Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 30, 2009

JOM BUAT ROJAK

Sepanjang bulan puasa ini memang pening kepala mahu memikirkan hidang apa yang mahu dimasak untuk berbuka puasa. Sekarang saya sekeluarga sedang berpuasa 6, masalah memasak untuk berbuka timbul semula. Aduh..aduh. Akhirnya dalam dok termenung dapat idea untuk memasak rojak.

Bahan -bahannya sotong yang digoreng tepung. 1. matikan airnya terlebih dahulu dengan meletakkan sotong yang dibersihkan di dalam kuali dan di atas api yang sederhana sehingga airnya keluar 2. gaul dengan garam, perisa dan telur 3. sebelum digoreng gaulkan dengan tepung jagung atau kastard( tepung kastard cantik tapi sotong akan keras sedikit)


Sotong yang sudah siap digoreng.

1. Sengkuang dan timun yang dihiris halus (timun lupa nak ambil gambar) 2. Kuah rojak, halia, bawang putih, bawang merah, serai yang dimesin dengan cili, ditumis. Kemudian selepas garing masukkan kacang tanah yang sudah digoreng dan dimesin halus. Sedapkan dengan garam, gula, asam keping dan juga perasa.

1. Tepung, daun bawang, garam, perasa dan juga bawang dihiris digoreng untuk dibuat jemput-jempt. 2. Tempe yang digaram dan dikunyit juga goreng.


Taugeh yang dicelur.

Tahu yang digoreng, ubi kentang juga digoreng, tempe dan telur.

Buat rojak ini agak leceh sedikit kerana banyak ramuannya yang perlu digoreng dan dimasak. Bak kata kakak saya Maznah, kalau buat di rumah terbuka ni, orang dah semua sampai rojak kau tak siap-siap. ha.ha.ha. Sebab kerana masak ketika berpuasa saya rasa kuahnya macam terlebih serai..keh..keh. Heasy.masak bagai nak rak, suami saya bukan makan pun. Terpaksalah masak hidangan lain untuk beliau. Nak buat camanakan..reda ajelah.


Tuesday, September 29, 2009

MACAM MACAM CERITA

CERITA 1

Semalam saya membawa suami membuat medical check up di klinik, Qaisara pun sibuklah sama mahu mengikutnya walaupun saya melarang berkali-kali bimbang dengan virus yang mungkin ada di klinik. Tetapi kerana babanya membenarkan dia ikut serta, maka dia pun ikutlah di tengah-tengah hujan lebat pagi semalam.
Sebenarnya saya mahu memeriksa paras gula suami. Yelah..suami saya suka sekali minum teh dan air yang berwarna. Lantas doktor pun mencucuk pin bagi mengeluarkan darah daripada jari suami saya. Ketika itu Qaisara ada bersama....Alhamdulilah. Paras gulanya ditahap yang cukup baik mungkin berkat rajin makan buah dan salad.
Sementara menunggu membuat bayaran, suami menyuruh saya dan Qaisara masuk ke dalam kereta. Saya dengar Qaisara bertanya saya berkali-kali.
"Umi, baba can drive or not?"
Saya hanya diam sahaja kerana mahu menghidupkan enjin dan air cond kereta.
"Umi baba can drive or not?"
Sekali lagi saya terdengar Qaisara bertanya.
"Of course he can sayang?"
Wajah Qaisara seperti tidak puas hati. Dia memanjangkan leher dan melihat ke arah klinik.
"Umi baba can drive or not?"
Apalah si kecik ni bertanyakan soalan yang sama? Di sudut hati tertanya-tanya juga kenapa Qaisara bertanyakan soalan tersebut dan apabila babanya masuk ke kereta soalan yang sama juga ditanyanya.
"Baba can you drive.."
"Of course ? "
"How your finger pain or not?"
'No..nothing. I didnt feel anything.."
"Okay..good..." balas si Qaisara riang.
Lah..barulah sedar rupanya dia ingat, doktor mencucuk jari babanya dengan jarum, babanya berasa sakit dan tidak boleh membawa kereta. Bagaimana anak sekecil itu boleh berfikir sampai begitu sekali ya?


Qaisara memang amat sayangkan babanya dan amat manja, kadangkala cemburu juga..ha.ha


CERITA 2

Pagi Ahad yang lalu suami sedang menikmati teh di halaman rumah sambil berchatting dengan saudara maranya di internet. Saya pula sedang duduk di meja makan di dalam rumah membuat kerja sambil memandang ke halaman. Saya melihat beberapa orang kanak-anak dengan riangnya menuju ke pintu pagar rumah saya. Saya rasa anak-anak pekerja Indonesia yang sedang membuat projek perumahan di atas bukit sebelah taman rumah saya itu, mereka mungkin mahu mengutip duit raya.
Namun baru salah seorang mahu membunyikan loceng, langkah mereka serentak terhenti demi melihat suami dan mendadak sahaja berjalan menjauhkan diri daripada pintu pagar rumah saya.
"Come..come.."
Suami saya berdiri sambil menjerit apabila melihatkan budak-budak itu menjauhkan diri. Tujuan suami memanggil mahu memberi duit raya kepada mereka. Tetapi panggilan suami membuat anak-anak itu melarikan diri seperti orang yang tidak cukup kaki. Saya ketawa besar melihatnya. Mungkin agaknya mereka melihat wajah suami yang seperti 'bule' menyebabkan mereka takut untuk mendekati rumah saya ha.ha.ha.ha..


Sunday, September 27, 2009

GAMBAR RAYA LAGI..

Cerita raya saya sebenarnya tidak habis-habis lagi. Yelah..rayakan sebulan. Sebenarnya kalau mahu upload gambar memang banyak, dari gambar petang menembak (orang dulu-dulu apabila tahu sahaja raya, sudah pasti tembakan meriam buluh akan dilepaskan, sebab itu dipanggil petang menembak). sampailah hari raya ke empat.

Jemputan di malam raya yang mengambil bahagian bertakbir dari rumah ke rumah. Menu malam itu satay dan juga ketupat.


Malam raya pertama, sempat lagi Teta, kakak saya Mijah, anak-anak yang lain bermain bunga api. Qaisaralah yang paling gembira bermain bunga api walaupun takut-takut.

Hari raya kedua kami sempat mengadakan makan-makan untuk ahli keluarga. Hidangan malam itu BBQ ikan, ayam dan udang, meehon goreng, nasi goreng, sotong goreng tepung (saya yang buat, bukan kuning jadi hitam..tapi Alhamdulilah..sotong yang dahulu habis) dan juga buah-buahan.


Adik ipar saya Hamdan dan abang ipar saya Rahim Martopo (bukan nama betul sengaja mengelarnya sebab dia suka pakai topi jawa di kepalanya) yang bertungkus lumus membakar ikan, ayam dan udang.



Abang saya Ustaz Mazlan, abang ipar (suami kakak saya Mijah) juga suami yang sedang menunggu makanan dihidangkan.

Bapa saudara saya yang datang bersama anak dan menantunya dan juga ayah saya (memakai baju melayu)

Hari raya ke empat, Danish mengajak saya ke Jusco untuk bermain 'lompat-lompat' dan bowling (dia tahu kalau Mak Andak balik kampung, dapatlah dia main lompat2). Setiap kali ke Jusco saya pasti membawa Danish, Alin, Qaisara dan Balkish. Tetapi kali ini Balkisah tidak dapat ikut kerana ramai saudara mara yang datang ke rumahnya. Bila dia tahu saya ke Jusco, meraunglah dia. .

Sebelum ke Jusco, sempat menjenguk di tempat kerja adik saya Ateh, di sekolah pendidikan khas. Ini kraftangan yang dibuat oleh Ateh untuk murid-murid di pendidikan khas.
Lupa pula mengambil gambar jaga yang bekerja di sekolah tempat Ateh bekerja. Sekolah Ateh ini di belakangnya kubur cina dan di hadapannya kubur orang-orang islam. Rasanya ramai yang tidak berani menjadi jaga di sekolah seperti itu. Pukul 5 pagi pak cik jaga berbangsa cina ini sudah datang ke sekolah. "Bini aku kuat pet pot pet pot. Baik aku kerja dari dengar dia membebel." Itu cerita dia pada saya ha.ha.. . Pakcik ini memang fasih berbahasa melayu. Suka sangat saya berbual dengannya. Bayangkan sepanjang 41 tahun bekerja, dia tidak pernah mengambil cuti! Tahun Baru Cina pun masih bekerja tetapi datang agak lambat...ada yang sanggup buat begitu?

Friday, September 25, 2009

DOA UNTUK DIA

Saya masih ingat lagi, semasa saya masih kecil, berada di sekolah rendah saya sering bertembung dengan seorang lelaki yang sering mengayuh basikalnya. Beliau menjual pelbagai jenis barangan, dari penyapu, tapai sehinggalah kepada kuih muih.
"Dia tu senteng!"
Saya masih ingat lagi kata-kata kawan saya. Macam-macam momokan yang mereka berikan pada lelaki ini. Mungkin melihat yang dia sedikit lurus dan sering tersenyum-senyum menyebabkan orang memanggil beliau senteng.
"Sharifah Aini kau nak pergi mana?"
"Pergi sekolahlah Pak Cik.."
Saya masih ingat gelaran yang diberi oleh lelaki itu pada saya, setiap kali berjumpa dengannya. Kadangkala apabila dia mengayuh basikal menaiki bukit, saya akan menolaknya dan sudah pasti lelaki itu amat gembira kerana saya memudahkan kerjanya.
"Kau nak tapai?" tanya lelaki tersebut. Menawarkan tapainya di atas pertolongan saya. Saya mengelengkan kepala. Memang ketika kecil saya tidak sukakan tapai. Bila sudah besar barulah saya reti makan tapai, baik ubi atau pulut.
"Kau nak beli penyapu aku tak?"
"Tak mahulah.."
"Kenapa?"
"Mana saya ada duit pak cik.." balas saya. Kami sama-sama ketawa. Ketika itu dia menjual penyapu lidi dengan harga 20 sen rasanya. Kelapa lidi yang dirautnya sendiri.
"Sharifah Aini..kau belajar betul-betul tau.."
Saya masih ingat lagi kata-kata lelaki itu setiap kali berjumpa dengannya. Tidak tahu kenapa lelaki itu memanggil saya Sharifah Aini, tapi kata dia saya cantik seperti sharifah Aini.
Pantasnya masa berlalu, hari itu semasa di bulan Ramadhan, saya jumpa lelaki itu yang tampaknya sudah semakin di mamah usia di persimpangan jalan Muar Melaka. Dia masih mengayuh basikal dan membawa bakul.
"Itu pak cik Dolah tu. Lamanya tak nampak dia. Dia berniaga lagi ke? Panjang umur dia. ya.."
Saya memberitahu kakak saya Maznah. Ketika itu kami dalam perjalanan ke Melaka untuk mencari buah mata kucing kering, untuk dibuat air. Kami berdua agak kesal berjumpa beliau di arah yang bertentangan, kalau arah yang sama sudah pasti saya berhenti bertanya khabar dan menghulurkan sedikit duit raya buatnya.
"Dia berniaga kecil-kecilan macam tulah. Sekarang dia tinggal seorang diri, emak dan ayah dia dah meninggal. Dia tidak pernah berkahwin.."
Cerita kakak saya. Dia mesti lebih arif kerana tinggal di kampung.
Hari ini kakak menelefon saya. Dia bercerita dengan nafas yang terburu-buru.
"Kau tahu Umi, baru kita cerita pasal Pak Cik Dollah hari itu, hari ini kawan aku cerita. Masa pagi raya Pak Cik Dollah jatuh di bilik air. Tak seorang pun jiran yang tahu. Hari raya ke empat hari itu, budak-budak bermain bunga api di halaman rumah terbau sesuatu yang busuk. Rupa-rupanya, bila orang kampung masuk ke rumah dia. Jumpa pak cik tu di bilik air. Badan dia dah berulat dah.."
Saya terperanjat mendengar cerita kakak saya. Rasanya baru sahaja saya berjumpa dengan lelaki itu, hari ini saya menerima berita pemergiaannya. Kasihan pak cik tersebut. Hidupnya sentiasa keseorangan dan perginya pun cara yang begitu. Moga-moga tuhan cucuri rahmat ke atas roh Pak Cik Dollah. Moga-moga amanlah dia di sana. Al Fatihah untuk beliau. AMIN..

Thursday, September 24, 2009

CORETAN RAYA

Rasanya baru kita berpuasa dan sekarang sudah berada di bulan syawal. Terlalu cepatnya masa berlalu. Bagi saya syawal terlalu besar ertinya. Ketika ini kami dapat berkumpul, bercerita dan bergelak ketawa. Rasanya detik-detik yang berlalu terlalu cepat dan pantasnya pergi.

Keluarga kecil saya, setiap kali orang datang dan berjumpa dengan saya, pertanyaan wajib mereka..bila nak tambah anak lagi seorang..ALLAH..ALLAH...
Di hari raya kali ini saya berpelung berjumpa dengan seorang teman yang sudah berpindah ke Singapura mengikut suaminya bekerja di sana. Usia perkahwinannya hampir dengan saya dan tidak mempunyai anak. Dia meluahkan perasaannya apabila orang bertanya kenapa dia tidak mempunyai anak.
"Sudah..kau jangan peduli kata orang, bila tak ada anak, tanya bila nak ada anak, macam aku pun orang sentiasa tanya bila nak tambah anak.."
"Yelah..betul kata kau Tie..kalau ramai anak pula, orang mengata..asal le beranak ramai-ramaikan.."
"Yalah anggaplah pertanyaan orang adalah pertanyaan mengambil berat dan kerana sayang.."
Saya bergurau dan kawan saya ketawa

Ini menantu lelaki dan anak lelaki keluarga Berahim.

Anak-anak perempuan keluarga Berahim (tidak termasuk Balkish yang sibuk interframe..ha.ha)

Qaisara yang sentiasa membawa botol airnya walaupun berhari raya ke rumah orang.

Adik saya Ustaz Kamal Al Hafiz yang sentiasa mengelek anaknya ke sana ke mari. Kata dia baik kelek daripada dilepaskan. Kalau dilepaskan, asyik nak dikejar. Sekarang baru dia tahu susahnya menjadi ayah ustaz ya..ha.ha.ha.

Bersama adik saya nurul yang banyak memainkan peranan penting di dapur. Dua tahun yang lalu beliau mendapat beberapa tawaran belajar di luar negara tetapi dilarang oleh ayah dan emak tiri saya. Jadi setiap kali datangnya raya, kami mengusik Nurul.
"Dik, nasib baik kau tak pergi dik. Kalau tak, tak ada orang yang menolong di dapur.."
Yelah..dialah yang tidak pernah penat membasuh pinggan mangkuk, masak, melayan tetamu dan sebagainya bersama pembantu rumah saya. Tahun lepas mereka bertiga tetapi tahun ini berdua, kerana pembantu rumah ayah saya bercuti, pulang ke Indonesia.


Ini anak manja kakak saya Mijah, siapa lagi kalau tidak Ojan. Tahun ini menurut Ojan dia tidak berhari raya, yelah lepas raya dua minggu, Ojan akan menghadapi peperiksaan PMR. Moga-moga Ojan dapat menjawab dengan baik..AMIN..


Apa yang diceritakan oleh Hakim (berbaju oren) sehingga semua sepupunya melopong mendengar?



ha.ha.tahun ini baju raya saya memang banyak dan saya beraya dan bergaya di rumah sahaja. Begitu juga dengan adik saya dan bibik yang terperap di dapur tetapi tetap bergaya di hari raya.



Anak buah saya, Danish dan Atmam yang bergaya dengan baju melayu dan juga berkain songket.

Anak-anak merekalah yang paling riang berhari raya. Sebelum raya Qaisara bertanya, raya tu apa umi? Dan sekarang bagi Qaisara raya itu orang ramai datang ke rumah, berjalan-jalan dan dapat duit.


Qaisara yang baru keluar hutan di rumah nenek saudara saya. Rantainya pun entah ke mana. Sepanjang berada di kampung tak lekat di rumah, masuk semak, keluar semak. Calar balar kaki tangannya, digerit ranting kayu, lalang dan juga digigit nyamuk. Biar dia merasa kehidupan di kampung, walau ada yang mengatakan sayang kulitnya yang mulus bertanda-tanda ha.ha.ha. Bagi saya, biar Qaisara ada kenangan 'nakal' dalam hidupnya menjadi anak kampung.


Ini anak buah saya Zafran, yang saya panggil 'haji'. Melekat pula nama tersebut, dia faham pulak orang panggil dia 'haji' tersenyum-senyum dia.


Alin, Baliksh, Danish dan Qaisara yang control ayu..dalam gambar nampak sopan aje. dekat luar? .ha.ha..


Thursday, September 17, 2009

RENCAM SEBELUM RAYA

Tahun ini saya macam tak raya sahaja. Tetapi memang banyak perkara yang sudah saya selesaikan. Syukur Alhamdulilah..(macam tak raya, tapi baju raya saya..nak dekat 10 pasang..teruk sungguh! Entah saya pakai ke tidak! Ini si Lilylah yang mengoda akak untuk menambah baju raya di Sogo!)

1. Baju Qaisara sudah saya selesaikan sejak awal lagi. Jangan tanya berapa pasang, sudah tidak terkira. Baju untuk pembantu rumah dan pekerja juga sudah beres.

2. Baju suami sudah saya belikan, saya hanya beli dua helai sahaja dan beg baru untuknya, suami sebenarnya mempunyai lebih banyak baju dari NB (siap request almari baru..mengalahkan perempuan le pulak).

3.. Baju anak-anak buah saya seramai 9 orang sejak awal lagi sudah saya langsaikan. Baju ayah saya (belikan dia baju banyak-banyak, tahun depan percayalah, masih ada dalam plastik lagi). Baju dan kasut emak tiri saya, baju adik-adik saya yang masih belum bekerja semuanya selesai.
Tahun ini saya belikan sandal mahal untuk ayah saya. Berharga RM100++. Kata khairul adik saya, mesti ayah saya bising kerana beli selipar mahal sangat. Dan seperti jangkaan kami bila dapat selipar itu, ayah saya pun berbunyi.
"Buat apa beli mahal-mahal ni, membazir aje. Nanti kalau bawa ke masjid di kebas orang, satu apa pun tak guna. Aku pakai selipar plastik aje.."
"Kenapa pakailah, tak pakai kufur nikmat, kalau hilang, niatkan sedekah. Selipar tak dapat, pahala dapat." Itu jawapan saya ala-ala selamba aje..ha.ha
Teringat saya dengan si Ojan yang mahu beraya dengan selipar plastik sahaja. Ini mesti dah terikut perangai atuknya.

4. Tak tahulah apa yang saya buat bulan puasa tahun ini sehingga saya tercungap-cungap mahu khatam Al-Quran, hari-hari saya risau (cakap aje..tapi berjalan sana sini tak ingat dunia.he.he). Tapi Alhamdulilah tuhan permudahkan..

5. Tahun ini kuih raya langsung saya tak buat. Tetapi si Nik Fauziah nak kuih sarang semut. Insya-ALLAH nanti lepas raya, kalau umur panjang saya buatkan untuk dia. Mungkin selepas raya baru saya pulun kerana saya akan balik ke kampung beraya selama seminggu.

6. Bonus raya untuk pekerja-pekerja kami pun sudah selesai, termasuklah bibik saya yang tersengeh-sengeh dapat bonus dari suami saya. (nanti adalah satu penulis yang saya tidak tahu, apa silap saya pada dia akan bercakap..itu pun nak tulis dalam blog. Riak! Sorry kak ya! Cuma saya berterima kasih dengannya, marah-marah atau benci pun dia dengan saya, masih juga baca blog saya..terma kasih kak ya!..)

7, Semalam badan saya sakit-sakit, kalau badan saya sakit-sakit itu tandanya saya sudah lama tidak merayau dan hanya duduk di hadapan PC (alasan le tu..sedangkan dua hari lepas, saya merayau di tengah panas di bandar Kajang). Jadi saya, bibik, Suraya dan Qaisara meredah lautan manusia di Jalan T.Abdul Rahman dan masjid India.
Tengoklah orang punyalah ramai..nak bernafas pun susah, sudahlah bercampur aduk bau orang dengan bau longkang.

Mak datuk..orang punyalah ramainya. Sudahlah tu macam-macam bau. Nasib Qaisara duduk di dalam pram, tak adalah dia mengamuk sangat. Cadang saya mahu mencari telekong untuk kakak saya yang mahu mengerjakan haji bulan depan. Alhamdulilah, dapatlah telekong yang saya idamkan. Suami awal-awal dah beritahu. Telekong yang saya nak tu, jangan beli kalau melebihi RM125 (dia orang letak RM180). Dan kerana kepintaran saya menawar, saya dapat RM120..he.he.. Di JTAR banyak dijual kasut Crocs, cantik-cantik saya tengok kasut crocs yang dijual di situ, harganya cuma RM35 sahaja. Macam original aje..tapi bila teringat yang kasut crocs bahaya untuk tangga bergerak dan mungkin diharamkan, tak jadilah beli..

Telekong yang saya dapat sambar.

7. Saya akan balik beraya ke Melaka, sesiapa yang sudi datanglah ke rumah saya di Bukit Katil, di Jalan Demang Hussin dekat masjid bukit katil.

8. Di sini juga saya umumkan, tidak ada sesiapa pun yang berjaya menjawab TEKA SAMBAL dengan tepatnya dan saya sedang memikiran bagaimana hadiah yang telah saya sediakan ada pemenangnya. Mungkin saya akan menyediakan satu kuiz yang ringkas (rupanya susah teka sambal tu ya) dan akan menambah hadiahnya lagi, tanda terima kasih saya pada anda semua.


9. Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki, jika ada segala kesilapan, yang tergores, terkasar bahasa. Harap dimaafkan. Terutamanya penghunjung setia blog saya. Terima kasih kerana sentiasa menyerikan hidup saya dengan mesej anda, sekali lagi SELAMAT HARI RAYA dari NB, SEYIT KARA dan QAISARA SEYIT..kami sayang ANDA SEMUA!


Monday, September 14, 2009

MAKAN-MAKAN LAGI..

Semalam saya menghadirkan diri di malam berbuka puasa Turkish culture centre di Marriot hotel. Tahu sahajalah hotel Marriot di Jakarta baru sahaja di bom. Jadi nak masuk ke hotel marriot macam kena lalui pegawai imigresen dan kena siap buka bag lagi. Saya memang malas mahu pergi, tetapi kerana nama kami sekeluarga sudah dimasukkan ke dalam senarai dan tidak boleh diganti, jadi saya pergilah juga.
Saya dengan Qaisara berposing sebelum balik. Bagus juga Marriot, mengadakan dewan khas untuk orang berbuka puasa bersolat. Bagus..bagus..bagus..


Suami berposing depan Pavillion sebelum masuk ke Marriot hotel..


Antara makanan yang dihidangkan, ada juga kebab tapi tak sempat ambil gambar. Punyalah ramai orang beratur mahu mengambil kebab. Di bawah sekali itu makanan yang bernama yaprak (nasi yang dibalut dengan daun anggur)


Ini manisan yang disediakan. Saya tak makan pun apa-apa dari manisan ini. Puding beras, baklava dan juga puding karamel.


Si Qaisara yang kontrol ayu. Ramai anak-anak Turki yang berada di majlis berbuka puasa itu, agak nakal-nakal, saya kurang berpuas hati kerana anak-anak ini dibiarkan berlari-lari di atas pentas. Menjerit-jerit berbuat bising ketika persembahan dijalankan.


Anak kecil ini saya suka sekali, sopan dan suka berkawan dengan Qaisara, tetapi Qaisara pula buat perangai.
"I dont want boy! I like girl!"



Di akhir berbuka puasa ada pula majlis persembahan anak-anak Malaysia yang menyanyikan lagu-lagu Turki. Okay jugalah dia orang menyanyi, teringat pula saya masa buat persembahan di sekolah dulu.


Gambar ini sengaja saya tempelkan di sini. Qaisara baru bangun tidur. Tengoklah si Qaisara yang gilakan hello kitty, baju tidur hello kity, bantal hello kitty, sarung tilam hallo kitty dan gebar hallo kitty.


Saturday, September 12, 2009

SAMBAL SULUR KELADI.

Rupanya teka sambal ini amat sukar dijawab oleh para pembaca blog saya, di Melaka memang banyak sambal yang aneh, seperti sambal tahi minyak dan juga sulur keladi ini. Sulur keladi mudah didapati dirumpunan pokok keladi. Ianya selalu menjulur dan perlu dibersihkan dan dipotong sebelum di masak. (Dalam buku Harum Chempaka ada diceritakan mengenai sambal sulur keladi ini)

Jom masak sambal tumis sulur keladi!


Bawang putih, bawang merah, cili, dimesin sekali dan ditumis dengan minyak sehingga garing.


Ikan bilis dibersihkan, dibuang tahinya dan dibelah dua. Apabila campuran cili dan bawang tadi telah masak, masukkan ikan bilis.


Masukkan sedikit air asam.

Kemudian masukkan sulur keladi yang , dibersihkan, dibuang kulit arinya dan dipotong-potong anggaran 1 inci setengah. Masukan garam dan perasa.



Inilah hasilnya, sambal sulur keladi yang amat sukar rupanya dijawab oleh para peserta.