Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, February 11, 2010

KEMATIAN

Beberapa hari yang lepas Nik Fauziah berbincang dengan saya mengenai pengantungan kita terhadap ALLAH. Bagaimana kita dapat terima hakikat segala yang telah takdirkan kepada kita dengan lapang dada. Dia bertanya apakah perasaan saya jika satu masa nanti kalau saya kehilangan suami. Tidak tahulah kenapa dia bertanya begitu, mungkin terbawa dengan emosi kematian suami dalam Ranting Cinta si Plato atau mungkin melihat kawan-kawan yang kehilangan suami.
Saya memang selalu membincangkan perkara ini dengan suami. Saya beritahu dia, saya takut menghadapi kehilangan beliau. Bagaimana agaknya saya nanti apabila suami tempat saya berkongsi segalanya pergi meninggalkan saya. Saya selalu memberitahu dia, saya berdoa supaya saya yang pergi dahulu. Bukan dia.
"Mana boleh awak mati dahulu, saya tua 10 tahun dari awak.."
Suami membantah kata-kata saya. Saya katakan pada dia, dia seorang yang mengamalkan hidup sihat. Makan salad, buah-buahan dan tidak gemar dengan daging merah. Sudah pasti nyawa dia lebih panjang dari saya.. (tapi hairannya..setiap tahun kg tetap naik..ha.ha.)
"Awak pandai, awak mati dahulu lepas tu tinggalkan saya dengan Qaisara.." suami membantah lagi.
Sering saya beritahu suami, kalau saya meninggal dunia terlebih dahulu, kalau dia nak kahwin, kahwinlah. Tapi jagalah Qaisara dengan baik. Kalau tidak boleh serahkan Qaisara pada kakak saya.
"Saya akan sedih kalau awak meninggal. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana mahu menghadapi hari tersebut." Saya beritahu suami.
Saya seorang yang agak sensitif tetapi cepat pulih dan bangkit dari kesedihan. Cuma untuk melalui detik menyakitkan kehilangan suami. Semua orang tidak mahu melaluinya bukan?
"Habis awak fikir saya tidak akan sedih kalau awak pergi dahulu. Awak lakukan semua perkara untuk saya. Makan minum saya, pakaian saya, rumah ini. Qaisara. Semua awak lakukan. Aduh saya tidak dapat membayangkannya kalau awak pergi."
Suami membuat pengakuan. Ya....saya sedar itu, kadangkala saya terfikir apa akan jadi pada suami saya kalau saya pergi. Dia amat bergantung pada saya. Segalanya saya uruskan, menjaga kewangan, merancang masa depan, membeli insuran untuk kami bertiga biarpun kehidupan seharian.
"Apa awak lakukan kalau saya meninggal dunia?" tanya saya menduga.
"Saya akan duduk di tepi jalan dan menangis seharian.." suami memberitahu.
"Kalau dah macam tu, bila masa awak nak kebumikan saya?" saya bercekak pinggang.
Ha.ha.ha..suami sudah ketawa terbahak-bahak.
"Alangkah bagusnya kalau kematian menjemput kita, kita berada di atas katil. Sedang berbual dan berpegang tangankan. Kita mati sama-sama. Dan harap-harap apabila tuhan ambil nyawa kita, Qaisara sudah ada keluarganya sendiri..."
Ya..semua orang saya rasa mempunyai harapan seperti kami. Mati bersama kerana tidak mahu melalui hari yang menyakitkan itu. Tetapi semuanya di tangan tuhan. Tuhan yang menentukan dan apabila harinya sampai. Mahu atau tidak, kita harus bergantung dengan ALLAH yang menurunkan cabaran buat kita. Dan bagaimana kita mahu serahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH itulah yang menjadi persoalannya., selagi kita bernama manusia.

21 comments:

Duke Luce Dell'amore said...

sayu jim baca entry ni..
akak jgn ler wat jim nangis..

baca novel pun jim leh nangis,jgn ler wat jim baca blog pun leh nangis..
huhuhu..

ameeza77 said...

teringat betapa berombaknya dada arwah tok perempaun bila arwah tok lelaki pergi meninggalkannya dahulu ..
arwah tidak boleh bercakap kerana lumpuh separuh badan - hanya gesture badan sahaja yang boleh merungkap betapa sedihnya arwah ketika itu

kini kedua2nya telah pun pergi meninggalkan kami semua.

idashaifini said...

Salam kak, ida pun sama mcm akak, selalu minta meninggal dahulu, rasanya tak berupaya menghadapi sgl kemungkinan andai suami pergi dulu.
Akak take care yea.

Leeza said...

Salam akak...
Saat kematian menjemput arwah ayah, za menjadi anak yang paling tabah biarpun za adalah anak kesayangan ayah..Jika saat kematian menjemput mak, za sudah bersedia.Namun jika kematian menjemput Za, rasanya tiada siapa yang akan menangisi kematian Za.Kita berdua pernah bercakap tentang ini dan jawapan akak ialah : sedekahkan Fatihah sahajalah.sebelum kematian itu menjemput kita pulang, nikmati setiap saat bersama sepenuhnya....penuhkan bekalan sebanyak mungkin.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

berckp ttg kematian, apa yg nuar harap bila diri djemput Tuhan...ada kebaikan yg bertali arus nuar tinggalkan di dunia untuk semua yg masih hidup...itu harapan nuar...huhu

ain said...

saya tdk pernah bertanya ngan suami tentang kematian. kerana pasti saya akan melalak2 nanti. membayangkan sahaja jika dia pergi dulu sudah buat saya teresak esak, apatah lagi jika saya membincangkan hal ini dgnnya.

Tapikan...dulu saya selalu berdoa, biarlah saya pergi dulu kerana pasti sy tak boleh hidup tanpa suami. Pas tu, saya tukar pulak, jgn le saya yg pergi dulu sbb gtee dia kena kawin lain. huwaaaaaaa!!!!

Yang pasti, saya selalu berdoa bila ajal menjemput kami, biarlah kami dlm keadaan yg bersedia dgn kemtian dan anak2 sudah boleh hidup tanpa kami!!!

Mama Nazhan said...

kak yati, saya selalu juga membuka topik kematian ni dgn suami...walaupun kita tau saat itu pasti tiba...walaupun kita kalau boleh tak mahu nak tempuh semua...
saya kehilangan mak di waktu sudah berusia 30 thn...rasa amat perit sgt...
sbb tu taknak sayu2 kan diri...nanti saya mesti ingat tu sume...sejak kecik saya suka pikir tentang apa berlaku selepas mati...itu yg mati..yg hidup plak?
tonggang terbalik dah saya taip...hehe
semoga kita menjadi manusia yg tabah...

dlittlekitchen said...

btul laa.. sy pon slalu membayangkan sengsara nya hidup... coz dia lah kawan bergembira dialah kawan bergaduh, still sama cam di U dulu.. tp bukan setakat kematian, paling takut kalo dia berubah hati... aduhaii.. xleh k bygkan..

Sayang.Ibu said...

akak... n3 ni buat saya sedih.. saya pun sering memikirkan soal kematian. apatah lg setelah membaca kisah RCSP.. saya sangat emosi. saya takut jika suami pergi dahulu. sesungguhnya saya mmg tak kuat. saya berdoa Allah tak menguji saya begitu. apatah lg bila suami sering tiada dpn mata.. setiap saat saya mendoakan keselamatan dia.. kalau telefon berbunyi, percaya atau tidak saya berdebar bimbang kalo bukan dia yg menelefon tp khabar yg tidak baik dari sana. berlinang airmata saya menaip nih..

TINY LAIMAN said...

Salam Kak...
aduh sakit betul rasanya membaca n3 kakak kali ini....sbb tiny merasainya dulu kehilangan anak tersayang...sedangkan kematian Daniel buat saya separuh gila apalagi kalau kehilangan suami...saya tak boleh kak....masa daniel pergi tinggalkan saya...suami ada disisi menjadi peniup semangat...sbb itu saya selalu berdoa dgn tuhan kalau mau ambil saya...biar bersama2 suami....saya tak boleh hidup tanpa dia kak...saya tak sekuat dan setabah yang orang lain nampak...kehilangan anak saya daniel buat saya hampir gila apalagi kalau kehilangan suami..tak sanggup saya kak....saya tak sanggup untuk kehilangan sekali lagi....
(nah kan saya dah kata menulis komen ni sahaja buat saya menangis...)

NORHAYATI BERAHIM said...

jim jangan menangis, adikku ini terlebih sensitif le pulak..macam dah ada pasangannya..ha.ha

Ameeza, sedihkan..walau dia lumpuh tapi dia masih ada rasakan. Aduhai..janganlah kita sampai macam tu sekali..

ida, betul..macamana kita nak bergantung pada ALLAHkan, semua itu dugaan ALLAH..

NORHAYATI BERAHIM said...

Za..
paling penting ingatan orang hidup terhadap kita yang mati, adakah orang nak sedekahkan kita al fatihah itu lebih penting daripada kita memikirkan apakah ada orang menangis buat kita? Beruntung jika ada sahabat yang selalu mendoakan kita, memberi sedekat walau sebaris ayat utk kita yang sudah pergi..

NORHAYATI BERAHIM said...

Ain..betul, biarlah kita pergi apabila kita sudah bersedia dengan bekal dan anak2 sudah dewasa. Akak tak kisah, kalau akak meninggal, akak suruh suami kahwin lain. Akak tahu, dia tidak tahu sangat mengurus diri sendiri. Namun dia selalu cakap dgn akak, kalau akak mati..dia tak akan kahwin lagi, dia takut mendapat isteri yang tidak sebaik akak..dia nak beli jiwa kitala

NORHAYATI BERAHIM said...

Nuar..kita selalu berharapkan, berharap ada bekal yang kita bawa, nama baik yang kita tinggalkan..dan kita kena berusaha utk menjadi sebaik apa yang kita mahu..

NORHAYATI BERAHIM said...

Bai,
yelah bai, tapi kematian emak dengan suami mesti amat berlainan. Suami separuh daripada nyawa kita, kita lakukan semua dengan suami. Akak tak dapat membayangkan, tapi dari segi material untuk orang yang akan akak tinggalkan..akak sudah bersedia, tapi utk diri sendiri..ya ALLAH, masih banyak yang tidak akak lakukan..

NORHAYATI BERAHIM said...

Roza, Mr R awak tu baik, akak tahu dia akan setia degan Roza, janganlah bimbang. Cuma bila kematian menjemput, kita tidak boleh menolakkan, cuma berdoa..supaya bila sampai masanya..kita sudah bersedia..

NORHAYATI BERAHIM said...

Intan, oh..memang itu perasaan seorang isteri yang amat sayangkan suaminya, macam akak juga..kalau suami tak telefon, kita telefon tak jawab, macam-macam kat fikiran kita, kemalangankah dia, dibunuh orang ke? bayangan jahat tu memang tak boleh dipadam, sebab rasa sayangkan..Ya ALLAH, janganlah kita diduga degnan dugaan yang begitu terukkan...

NORHAYATI BERAHIM said...

Tiny, akak sendiri sedih apa yang tiny tulis. Akak dapat bayangkan kesedihan Tiny kehilngan anak, aduhai..kadangkala terfikirjuga, sampai bila Teta dipinjamkan oleh ALLAH, janganlah ALLAH duga akak keterlaluan, bagaimana mahu menghadapi kehilangan.
Kalaulah hilang suami macamana pulak..aduhai. Akak tahu kita harus bergantung pada ALLAH,tetapi bagaimana caranya..
teringat bagaimana emak akak meninggal, ayah hanya tenang tapi kasihnya sampai sekarang..walau berkahwin lain, dia tetap ke kubur setiap jumat..

Ros Illiyyuun said...

Salam,
Menghadapi kematian ahli keluarga terdekat/orang yang disayangi memang menyedihkan. Tapi macamana pula dengan kita yang akan menghadapi saat itu...Adakah sudah bersedia dengan bekalan-bekalan yang sepatutnya...Apabila tiba saatnya Allah tidak akan menangguhkan walau sesaatpun.Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada entri kematian ini untuk menambahkan amal ibadat, meningkatkan ketakwaan kepada Yang Abadi. Sesungguhnya hidup di dunia ini merupakan jambatan menuju ke akhirat. Persinggahan semata-mata.Tiada yang abadi melainkan Yang Maha Esa. Wallahu'A'lam.

Dayah said...

Salam Kak Yati,

Kita kena ingat tentang kematian, bila2 kematian akan menghambat kita dari dunia sementara ini.
Bila baca akak berbual dengan tenangnya tentang kematian bersama suami Dayah rasa "sweetnya couple ni" hehehe.
Doanya semoga semua impian kita tercapai sebelum tiba waktunya, amin.

GreenJade said...

moga saat dijemput diri ini sntiasa dlm iman pd-Nya..takut sgt kalu pergi dlm kesesatan kan akak.

akak ni..dlm hati sdg tesentuh baca n3 nih sempat lg akak bgurau dgn hubby hehe..tsengih2 sy bc statement nih "Kalau dah macam tu, bila masa awak nak kebumikan saya?" saya bercekak pinggang." hehehe..btol jugak kans.hihihihi