Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, September 25, 2009

DOA UNTUK DIA

Saya masih ingat lagi, semasa saya masih kecil, berada di sekolah rendah saya sering bertembung dengan seorang lelaki yang sering mengayuh basikalnya. Beliau menjual pelbagai jenis barangan, dari penyapu, tapai sehinggalah kepada kuih muih.
"Dia tu senteng!"
Saya masih ingat lagi kata-kata kawan saya. Macam-macam momokan yang mereka berikan pada lelaki ini. Mungkin melihat yang dia sedikit lurus dan sering tersenyum-senyum menyebabkan orang memanggil beliau senteng.
"Sharifah Aini kau nak pergi mana?"
"Pergi sekolahlah Pak Cik.."
Saya masih ingat gelaran yang diberi oleh lelaki itu pada saya, setiap kali berjumpa dengannya. Kadangkala apabila dia mengayuh basikal menaiki bukit, saya akan menolaknya dan sudah pasti lelaki itu amat gembira kerana saya memudahkan kerjanya.
"Kau nak tapai?" tanya lelaki tersebut. Menawarkan tapainya di atas pertolongan saya. Saya mengelengkan kepala. Memang ketika kecil saya tidak sukakan tapai. Bila sudah besar barulah saya reti makan tapai, baik ubi atau pulut.
"Kau nak beli penyapu aku tak?"
"Tak mahulah.."
"Kenapa?"
"Mana saya ada duit pak cik.." balas saya. Kami sama-sama ketawa. Ketika itu dia menjual penyapu lidi dengan harga 20 sen rasanya. Kelapa lidi yang dirautnya sendiri.
"Sharifah Aini..kau belajar betul-betul tau.."
Saya masih ingat lagi kata-kata lelaki itu setiap kali berjumpa dengannya. Tidak tahu kenapa lelaki itu memanggil saya Sharifah Aini, tapi kata dia saya cantik seperti sharifah Aini.
Pantasnya masa berlalu, hari itu semasa di bulan Ramadhan, saya jumpa lelaki itu yang tampaknya sudah semakin di mamah usia di persimpangan jalan Muar Melaka. Dia masih mengayuh basikal dan membawa bakul.
"Itu pak cik Dolah tu. Lamanya tak nampak dia. Dia berniaga lagi ke? Panjang umur dia. ya.."
Saya memberitahu kakak saya Maznah. Ketika itu kami dalam perjalanan ke Melaka untuk mencari buah mata kucing kering, untuk dibuat air. Kami berdua agak kesal berjumpa beliau di arah yang bertentangan, kalau arah yang sama sudah pasti saya berhenti bertanya khabar dan menghulurkan sedikit duit raya buatnya.
"Dia berniaga kecil-kecilan macam tulah. Sekarang dia tinggal seorang diri, emak dan ayah dia dah meninggal. Dia tidak pernah berkahwin.."
Cerita kakak saya. Dia mesti lebih arif kerana tinggal di kampung.
Hari ini kakak menelefon saya. Dia bercerita dengan nafas yang terburu-buru.
"Kau tahu Umi, baru kita cerita pasal Pak Cik Dollah hari itu, hari ini kawan aku cerita. Masa pagi raya Pak Cik Dollah jatuh di bilik air. Tak seorang pun jiran yang tahu. Hari raya ke empat hari itu, budak-budak bermain bunga api di halaman rumah terbau sesuatu yang busuk. Rupa-rupanya, bila orang kampung masuk ke rumah dia. Jumpa pak cik tu di bilik air. Badan dia dah berulat dah.."
Saya terperanjat mendengar cerita kakak saya. Rasanya baru sahaja saya berjumpa dengan lelaki itu, hari ini saya menerima berita pemergiaannya. Kasihan pak cik tersebut. Hidupnya sentiasa keseorangan dan perginya pun cara yang begitu. Moga-moga tuhan cucuri rahmat ke atas roh Pak Cik Dollah. Moga-moga amanlah dia di sana. Al Fatihah untuk beliau. AMIN..

9 comments:

Leeza said...

Kisah ini menginsafkan kita tentang warga emas yang keseorangan. Cukup memilukan. al fatihah untuknya,. Apakah saya akan keseorangan masa tua nanti? oh tidak....mudahan saya berteman.

Duke Luce Dell'amore said...

innalillah..
moga rohnya dicucuri rahmat..

menginsafkan..
membuat jim takot utk jd tua.. :(

ain said...

Al-fatehah...semoga roh pak cik Dollah dicucuri rahmat Allah!!

Epelijau said...

al Fatihah untuk pakcik dollah. Moga ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.

ibu aira said...

Al-fatihah untuk pakcik dollah. moga rohnya dicucuri rahmat. hampir nenitik airmata saya membaca entry ini.. kesiannya dengan nasib pak dollah yang keseorangan dan akhirnya meninggal sendirian.. :(

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

al-fatihah...

=(
=(
=(

Mujahidah said...

inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun.. speechless...

idasm said...

entry akak ni betul2 menyentuh hati kecil ida. kesiannya kat arwah, meninggal sorang2. takde siapa di sisi. al fatihah utknya. semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.

NORHAYATI BERAHIM said...

Za..berdoalah kita mempunyai sahabat andai, kawan karib ketika hari tua kita nanti..

jim..segalanya tuhan yang tentukan perjalanan hidup kita ini..

Ain..amin..

Epelhijau..harap2nya begitulah AMIN..

Yatie..harap2 dihari tua nanti kita tidak menerima nasib yang sama..

Nuar..sedihkan..

Mujahidah..hidup beginilah..

Ida..memang sedih, hidup dia keseorangan, mati pun keseorangan..kasihankan..