Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 17, 2009

TERIMA KASIH AAM



Hari ini kereta saya pancit lagi! Aduhai..nasib baik pancitnya di Tesco. Kalau orang lain call suami, saya senang sahaja. Saya akan call AAM sahaja. Dari dahulu memang perkhidmatan AAM cukup memuaskan saya terutama bab menukar tayar. Dulu kalau 10 tahun yang lalu kereta kancil bolehlah saya tukar sendiri. Tetapi sekarang kereta trajet, minta ampunlah. Memang saya tak laratlah nak buat. Skru dia sahaja sudah separuh penumbuk Qaisara.
Selepas call AAM barulah call suami saya. Dan seperti biasa dia akan berkata.
"You dah call AAM tak?"
Mungkin kalau orang baca blog saya kali ini, saya seperti mahu mempromosikan AAM..ha.ha. Tak apalah, cuma saya mahu memberi sedikit penghargaan pada AAM. Apayang membuat saya suka AAM ini mereka akan datang walau dalam hujan lebat sekali pun. Lima tahun yang lalu, ketika saya memandu pulang dari kerja. Kereta saya sudah menjadi perlahan, rupanya tayar dibahagian hadapan pancit. Ketika itu saya memakai matrik (saya ni penguna setia hyundai..ha.ha) Ketika itu hujan sungguh lebat. Petir berdentam dentum. Aduhai..Kuala Lumpur tahu sahajala, kalau hujan sedikit air naik mencanak-canak tidak boleh ditahan-tahan. Saya terus call AAM. Bayangkan kereta saya pancit di hadapan Sherton Jalan Sultan Ismail. Waduhhh...tapi AAM memang pantas. Lima belas minit kemudian, sebuah motorsikal AAM menghampiri kereta saya.
Dalam hujan lebat seorang petugas tidak saya ingat namanya. Seorang anak muda, datang menukarkan tayar kereta saya. Dalam 10 minit segalanya selesai. Simpati sungguh saya melihat dia bekerja di tengah hujan begitu, walau menukar tayar adalah percuma. Namun kesanggupan pekerja tersebut bertungkus lumus dengan seikhlas hati saya hulurkan padanya RM50.
"Banyak sangat ni kak.."Kata pekerja AAM tersebut.
"Tidak ada yang banyaknya..kalau dibandingkan kamu datang tengah-tengah jam dan bekerja di tengah hujan lebat begini.."
Memang saya terharu. Bukan sahaja saya tabik dengan AAM tapi saya tabik dengan pekerjanya yang sentiasa ramah dan bekerja dengan sepenuh hati.
Kalaulah pekerja telekomunikasi, Astro dan yang memberikan perkhidmatan di Malaysia ini, bertindak cepat seperti AAM dan pekerjanya, saya rasa Malaysia akan menjadi negara yang lebih maju lagi.
Ini bukan pujian melampau tapi ini pengalaman saya dengan AAM, walau jauh berada di Kelantan, bateri saya habis jam 11.45 pun dia orang masih sanggup datang (kelantan bukan 24 jam tidak seperti di Kuala Lumpur, masa perkhidtmatan sampai jam 12 malam).
Terima kasih pada AAM dan teruskan berkhidmat dengan seikhlas hati.

9 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

TAKE NOTE ASTRO STAFF....hahahaha =P

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

WAH!
Pasni klu jim wat bisnes,nk mintak tolong akak promote r..bleh tak?
ngeee...

ain said...

klu dulu saya akan call hubby klu kete poblem, now hubby jauh kena lah panggil AAm gak.hihi

Intanaziela said...

kak yatie pengguna setia hyundai..intan pun pakai getz yang memang tak de byk ragam..hihihi. Tapi AAM ni belum pernah lagi guna khidmat walaupun sepanjang memandu kereta..banyak kali sangat kereta pancit...dan yang pasti time tu hubby kat de..hahahhaa.

Wanie Nasir said...

akak,camna nak dapatkan khidmat AAM ni.saya baru jer pakai kereta..hehe..

GREENJADE said...

hehe senang kans..service dorang mmg mables & tangkas.sy dh 6 thn jd cust tetap AAM.mmg solute dgn their tip top service! :)

idasm said...

wah... mantapnya service aam ni yea. ida pun nak jd customer dialah. tq kak!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nuar..ye bukan astro sahaja, celcom, telekom semua kena ambik iktibar..

Jim..ko nak jual apa jim? jual suara ya? ha.ha.ha

Ain..ha.ha..sian dia, suami jauh ye, sabarlah ain..nak buat camanakan?

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan..
matrix akak da 7 tahun, masin bernyawa lagi..trajet 3 tahun..Alhamdullah setakat ini okaylah..tak banyak ragam kecuali tayar pancit, tayar korea ni memang tak tahan..

wanie..AAM Malaysia ni ada website, ada borang nak jadi ahli di situ..

yelah Tinie..akak jadi ahli since 1999 rasanya..ha.ha..

ida..isi borang, senang utk ida kalau apa2 hal..ida pun banyak keretakan..