Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 29, 2009

MACAM MACAM CERITA

CERITA 1

Semalam saya membawa suami membuat medical check up di klinik, Qaisara pun sibuklah sama mahu mengikutnya walaupun saya melarang berkali-kali bimbang dengan virus yang mungkin ada di klinik. Tetapi kerana babanya membenarkan dia ikut serta, maka dia pun ikutlah di tengah-tengah hujan lebat pagi semalam.
Sebenarnya saya mahu memeriksa paras gula suami. Yelah..suami saya suka sekali minum teh dan air yang berwarna. Lantas doktor pun mencucuk pin bagi mengeluarkan darah daripada jari suami saya. Ketika itu Qaisara ada bersama....Alhamdulilah. Paras gulanya ditahap yang cukup baik mungkin berkat rajin makan buah dan salad.
Sementara menunggu membuat bayaran, suami menyuruh saya dan Qaisara masuk ke dalam kereta. Saya dengar Qaisara bertanya saya berkali-kali.
"Umi, baba can drive or not?"
Saya hanya diam sahaja kerana mahu menghidupkan enjin dan air cond kereta.
"Umi baba can drive or not?"
Sekali lagi saya terdengar Qaisara bertanya.
"Of course he can sayang?"
Wajah Qaisara seperti tidak puas hati. Dia memanjangkan leher dan melihat ke arah klinik.
"Umi baba can drive or not?"
Apalah si kecik ni bertanyakan soalan yang sama? Di sudut hati tertanya-tanya juga kenapa Qaisara bertanyakan soalan tersebut dan apabila babanya masuk ke kereta soalan yang sama juga ditanyanya.
"Baba can you drive.."
"Of course ? "
"How your finger pain or not?"
'No..nothing. I didnt feel anything.."
"Okay..good..." balas si Qaisara riang.
Lah..barulah sedar rupanya dia ingat, doktor mencucuk jari babanya dengan jarum, babanya berasa sakit dan tidak boleh membawa kereta. Bagaimana anak sekecil itu boleh berfikir sampai begitu sekali ya?


Qaisara memang amat sayangkan babanya dan amat manja, kadangkala cemburu juga..ha.ha


CERITA 2

Pagi Ahad yang lalu suami sedang menikmati teh di halaman rumah sambil berchatting dengan saudara maranya di internet. Saya pula sedang duduk di meja makan di dalam rumah membuat kerja sambil memandang ke halaman. Saya melihat beberapa orang kanak-anak dengan riangnya menuju ke pintu pagar rumah saya. Saya rasa anak-anak pekerja Indonesia yang sedang membuat projek perumahan di atas bukit sebelah taman rumah saya itu, mereka mungkin mahu mengutip duit raya.
Namun baru salah seorang mahu membunyikan loceng, langkah mereka serentak terhenti demi melihat suami dan mendadak sahaja berjalan menjauhkan diri daripada pintu pagar rumah saya.
"Come..come.."
Suami saya berdiri sambil menjerit apabila melihatkan budak-budak itu menjauhkan diri. Tujuan suami memanggil mahu memberi duit raya kepada mereka. Tetapi panggilan suami membuat anak-anak itu melarikan diri seperti orang yang tidak cukup kaki. Saya ketawa besar melihatnya. Mungkin agaknya mereka melihat wajah suami yang seperti 'bule' menyebabkan mereka takut untuk mendekati rumah saya ha.ha.ha.ha..


12 comments:

Mama Nazhan said...

salam kak yati...bule tu apa? sori...tak paham..hehe

Marzalina said...

qaisara memang sayang sungguh baba dia kan..caring aje dia kat baba dia.

ain said...

mcm2 citer raya kak ek..??kat sini ada gak bdk yg beraya, tp sy tapis lah, klu bdk yg npak mcm tak senonoh je, pakai selipar, dh tak uper orang dah, pas tu tekan loceng bertalu2..memang sy tak layan lah.

NORHAYATI BERAHIM said...

Bai..bule tu bahasa indon "mat saleh'.ha.ha..

intan anak perempuan agaknya, prihatin dengan mak dan ayah..macam kita2 ni..he.he

Ain..alahai, budak2 ni nak duit raya aje sebenarnya..bagilah seorang rm2, baliklah dia..kat kg lagilah, akak perasan ada yang datang dua kali..he.he

Epelijau said...

salam kak yati..
tersenyum sy baca entri kak yati ni.
Saya ada seorang anak saudara lelaki. Pembersih dan sangat observant..usianya November ini 4 tahun.
Ada sekali, saya membawanya bersama mamanya ke Giant-mereka balik ke kampung berdua sahaja kerana ada urusan penting. Saya memandu viva.
Soalan pertama- kenapa kereta ni pendek (sbb mamanya memandu MPV).
Soalan kedua- ada aircond ke kereta ni.
setelah membeli barang-barang yang penuh setroli, dia termenung panjang sambil merenung troli tersebut dan bertanyakan soalan ketiga- boleh muat ke makteh nak masuk semua ni dalam kereta makteh yg pendek tu.
Hahahah...kakak saya berkali-kali memohon maaf. Saya ketawa dan meyakinkannya..muat...muat....

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

mau dibagi duet raya, boleh lari plak yer...bestlah camtu kak...hikhikhik =D

Duke Luce Dell'amore said...

hahaha..part bdk lari tu yg xthn tu...kikiki..

Qaisara sgt bijak..smpai gitu skali die leh pikir..

agak r,klu umi die luka skit,die tanya berkali2 camtu tak??mesti die syg umi die jgk tu.. :)

Mrs.Sheikh said...

:)
akak..agaknya dorang ingat rumah mat saleh kot..
takpe bagi je kat saya $ raya tuh :P

Nadiah Sidek said...

hehe..kak yati jeles ngn qaisara ke?

Intanaziela said...

ingatkan anak lelaki je rapat dengan ayahnya..mcam hadif..kamceng sampai tak hirau mama...rupanya anak perempuan pun gitu..agaknya ayah2 zaman sekarang ni memang disayangi anak..tak garang macam ayah2 zaman dulu kot... hihihihi

NORHAYATI BERAHIM said...

epelhijau, budak2 nikan dia suka memerhati, simpan dan kemudian bila dia keluarkan itu yang buat kita terperanjatkan..kadangkala2 macam2 soalan pelik yangkeluar sampai letih nak menjawabnya..ha.ha

nuar..ha.ha..yelah, lain kali letakkan pak seyit di hadapan..semua budak2 lari..ha.ha.ha

Jim..setakat ini kalau akak sakit jarang tunjuk dekat dia, kalau luka pun tak pernah beritahu dia..sbb dia mesti akan tanya berkali2, buat kita lebih sakit..ha.ha

NORHAYATI BERAHIM said...

mrs sheikh..mungkin jugalah dia ingat bukan rumah orang islam agaknya, tapi ada ayat alquran ada depan rumah..ha.ha..

nadiah kadangkala jeles juga bila diaorang berdua berkomplot berlawan dengan uminya..ha.ha

Intan betullah kata intan, akak dulu dengan ayah mana berani. Tetapi budak2 ni bila kecil aje dgn ayah, bila da besar..emak juga yang dicari..he.he