Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, February 22, 2010

MEREKA TIDAK AKAN DAPAT MEMUSNAHKAN KAMI

“Honey, I on air-con already please go sleep..”
Suami yang baru turun dari tingkat atas bersolat memberitahu saya. Ketika itu saya berada di dapur bersama pembantu rumah. Dia mengoreng keropok dan saya tukang membahamnya..ha.ha
“Bapak baik dengan umi ya?”
Pembantu rumah saya mengeluarkan bicaranya. Mungkin melihat suami yang menyuruh saya tidur pada waktu tengah hari. Suami memang begitu, setiap sabtu atau ahad kalau dia berada di rumah. Selepas solat zohor, acap kali dia akan memaksa saya berehat dan tidur.
“Suami isteri tentu kena berbaik-baikkan..”
“Tidak juga, ramai yang berantakan..” balas pembantu rumah.
Saya ketawa, dia juga.‘
Hmm..selama saya bekerja dengan umi, tak pernah tengok umi bergaduh dengan bapak. Umi tak marah ke bila orang cakap, umi dengan bapak bergaduh sampai pukul memukul. Kalau saya, saya marah umi. Yelah..orang lebih tahu hal rumah tangga kitakan dari kita sendiri.”
Saya tersenyum mendengar kata pembantu rumah saya. Ya..saya tahu, fitnah itu sudah saya dengar lama. Dibawa oleh pembantu rumah lama yang saya bantu dia beli rumah, bantu ayahnya ketika masuk hospital dan saya biayai anaknya bersekolah. Mungkin fitnah itu dibawa ketika saya tidak membenarkan dia pulang terlalu kerap ke Indonesia dan saya berhentikan dia. Lantas dia mencecehkan hal yang bukan-bukan pada jiran-jiran kami. Bahkan paling mengelikan hati apabila dia memberitahu yang suami saya sudah tergoda dengannya.
(Tuhan sayangkan kami, macam-macam yang ALLAH tunjukan supaya saya yang tidak bersangka buruk itu sedar. Akhirnya saya mengambil keputusan memberhentikannya)
“Sakit hati tapi saya dah biasa dengan fitnah-fitnah ini.”
“Umi tak pernah masam-masam muka ya dengan bapak? Damai aje?”
Hidup ini ada jatuh dan bangunnya. Terpulang pada kita bagaimana untuk mengendalikannya.
Damai? Ha.ha.ha..rumah tangga mana tak dilandai badai.? Tahun pertama dan kedua, adalah tahun yang agak kritikal. Mahu menyesuaikan diri dengan suami yang berlainan budaya. Orang melayu yang agak lembut diregukan dengan orang Turki yang agak panas baran. Orang melayu yang suka suami duduk di rumah tetapi diregukan dengan orang Turki yang sememang hidupnya hampir 18 jam berada di luar rumah.
Namun berkat doa dan masing-masing mahu berubah. Alhamdulilah rumah tangga kami begitu harmoni. Saya selalu mengingatkan diri, jangan terlalu menekan suami. Masalah yang ada perlu dikongsi. Suami pula macam mana teruk sekali pun keadaan, dia tidak pernah berbohong.
Bila dia meradang, biasanya saya akan mengurut belakangnya sambil mengucap dan berselawat. Akhirnya dia akan ketawa sendiri.
Syukur, selepas kelahiran Qaisara. Hubungan menjadi semakin baik dan bertambah baik. Macamana kami bergaduh sekali pun, saya tidak akan keluar tanpa kebenarannya. Saya selalu ingatkan diri saya, kalau dijalan saya bermasam muka ALLAH akan murka saya dan andai saya mati dijalanan. Apakah suami akan mengampun saya?
“Rumah tangga, bukan sahaja mesti ada perasaan kasih sayang. Hormat menghormati tetapi mesti ada perasaan menerima kekurangan pasangan...” Saya beritahu pembantu rumah saya. Setiap manusia mempunyai kelemahan. Saya juga. Kelemahan saya terlalu banyak. Kelemahan suami pula tidak tahu membuat kerja rumah. Bahkan membetulkan suiz lampu, menukar lampu, memanggil plumber dan membetulkan kerosakan kecil di rumah. Semuanya saya lakukan sendiri. Itu kekurangannya namun kelebihan terhadap suami memang banyak.
Setiap kali makan dia akan memuji masakan saya dan ucapan terima kasih memang tidak pernah lupa diucapkan. Kalau dia berbuat silap dan kadangkala balik terlajak sampai subuh. Dia akan memeluk saya dan memohon maaf. (Tetapi lepas 4-5 bulan kemudian buat lagi..ha.ha.). Apa sahaja yang saya hidangkan begitu sedap ditekaknya. Bahkan kadangkala saya sendiri kesal dengan masakan saya yang entah apa-apa.
Bila pergi membeli belah, saya hanya jalan berlenggang. Suami akan membawa semua barang-barang saya. Setiap pagi apabila melihat saya menulis, tanpa disuruh dia akan memicit bahu saya dan kadangkala menawarkan untuk membuat air untuk saya. Ya..orang luar memang boleh memfitnah tetapi mereka tidak boleh merosakkan hubungan kami. Kami yang jadi pengemudi rumah tangga. Macam-mana dahsyatnya fitnah itu, kami tidak akan membiarkan rumah tangga kami rosak di tangan orang lain..
P/S pembantu rumah lama saya SMS mahu bekerja semula dengan saya oh..ngerinya kalau saya ingat siapa dia.





24 comments:

Nor Ramli said...

Salam kak Yati..
Errmm...memang betul. Kita yang di dalamnya kitalah yang lebih tahukan. Susah senang kita yang kena tanggung. Jadikan ia sebagai sesuatu yang sempurna..sekurang-kurangnya utk kita sbg insan yang tidak sempurna ini.

SueSani said...

Sue Suka dengan ayat ini “Rumah tangga, bukan sahaja mesti ada perasaan kasih sayang. Hormat menghormati tetapi mesti ada perasaan menerima kekurangan pasangan...” :-)
Perlu belajar lebih mendalam lagi tentang ilmu rumah tangga..

Nor Azlina Yusof said...

Aween nak komen banyak2 tak tau..Coz Aween tak kawin lagi..Tapi pengalaman Aween..nak cari pasangan yg blh jaga kita, yg boleh buat suami sukar..Tapi kalau nak cari yang buat geli2..Banyak byk..Cuma nak or tak jak..Ke mmg btl artikel kuar kt surat kabar, lelaki melayu tak romantik..lelaki bukan melayu lagi romantik dan lagi menghargaia pasangannya

Marzalina said...

so sweet sangat!! hehehe...kadang2 intan sendiri pun takut nak kawen..sbb selalu bayangkan perangai lelaki yg ada mcm mcm ni...tapi betul jugak kan kata pepatah..kalau takut dilambung ombak..jgn berumah ditepi pantai ehhehehe...

qaisara comel jer dlm pic tu!! geram tgk..

manusia kalau nak fitnah..mcm2 kan kak...ada ajer yg diorang nak buat! jgn la kak layan pembantu rumah lama tu..bahaya org cam dia.

SyuQ said...

tersentuh hati membaca cerita akak.
mudah2an doa sy, rumahtangga akak kekal bahagia hingga akhir hayat.

dlittlekitchen said...

alahai manusia mmg cam2, kalo nk pikir pasal fitnah mmg letih, tp kalo x kuat iman boleh goyah jugak hubungan...

I wish u success n may ALLAH bless u always...

Umie said...

alhamdulillah..beruntung akak dapat suami yang memahami...hubby umie pun gitu gak.kalu g shopping dia akan bawa semua barang..sb dia takut nanti umie penat..dia jugak yang susah hati tengok muncung je..dia lebih rela wat smua perkara tanda susahkan umie..kerja rumah dia buat..syukur sgt dapat suami gitu...umie harapkan semua yang dah berumahtangga tu akan sejahtera lah rumahtangga tanpa ada org cemburu...amin..

Syahida said...

Salam Yati,
syukur dapat pasangan yang baik, seperti juga saya..Alhamdulillah. Suami/lelaki yang baik sukar dicari dan berkahwin juga tidak semudah teori-nya. Apa2pun, perkahwinan yang bahagia umpama syurga dunia dan mudah2an membawa ke syurga alam akhirat juga InsyaALlah!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

indahnya alam rumahtangga...nuar sendiri pun ingin kebahagiaan itu sepertimana kebahagiaan orang tua nuar sampai la ni =]

tentang si pengacau yang suka ganggu gugat kehidupan akak pulak tu...eeee...geramnya. nuar doakan akak, suami akak dengan qaisara dapat hidup dengan baiknya sekeluarga tanpa ada lagi fitnah2 ni semua...sayang akak! amin~ =]

Nadiah Sidek said...

nadiah dpt ilmu rmg tangga hari ni. terima kasih kak yati! :)

p/s: dah menabur fitrah..nak mintak kerja semula?? mmg tak tahu malu. ahaks

Hamizah said...

tahniah mampu mengendalikan segala dugaan berumahtangga dgn baik..semoga kak Yatie bahagia selamanya..

Leeza said...

Whatever, always wish u and hubby happy forever. Always hope Teta bahagia bersama umi dan babanya ....tak mahu sedetikpun sneyum hilang dari wajah teta.

ain said...

selalunya org yg cemburu ngan kebahagiaan rumahatangga org lain yg suka membuat fitnah!!!

idashaifini said...

rumahtangga sentiada ada cabarannya kan. hanya kita yang tahu segalanya. ida doakan akak sentiasa berbahagia dan berkekalan jodohnya hingga ke akhr hayat.

ishk.. ada hati si ex-maid akak tu nak kerja semula ngan akak kan. mmg tak malu dia kak. dah lah tak kenang budi. ish3!

GREENJADE said...

hiskh dasar x tau malu betul..dh mcm2 onar dia buat ade ati nk offer diri keja blk ngn akak.ciss!!

betul kak..slh 1 kunci u/tangga-belajar menerima kekurangan pasangan.nobody perfect.

tiap kali terjah blog akak...sy rs hepi sgt tgk sikap kekeluargaan yg diterap dlm famili akak.smoga kekal bahgia hingga ke syurga :)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

am..memang kadangkala pelikkan orang luar lebih tahu hal rumah tangga kita..Betul am, susah senang kita yang tanggung bukan orang luar

sue..memang kita harus menerima kekurangan pasangan kita barulah hati kita tenang, mana ada orang sempurna.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Aween part romantis ni seharusnya take two for tango..dua2 kena melakukan tugas mereka, kita mengharap pasangan kita romantis tapi kita tak romantis, kalau suami tak romantis..apa salahnya kita mula langkah pertama..tapi suami ni memang tak lokek dgn pujian, terimakasih dan maaf.

syuq hanya berkongsi sedikit cerita dan rasa

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan..malas nak layan pembantu rumah lama tu, kadangkala fikir manusia ni memang tak tahu malu, dah diludah jilat balik..dan membuang najis merata berani pula datang semula..he.he

Roza, memang letih kadangkala tu..sbb tu akak selalu buat pendekatan, lantak kau le..walaupun kadangkala angin jugala

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

umie..sebab itulah kita berdua nikan, badan naik macam dipam2kan..dapat suami macam tu..ha.ha.tapi badan suami akak lagilah..

Betul syahida, syukur sangat2 dapat pasangan yang memahami dan sayang menyayangi..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nuar..satu masa nanti doa akak nuar dapat seorang isteri yang baik, dah ada calon ke nuar..ha.ha

Tak apa Nadiah kita berkongsi cerita, itu yang akak angin tu bila baru2 ni dia SMS nak kerja semula..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Mizah..kita berdoa sama2 ya semoga rumah tangga kita sama-sama bahagia..


thanks za, si teta tu dah terlebih manja semua orang membelek dia.terutama dengan babanya..

Betul ain, kenapa ya manusia selalu ada perasaan cemburu dan iri hati?

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida, memang betul kita yang tentukan rumah tangga kita sendiri. Ida pun tahu maid ni camanakan? macam ida juga pernah terkena..

Tinie, ramai orang macam pembantu rumah lama tu. Ngeri kalau ingatkan. Insya-ALLAH kita sama2 berdoa supaya rumah tangga kita dipelihara ALLAH dari segala dugaankan?

Miss Sweet Tooth said...

salam...
hehehe..
ika jeles la tgk org yg da kawen..
sweet sgt...
ika mau kawen juga... hahahah..
hrp sgt dpt yg cenggitu yg jenis memahami... cooll..

Nur Aisyah said...

bestnya....
nk dpt suami cm tuh jugak...
T_T
sy br umo 19,,nk tny..
cm ne nk jd penulis yg bagus..
sy ada tulis 2 novel,,tp xdihantar ke mana2 sbb takot direject..