he.he.nama aje pinjam, tapi tak pernah pulang pun..

Bai, yelah tu..ada suku sakat le tu sebab tu..mak bai rajin memasaknya, indon memang suka letak buah keraslah bai..kalau memasak..

Lily, kau da cuba sedapkan? ha.ha.ha

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

sue..apa2 ikan aje boleh..tak kisah..asalkan sedap..lele pun boleh (ikan keli) tapi cik atie tak makan..ikan keli..

ha.ha..oh..emak letak asam jawa ye tinie..tapi kami buat kering aje!