Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 14, 2009

SUSAHNYA MENJADI EMAK!

Termenung saya buat seketika apabila si Qaisara dipelawa memasuki grooming class. Di mana dia bersama dengan anak-anak yang lain akan diajar bagaimana cara makan yang betul di meja, cara berjalan, cara menghias diri .(saya tahu kenapa dia terpilih).
Bayangkan kanak-kanak sekecil Qaisara tahun hadapan Jan baru berusia 4 tahun akan diajar bermake up cara yang betul? Tak dapat dijangkau dengan akal fikiran saya.
Saya seorang yang cukup simple, hidup saya tidak ada etika tertentu tapi saya berpegang pada prinsip semuanya perlu berada dilandasan yang betul dan sederhana. Makan sederhana, menghias diri sederhana bershopping pun sederhana (saya pergi masa sales aje..ha.ha. Kalau tak sales jangan harap saya nak beli barang mahal-mahal).
Memang ada beberapa kali Qaisara dipanggil casting, untuk iklan telivisyen tapi saya menolak. Kemudian dipelawa memasuki beberapa pertandingan kanak-kanak comel juga yang saya tidak pernah menerima.
Saya sebenarnya tidak mempunyai impian yang tinggi untuk anak saya. Walau comel mana dia sekali pun saya mahu dia melalui hidupnya dengan biasa sahaja, sebab itu saya biarkan dia bermain tanah (pernah dalam dok main dia terceduk tahi kucing..rasakan..ha.ha.ha) dengan sepupu-pupunya, saya biarkan tangannya yang mulus berasa gigitan nyamuk dikampung kerana bagi saya di zaman serba moden ini, dia perlu belajar susah walaupun kesusahan itu hanya sedikit sahaja dibandingkan dengan saya berpuluh tahun dahulu.
Saya tahu kalau saya masukkan dia ke grooming kelas, dia pasti suka. Kerana dia suka dengan sesuatu yang cantik. Dia selalu mengatakan dirinya princess, dia suka dengan pengilat kuku, lipstik dan semua barang menghias diri. Tetapi saya tidak mahu dia khayal dalam kehidupan.
Saya tidak mahu kerana berasa senang dari kecil, dia menjadi manusia yang tidak punya rasa simpati pada orang lain. Saya takut kalau satu masa nanti saya tidak ada, dia tidak dapat menyesuaikan diri dalam kesusahan.
Dan saya mula terfikir..sebenarnya menjadi emak zaman sekarang berkali-kali lebih susah dari zaman dahulu...


14 comments:

Leeza said...

saya sangat setuju dengan pandangan akak ini.Saya sendiri merasa amat susah membesarkan dan membimbing anak2 lelaki yang tengah remaja. jika kecil bolehlah pukul tapi dah besar ini, kita piat telinga, tangan kita sendiri yang sakit. betullah pepatah melentur buluh biar dari rebungnya tetapi za melentur buluh yang dah jadi buluh betung.sabar ajelah.

Deeeee said...

Salam Kak Yati,
Saya setuju dengan akak. Walaupun tidak punya anak, tapi Dayah rasa memang sukar membesarkan anak dalam dunia serba tekno ^_^

Dulu cabarannya lain. Sekarang bermacam-macam cubaan. Moga Qaisara membesar menjadi wanita solehah dan berilmu, amin.

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

walaupun Teta main tanah & terpegang tahi kucing,die tetap comey!hikhikhik..

xperlu nk masuk pertandingan ratu cantik utk nmpk cantik..yg penting jati diri & nilai murni yg ade dlm hati die..tu lebih bermakna..kn kak?

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kadang2 masyarakat kita kalau sebut popular atau terkenal, mesti dikaitkan dengan selebriti. sebenarnya popular atau terkenal orang tu boleh juga pada bidang lain. tokoh perniagaan popular pada kelompok mereka. tokoh politik, tokoh sasterawan, tokoh saintis, dan macam-macam lagi. InsyaAllah Qaisara akan jadi somebody dalam bidang yang diminatinya kelak macam ibunya jugak. =D

Pija Madzlan said...

Tabik K.Yati!!!

Bukan apa, sekalipun anak dara kita comel tapi biarlah dia melaluinya dengan normal. Tidaklah bermaksud mengatakan kalau hidup di alam glamer itu tidak normal tetapi alam itu mungkin akan menjauhkan anakdara dan teruna juga tidak kenal penat jerih. Sungguh glamer & kesenangan itu sangat sinonim....

jayhf said...

Salam Pn Norhayati. Sy adalah salah seorang pembaca blog anda sejak setahun ni... Masliza yg introducekan. Berkenaan dgn cabaran menjadi ibu, sy amat setuju dgn tindakan puan kerana anak2 kita skrg dah terlalu jauh dari zaman kita dulu2. They are now mostly 'spoon fed'. Sy acap kali menyatakan kepada parents lain bahawa nilai2 yg anak2 kita bawa ke sekolah mahupun apabila berada di luar rumah ada nilai2 dari diri kita iaitu ibu bapa mereka. Kita adalah guru2 pertama dalam hidup mereka sekaligus sekolah terawal dalam hidup mereka juga. Walau apa pun... sy suka cara puan berinteraksi dgn anak puan and my hats off to you and your husband...

ain said...

bila difikirkan semula, mmg betul apa akak cakap, menjadi ibubapa sekrg lebih mencabar dr dulu. anak2 sekrg sejak lahir sdh hidup selesa dn kita sebagai ibu bapa mahukan anak sentiasa cukup dn tersedia segalanya hingga kita lupa utk menyediakan anak2 dgn kekuatan mental dn fizikal jika ditimpa kesusahan. Rasanya ini terjadi sbb kita selalu berkata.."aku tak mahu anak aku lalui kesusahan yg pernah aku lalui dulu..!"

Ida Ra said...

saya setuju dgn kak Yatie,

Marzalina said...

kak..zaman dulu, ibu-ibu banyak mengalami kesusahan dari segi meterial dan wang ringgit..zaman sekarang pula terbalik, wang ringgit bukan lagi satu ksusahan..sebaliknya nak mendidik anak2 tu yg payah kan...intan rasa biar anak2 merasa susah sedikit, sekurang2nya mereka akan tahu menghargainya kelak...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Za..anak2 remaja dapat yang dilahirkan lembut dan skema macam ojan tu taklah susah sangat..ha.ha, tapi kalau yang rumah menjadi hotel dan diluar menjadi rumahnya..aduh mesti susahkan..

Dayah..cabaran dulu dari segi material, tapi ruang lingkup anak2 masaih dekat dengan emak ayah, dengan agama.tapi skrg..macam2..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

jim..betul apa yang jim cakap tu..he.he sesekali ko bercakap jim memang meletup..ha.ha.ha

Nuar..rasanya tak perlu popular sangatlah nuar, biarlah hidup bersederhanakan..dalam apa perkara pun..

sitisifir, glamor tak sampai ke mana2, walau kadangkala qaisara dimanjakan tapi dia harus tahu asal usulnya...

jay..saya setuju dengan jay, anak2 sekarang been born with a silver spoon in his mouth.Jadi kalau boleh tak mahulah anak2 ini terlampau terdedah dengan glamor dan kesenangan yang keterlaluan

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ain..
dari segi material memang kalau boleh kita provide apa yang kita ada utk anak2 tapi apa2 pun mesti ada batasnnya bukan..

Intan betul tu, dulu2 emak bapak susah dari segi makanan sahaja, menjaga kita bukan susah sangat, dia orang main bantai aje..tapi kita sekarang terlalu menjaga psikologi anak2..

Nadiah Sidek said...

sy pun setuju dgn kak yati. cabaran membesarkn anak2 skrg tak sama mcm dulu. sy pun risau gk cmne la anak sy bila besar nnt mdh2an anak2 kita jd anak yg soleh/ah & jd muslim/ah sejati..ameen..

dlittlekitchen said...

salam... sy stuju sgt, dunia skrg mcm2 dah jadi, takut derang confuse nnt, lari dari landasan... Kita menjaga amanah Allah, dari kecik ni lahh kita corakkan dia...

Pergi dinner office baru2 nih, ramai yg bertudung di office, mlm tu berkemban... macammana tu?

Nauzubillah, mintak dipelihara anak2 kita...