Ini post saya difacebook hari ini. Oh..bukan ada maksud tersurat atau tersirat pun. Cuba pagi ini apabila berbual dengan Nik Fauziah yang selalu angin kalau cerita poligami ditimbulkan. Saya teringkatkan kawan saya nan seorang ini. Kawan lelaki yang cuma tua 3 tahun dari saya tetapi sudah beristeri dua. Oh..dia memang layak beristeri dari segi material. Dia bukan sahaja kaya tapi budi bahasanya bagus.
Dia memang rajin bercerita dengan saya satu ketika dahulu tentang rumah tangganya. Tentang isteri pertama yang baik dan hanya menangis apabila memberitahu dia mahu berkahwin lain, tentang isteri muda yang bekerja sebagai pramugari di awan biru dan tidak pandai mengemas rumah.
Hubungan isteri pertama dan kedua tidaklah terlalu baik, tetapi mereka tidak bercakaran. Cuma hubungan anak dari isteri kedua dan isteri pertamanya cukup akrab. Kalau isteri kedua terbang di langit biru anak berada di bawah jagaan isteri pertama. Kalau isteri pertama tidak berjumpa dengan anak-anak dari isteri muda maka bisinglah mulutnya.
"Aku belikan isteri pertama BMW dan kereta Honda untuk isteri kedua. Aku beritahu isteri kedua aku, isteri pertama layak mendapatnya kerana dia sudah lama bersama dengan aku. Bahkan ketika kami sama-sama susah menjaga anak. Isteri pertama sentiasa berada membantu. Isteri kedua aku memahami. Bahkan dia tidak banyak bunyi pun.."
Oh..kawan saya yang bernama Mat ini memang lembut orangnya. Dia memberitahu saya beberapa petua mengenai rumah tangga.
"Bagi aku orang perempuan berleter Tie sebab silap dari kita. Kita harus akui silap kita, jangan minta isteri kita diam tetapi kita tidak berubah. Bila kita berubah isteri kita nanti diamlah.."
Oh..banyak lagi sebenarnya yang Mat ceritakan pada saya. Saya terharu. Jarang saya berjumpa dengan suami yang berpoligami begini. Rata-rata kita mendengar ketidak adilan yang menyakitkan hati. Suami tidak tahu menjalankan tanggungjawab. Ada suami terlalu mendengar kata isteri pertama, sehingga kedua terdera perasaannya ada yang terlalu mendengar kata isteri kedua hingga isteri pertama terabai. Mereka ada isteri kegemaran. Seharusnya itu tidak berlaku.
"Seorang suami tidak boleh ada sikap panas baran atau suka memukul isteri. Kalau ada sikap begini, bukan sahaja tidak boleh beristeri dua, beristeri satu pun tak layak tau Tie!
Poligami tidak silap, namun silapnya datang dari manusia yang mempraktiskan poligami tapi tidak dapat mengendalikan. Contohnya banyak yang tidak baik dari yang baik.
Jadi Mat mungkin salah satu contoh terbaik saya mengenai poligami tapi Mat satu dalam seribu atau sepuluh ribu...
9 comments:
itu satu dlm beribu2 lemon..
mana nak cari yg camtu agaknya..
mmg susah nak cari lelaki yg betul2 faham konsep poligami mengikut ajaran Islam. Encik Mat ni mmg satu dlm seribu!!!!
take note...here...hihihi =]
setiap org ada persepsi yg berbeza kan. brgantung kpd cara penerimaan masing2. ada yg ok..ada yg x. wallahualam~~~
payah nak cari ni..
kak tie
hangin dgn spesis mahu tp tak mampu.. klu yg mampu tu buatlah.. hehehe
Hmm...payah tapi tak mustahil sebab dah ada contoh berdasarkan cerita Kak Yati ni. Payung emas ganjaran untuk isteri-isterinya insyaAllah...
kak yatie, bila dengar ada lelaki yang adil sebegitu, tumpang rasa gembira kerana selalunya bila sebut poligami segalanya tidak adil..
Wow...beruntung mereka sekeluarga dunia akhirat
Post a Comment