Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 3, 2009

BERANI MARILAH SUDU!

Saya masih ingat lagi, masa tu saya berusia rasanya dalam 11 tahun. Setiap kali hari sabtu dan Ahad saya pasti akan membantu ayah saya ke kebun getah. Biasanya selepas mengumpul susu getah, susu getah tersebut akan dibekukan, digelek dengan mesin bagi mengeluarkan airnya dan kemudian dijemur.
Ketika mahu membekukan getah tersebut, susu getah harus dicampur dengan cuka getah dan juga air. Semua ini dilakukan di sebuah bangsal.
Dan tugas mengambil air di salah sebuah perigi yang agak jauh dari bangsal tersebut, adalah tugas saya kalau saya tidak bersekolah. Saya akan menimba air tersebut dan dimasukkan ke dalam dua baldi yang saya kandar di bahu. Setiap kali mahu ke perigi saya harus melalui sebuah rumah dan juga sebuah perigi buta. Perkara ini yang paling saya benci , bukan kerana saya tidak sukakan tuan rumah tersebut, tetapi saya tidak sukakan angsa-angsa peliharanya yang akan menyudu kaki dan badan saya! Kalau kita lari dia akan kejar kita sehingga kita terpaksa lari lintang pukang..ha.ha
Satu hari saya terfikir, apa yang perlu saya buat dengan angsa ini supaya dia tidak menyudu dan takutkan saya, tidak seperti sekarang saya takutkan angsa-angsa tersebut.
Dan satu hari saya seperti biasa, mahu mengangkut air, angsa-angsa ini sudah menunggu saya. Ketika itu kakak saya Mijah ada sekali bersama dengan saya. Didorong rasa marah , saya pegang leher salah seekor angsa yang sedang menyudu kaki saya. Sebelah tangan lagi, saya peluk badan angsa tersebut dengan perasaan geram saya campakkan angsa tersebut ke dalam perigi buta!
Menjerit-jerit angsa tersebut meminta tolong.
"Padan muka kau. Kau orang berani lagi, sudu aku. Marilah sudu.."
Saya memarahi angsa-angsa lain yang tinggal. Wah.ha.ha.ha..semuanya tunduk menikus. Memang ajaib!. Keesokan ketika saya lalu lagi untuk mengambil air di perigi, angsa-angsa tersebut semuanya tunduk dan tidak berani berbunyi apabila melihat kelibat saya. Dan seolah-olah tidak sedar akan keujudan saya..(iye ke tak sedar atau takut?)
Saya tidak pasti bagaimana angsa yang saya lempar ke dalam perigi buta itu boleh naik ke atas, bahkan tuan rumahnya pun tidak bercakap apa-apa dengan saya. Tetapi sejak itu saya dapat mengangkut air dengan amannya.
Jadi mungkin kenakalan Balkish sehingga melemparkan kucing ke dalam kolah adalah tumpahan kuah saya yang terkena padanya...he.he.he



19 comments:

Intanaziela said...

wakakkakakak...hebat kak yatie yek..angsa pun takut...intan pun takut sangat kalau angsa nak menyudu..lari lintang pukang...tapi tak setakut bila tengok anak kucing baru lahir..boleh lari dan menjerit cam orang kena histeria....hahahah

Epelijau said...

hahaha.....subhanallah. Kagum betul saya dengan kak yati...
Saya dulu stand by je nak mula pecut bila lalu depan rumah jiran yg ada bela angsa...

dhan said...

Ya Allah k.yati.. beraninya.. saya paling takut ngan angsa.. mesti lintang pukang lari.. hahahahaha

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

YA AMPON! AKAK BRUTALLLLLLL =P

muahahahahaha!

Kish said...

ha ha ha, mmg brutal sgt tu kak yati, adoyai, mane agak2nye dtg tenaga nak peluk angsa tu. huhu.

terbayang2 ekpresi muka akak time tu, keh keh keh.

Duke Luce Dell'amore said...

Hakhakhak..
Akak pun kejam jgk time kecik2 ye??ishq3..jgn bg Teta jd kejam tau..
kang pelik je,muka comey,tp ganas..hikhikhik..

akak ajar die wat catwalk cantik2 je..hikhikhik..

Faramidi said...

hahaha, terhibur ngan entry ni =)

puteri_kebayan said...

hahahah..
akak brutal ala-ala mak kiter zaman kecik...
slamber patahkan leher angsa.
teringat kisah saya dikejar angsa masa ke pergi rumah cikgu.
lepas tu, cikgu pesan- bawak something yang panjang kat tgn supaya angsa takut. taktahu lah betul ke tidak sb lepas tu saya dah tak pergi dah umah dia...

ain said...

hihihi...brutal gak akak ni dulu2 ekh. patut ler balkish pun berani lempar kucing dlm kolah.hehe

Nadiah Sidek said...

haha...beraninya kak yati

ibu aira said...

hahaha.. kak yati ni brutal betullah.. jangan menurun kat teta nanti sudahlah.. kang akak yang pening.. :)

GreenJade said...

perghhhh ganaz gile kak Yati..confirm itik ang tu fobia bile tgk akak hahahaha

*tingat pulak kecik2 dl sy pnah cekik itik ang opah smpai separuh koma coz sudu kaki sy smpai bedarah2..sy amat memahami perasaan akak time tuh..geram buat kite jd ganaz..hahahaha!*

Marzalina said...

haha..tak sangka kak NB ni berani yer..angsa tu mesti gerun tgk kelibat kak hehehehe

Sidratul Muntaha said...

kak
tu normal
ayu dulu
petang mesti bagi lembu n kambing makan rumput n minum
pastu ade sekor lembu jantan ni suke sondol2 bontot
geram dgn lebu tu ayu tampar muke dia satu ari
pastu since that dia tak sondol2 lagi
tpi yg pasti
asala yu nk bg mkn jer
dia mesti undur
ahahhha
just imagine betapa tinggi n besonyer lembu jantan tu

lili11 said...

Uihh ... violent tol!! Takut ... Hih hi hiii ..

Mama Nazhan said...

cayalah kak yati... angsa pun tobat ngan akak... masa akak cekak angsa tu... ilang perasaan takut yer kak! bravo!

~penahati~ said...

hahaha.... lucu!

**xpenah kene sudu lagi :D **

| Krsty Pinky | said...

huah..hebat tol kak NB..
sy sendri pun x brani dgn angsa..
takut sey..

yatie@smaya1709 said...

hihihi...ish2....alahai caya lah kak nb...ha tau la ....boleh tahan jugak kak yatie dulu2 tu yea.....hihiihhi.....gogo kak.....hihihi....