Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 17, 2010

CUTI-CUTI LAGI!

Cuti tahun baru Cina saya wah..jadual saya padat sungguh. Saya merancang pulang ke kampung. Suami tidak mahu ikut kerana katanya mahu berehat sahaja di rumah dan menyiram pokok bunga memandangkan cuaca sekarang amat-amat panas. Sehari sebelum raya cina saya dan suami ke Mines. Lengang sahaja Mines ketika itu. Kami makan dahulu di Kenny rogers kerana Qaisara sukakan makaroni berkeju. Selepas itu suami kesayangan saya ini teringin mahu menaiki bot. Ini pertama kali Mr Seyit Kara menaikinya dan saya pula kali ke dua. Suami suka sangat suka, kata dia terkenang dia di Turki, bercuti menaiki bot seperti ini.



Pada hari raya pertama saya pulang ke kampung. Pertama kali saya pulang ke kampung tanpa ayah dan emak tiri saya berada di rumah. Mereka berdua mengikut adik saya Kamal pulang ke Kelantan ke rumah emak mertuanya. Tetapi sebelum ke Kelantan, emak tiri saya sudah menyediakan sambal goreng sepinggan penuh untuk kami di bawah tudung saji. Ha.ha.ha
Khairul baru sahaja mendapat gaji pertamanya, jadi dia mengajak kami makan ikan bakar, bergabung dengan Hamdan yang baru mendapat kerja baru. Jadi kami makan ikan bakar ini atas belanja mereka berdua!
Kami makan di Muara sungai Duyung. Punyalah ramai orang dan jalan masuk ke Muara begitu kecil dan berlubang sana sini. Bila berselisih jenuhlah. Ramai penduduk Singapura yang datang ke muara ini untuk menjamu selera, berdasarkan plat kereta mereka. Pandai sungguh mereka mencari tempat ini. Saya orang Melaka pun tidak tahu kalau tidak dibawa oleh adik ipar saya Hamdan.


Tiga anak dara dalam keluarga BH (Berahim Hitam). Kalau balik kampung mereka ke sana ke mari bertiga. Alin paling tua, sudah darjah dua tetapi badan Balkish lebih besar dari badannya. Di sebelah itu kakak ipar saya, Ina.



Ini pepahat. Sekilo dalam RM20+. Di masak cili api, tak tahu siapa yang menyuruh masak cili api sehingga saya yang kuat makan pedas menghadapnya seorang yang lainnya seperti tidak teringin. Ha.ha.. Bibik yang mula-mula tidak tahu bagaimana mahu makan pepahat ini jadi suka. Sedap katanya..sedap sebab pedas agaknya.


Kupang. Kami ambil dua jenis masakan, pedas dan tiga rasa. Kupangnya segar. Qaisara cuba makan kupang ini, tetapi tidak berapa suka.


Kerang. Ambil 3 kilo. Tetapi semuanya sudah busuk. Kami pulangkan semula sebab memang tidak boleh dimakan.


Ikan pari yang kami bungkus bawak pulang sebab tak ada siapa yang makan. Mungkin kerana sudah terlalu banyak makanan.



Sotong goreng bertepung yang paling laku sekali. Kami salah menganggar. Ingat sotong tak laku rupanya lebih laku daripada makanan lain. Makanan kegemaran Ojan dan anak-anak buah lelaki yang lain.


Ikan siakap tiga rasa. Kami pesan tiga ekor dan bawak pulang seekor. Saya langsung tidak menjamah. Bukan apa, sudah terlalu biasa masak ikan siakap bernenas di rumah. Ekor dan kepala yang tidak makan, kami bawa balik untuk kucing-kucing di rumah. Esok kalau ayah saya pulang, adik saya Ateh kena menjawab dengannya, sama ada kucing-kucingnya diberi makan atau tidak. Kami selalu cakap ayah saya lebih sayangkan kucing dari kami. Sebabnya, kalau dia balik dari mana-mana jua pun. Surau atau kebun getah. Dia mesti bertanya pada kucing-kucing yang menyambutnya.
"Anak apak dah makan tak?"
Tapi dia tidak pernah pun bertanya kami soalan yang sama. Mungkin sebab dia balik, kami tidak pernah menyambutnya. Ha.ha.ha..

Ada aje anak saya nikan. Ha.ha.ha..ojan senang, dia makan apa sahaja yang terhidang di atas meja kecuali kerang. Ojan sudah duduk asrama. Masa cuti inilah dapat berjumpa dengannya. Hari pertama dia balik ke rumah, saya menelefon dia. Dia sudah tanya saya.
"Andak nak bawak Ojan pergi mana?"


Tapi anak saya yang seorang ini, Hakim tidak makan, makanan yang dihidangkan kerana kerang kesukaannya busuk. Jadi kami pesan satay untuknya. Orang lain dok makan ikan bakar bagai, dia doklah mengunyah satay. Hakim tidak makan ikan..


Buah hati saya ni, tengoklah. Kepedasan memakan nasi lemak. Berulam air dan berpeluh-peluh dia. Biar dia belajar makan pedas sedikit, agar senang menjamah makanan melayu.


Tengoklah makanan yang penuh ber meja-meja. Itu banyak lagi yang belum sampai. Masa memesannya macam sikit, bila sudah sampai. Mak..aih..banyaknya.
Apa kena kakak saya Mijah tu, sakit kepala agaknya makan makanan laut banyak sangat. Nasib dia tidak suka sangat tengok blog. Kalau tidak harus dia suruh saya keluarkan gambar ini dari blog saya. Ha.ha.ha..Khairul bukan main lebar lagi menyuap! Di sebelah, kakak saya Maznah yang tersenyum-senyum. Mungkin sudah kenyang!

Adik saya Ateh dan keluarganya. Nampak tak si kecil tu? Kami panggil haji. Haji bukan main pandai lagi bercakap walau baru dua tahun. Bila saya ada di dapur, dia akan bertanya.
"Buat apa tu andak?"
Dia paling tak suka dengan Hakim, kerana Hakim suka menyakatnya. Kalau dia makan sesuatu, dia akan beri pada semua orang kecuali Hakim. ha.ha..dan ayat kegemaran si Haji. Amboi..amboi..
Keesokan harinya kami ke air terjun gunung Ledang di Sagil. Mak aik..punyalah ramai orang. Rasa-rasanya sama aje ramainya orang-orang di Batu Caves ketika merayakan perayaan Thaipusam. Sesak sungguh! Kami tiba dalam pukul 9 pagi. Dapatlah tempat tapi kerana kawasan sekeliling berbatu bata tidak ada tempat mendirikan khemah walaupun saya membawa khemah dari Kajang. Saya terlupa membawa kamera dan ini gambar dari hp tidak canggih saya..he.he..


Ojan dan Hakim yang sedang makan. Menu berkelah kami, nasi lemak, meehon goreng, roti, kuih kastard. Lupa nak ambil gambar makanan..


Adik saya Nurul bersama Qaisara dan Balkish. Nurul juga baru balik dari Kelantan, rambongan universiti.


Air di gunung ledang terlalu sejuk. Qaisara hanya main seketika kemudian sudah mengigil kesejukan. Kami balik pada jam 12.30. Dapatlah budak-budak berendam dua tiga jam.
Untuk masuk ke air terjun ini kami perlu membayar RM1 satu kepala dan RM2 untuk kereta. Ketika itu sudah beratur panjang. Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita memberitahu saya.
"Tak best kak, orang ramai. Busuk. Kotor.."
Nampak dia seperti penduduk berdekatan dan sudah selesai mandi berdasarkan rambutnya yang basah kuyup. Kami hanya tersenyum sahaja.
Apabila kami balik, keadaan cukup dahsyat. Mahu keluar pun susah dengan kereta diparkir sesuka hati sahaja. Sepanjang jalan kami berselisih dengan kereta yang mengambil giliran untuk masuk. Kami buka tingkap dan beritahu kereta yang beratur, orang terlalu ramai di dalam. Lebih baik mereka pulang sahaja. Mesti ada yang marah dengan kami ketika itu tetapi sesiapa yang mendengar kata kami dan pulang, mesti berterima kasih.
"Balik, balik.."
Beritahu salah seorang kakak saya pada orang-orang yang berjalan kaki untuk masuk. Keadaan memang terlalu sesak dan bayangkan sepanjang 7 kilometer, kereta beratur untuk masuk ke kawasan tersebut. Pihak pengurusan langsung tidak melakukan apa-apa. Tetapi saya lihat ada beberapa kereta polis dari Sagil muncul. Mungkin menyekat orang ramai dari menanti untuk masuk ke kawasan air terjun kerana takut orang yang mahu ke Segamat juga terkandas.
Ini pengalaman paling dahsyat bercuti di air terjun.
Sudah berapa tahun saya tidak ke sana. Tempatnya masih sama. Bahkan saya rasa 20 tahun yang lalu keadaannya lebih baik daripada sekarang.


11 comments:

Lady Arween said...

Kak..banyak nya makan sea food..terliur Aween..Pepahat tu..kalu goreng cili yg ada kicap pun sedap gak..Tahan ka Qaisara makan pedas..Mesti merah muka dia tahan pedas

Marzalina said...

salam kak...

agaknya cuaca panas sangat..so orang ramai datang nak berendam kat air terjun tu..sbb air terjun kan sejuk hehehehe

bestkan...dapat bercuti bersama keluarga =)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

alah bestnya makan ikan bakar...baru je teringat nak cari!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

sekali berhimpun sekeluarga, meriah betul ye kak...sampai berikat rmbt qaisara makan nasi lemak, pedas bebenor tu...hihihi =]

idashaifini said...

Akak, dh agak dh mesti akak balik melaka ni. Sepi je blog ni. Wah bestnyer berkumpul sekeluarga. Acara makan2 tu yg paling best, ida suka! Hehe. Tp best lg bc citer akak ni. Satu2 akak explain mmg boleh byg plak suasana kt sana. Kak, pic dr hp pun ok gak kak. Akak, take care.

Nadiah Sidek said...

nadiah kalau gi air terjun pun tak suka kalau ramai org. jd tak syok lak

ameeza77 said...

Sesak teramatlah sesak, kami sekeluarga ke cameron higlands, perjalanan makan hingga 6 jam... nasib baik anak2 tidak buat hal.

moralnya .. plan la percutian semasa tiada cuti perayaan atau cuti am :)

!eNa PnG said...

alahai..bestnya akak...:) tak sabaq nak balik kg next week...:) yeehaaa....

EnO said...

wahh bestt nyerr.. bercuti sakan...
nie yg jeless niee..
:)

Intanaziela said...

kak, Qaisara sama sahaja seperti Hadif, dua hari lepas kami ke Kenny Rogers, dia makan macaroni cheese sepinggan, sampai babah kata hadif ni kenyang sampai dua hari la jawabnya..hahahah

seronok dapat spend masa dgn family, tak kira lah pi mana pun..intan pernah sampai air terjung gunung ledang tu, masa tu tak ramai lagi orang rasanya..kalau mcm yang kak yatie cerita tu dah macam air terjun sg. congkak kat sini lah, asal ada hari cuti sesak la jawabnya tempat tu...

GreenJade said...

owh sabtu lps pon saye turun melaka.nape x bejumpe yek?hehe

vahh such a luvly & happening family gitu.sronok skali-skala bjumpa bkumpul ramai2 nih.naknak pulak oade org dpt gaji bulan pertama hehe.kdg2 x sdr pon masa yg pantas berlalu gitu.

sakan Teta bernasik lemak smpai kan nmpak bpeluh2 menahan pedas tuh.