Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 9, 2010

NYAMUK CIUM!

Qaisara sudah semakin besar. Sejak setahun ini Qaisara sudah kurang membeli barang mainan. Kalau masuk ke kedai mainan pun dia cuma belek dan cari mainan yang kecil-kecil sahaja. Tetapi sekarang Qaisara sudah menukar hobi. Kalau pergi pusat membeli belah, dia lebih suka pergi ke barangan merias diri. Oh..minat dia masih lagi pada lipstick dan pewarna kuku tapi saya tidak membenarkan barang tersebut dibeli. Sekarang dia suka mengumpul berus gigi, ubat gigi, bedak, cologne dan juga shampoo.


Sebahagian daripada berus gigi si Qaisara. Setiap kali ke pasaraya dia akan mencari bahagian berus gigi dan ubat gigi, kadangkala saya layan..kadangkala saya buat tak tahu ajelah..ha.ha..


Sebahagian daripada toiletries Qaisara. Nasib barang-barang yang dimintanya tidak begitu mahal. Kalau tidak.. macam kata ojan, maintenance tinggi! Ha.ha.ha

Malam tadi sebelum tidur, Qaisara bercerita semasa dia mandi di bilik bawah, nyamuk mengigit dia..
"Bilik air bawah tu banyak nyamuk, nanti umi suruh bibik sembur.."
Saya memberitahu Qaisara.
"Umi tahu tak kenapa nyamuk datang masa Teta mandi?" Tanya Qaisara dengan matanya yang terkebil-kebil merenung wajah saya.
"Nyamuk memang banyak dalam bilik air tu agaknya." balas saya tenang-tenang sahaja.
"Bukanlah umi, teta pakai shampoo strawberi. Nyamuk cakap..huh..mana bau wangi ni. Nyamuk datanglah. Dia kiss Teta.."
Ha.ha.ha.. Huh! Perasan sungguh....


16 comments:

Marzalina said...

hahaha...betul jugak kan...hehehe..nyamuk pun pandai suka bau strawberi hehehehe

NIk Fauziah Nik Hussin said...

adui teta!... gelak acik nik baca....

Salbiah said...

haha. pandai sungguh buat andaian nyamuk suka bau strawberi ye.

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

muahahahahahaha.. teta oh teta ^_^

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

nyamok kis teta??
amboi!!kmain gatal lg nyamok2 tu...kikiki..

Balqis Rashdeen said...

kecik2 dah 'think positive':D baguih noo..

dlittlekitchen said...

comelnyaaa... harus 1 bilik air bau wangi tu..

Intanaziela said...

kahkahkah..comel je teta dan statement dia kak yatie...semoga teta bila dah besar jadi anak dara pingitan...jenuh la ummi nak tapis calon menantu..heheheheh

Nadiah Sidek said...

nanti takmo pilih syampu strawberi lah..takmo kena kiss dgn nyamuk! :D

!eNa PnG said...

hehehe pandai teta..:)

Fzah Ruslan said...

salam,

careful dgn penggunaan chemical products kak. byk sgt campur-campur, takut ade masalah kulit nnt. :)

idasm said...

hahaha. lawaklah teta. cute!!!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ada2 je teta nih...berapa lamalah agaknya dia kalau terperap dalam bilik air tuh, dok syampu segala dan macam2 lagi tu =D

EnO said...

hahahahaa.. klakarr la si teta nieee..
lawak2...
mesti mukerr dierr selambee jeee kan kak...
:)

IntanSham said...

wahhh teta dah macam anak dara dah nihhh... hehheheee...

GREENJADE said...

hahahaha anak dara akak nih..mmg bunyi ayat perasan yg terlampau tuh hihihi..aduhai teta.

err jgn lelama dlm bilik air ye teta cyg..lg lama syampu berada di badan tedency chemical pd syampu utk block liang2 roma very high-gathered this info fm health's seminar baru2 nih. :)

tk care kak :)