Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 8, 2009

SHEMBAYANG UMI SHEMBAYANG..

Sudah beberapa hari Qaisara demam. Hari pertama dia menangis-nangis kata kakinya sakit. Hari kedua dia sudah melompat-lompat walau badannya panas. Dia enggan minum ubat yang diberi oleh klinik tetapi lebih suka dengan panadol air berperisa strawberi. Tetapi yang membuat saya gembira, walaupun dia dalam keadaan sakit kalau terdengar azan daripada masjid penjara Kajang yang tidak jauh dari rumah saya dia pasti akan berkata. Umi shembayang umi shembayang (S Qaisara memang selalu jadi SH).
Dia akan mengambil telekungnya, membentang sejadahnya dan juga mengambil sejadah saya.


Gambar lama yang saya tempekkan di sini. (Qaisara sudah ada telekong baru berwarna merah)

Dia akan berlari mengambil wuduk walaupun kadangkala dia lupa mana yang perlu didahulukan. Kadangkala dia basuh tangan dulu, kadangkala muka dahulu..ha.ha.ha. Tetapi tidak mengapa saya yakin bila usianya sudah meningkat 4 atau 5 tahun dia sudah pasti boleh mengingati tertib-tertib mengambil wuduk.
Solat budak-budak tahu sahajalah bukan betul pun. Berkali-kali saya beritahu dia jangan bercakap dalam solat. Tapi mana didengarnya. Belum saya sujud dia sudah rukuk kemudian naik semula dengan tersengeh-sengeh bertanya.


"La..umi belum lagi ke?" itu pertanyaan Qaisara dan kadangkala
"umi shalah ya?"
Kalau dahulu-dahulu saya tidak boleh tahan ketawa, sekarang sudah boleh tahan. Cuma part yang masih tidak boleh saya tahan tersenyum apabila sujud pasti dia akan meniarap. Puaslah saya ajar dia, dia lebih suka meniarap kerana kata dia sujud susah. Meniarap lagi senang..ha.ha.ha
Semalam Lizabujang memberitahu saya.
"Ramai ibubapa marah anak-anak mengacau mereka bersolat."
Bagi saya, walau solat kita terganggu macam mana sekali pun. Anak-anak jangan dilarang sama sekali untuk bersolat bersama kita. Ketika Qaisara masih kecil. Suami memang membawa dia bersolat bersama. Mengelek Qaisara di tangan kanannya. Bila sujud dia meletakkan Qaisara di lantai dan kemudian mengangkat semula apabila dia berdiri. Qaisara pasti suka kerana sekejap turun dan sekejap naik.
Memang orang-orang ditimur tengah sering membawa anak-anak ke masjid, walau mereka bayi lagi. Bahkan ketika bersolat mereka akan mendukung anak-anak ini. Semuanya dilakukan dengan tertib dan dengan cara tidak membatalkan solat. Ini dapat menanamkan kecintaan anak-anak dengan solat
Ketika mengaji Al-Quran pun saya letak Qaisara di peha saya. Walau kadangkala hanya satu muka surat sahaja saya terpaksa menghentikan bacaan kerana Qaisara sudah meramas Al-Quran saya, tetapi saya tidak berputus asa. Setiap kali mengaji setiap kali itulah Qaisara berada di pangku saya (cuma bila sudah besar, meramas sudah diganti dengan menconteng ha.ha.ha)Anak-anak walau tidak dilatih tetapi kalau ibu bapa menunjukkan contoh yang baik, anak-anak akan mengikut apa yang kita lakukan.
Seperti Qaisara yang juga kaki berjalan dan bershopping seperti uminya..he.he.he. Dalam sakit-sakit begini dia masih boleh berkata.
"Umi jom..pergi Alamanda.."
Ha.ha.ha..



10 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ikon muslimah qaisara besar nanti...aminnnnn =)

p/s: umi dia dok ke sogo kalau shopping, anaknya ke alamanda pulak...upgrade skt...baguslah tu...kehkehkeh

fieyra said...

kak yati...teta usia brape sebenarnye??fieyra ingatkn dh 5tahun...

Leeza said...

salam akak...
pembelajaran anak2 bermula dari pemerhatian. memang sepatutnya ibubapa menggalakkan anak2 belajar bersolat sejak kecil.

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

ala,comey sgguh teta bertelekong..leh r wat isteri tu..hakhakhak..

HIJAB PARADISE said...

teta dan balqis?
dua2 anakmu kakak?

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar...AMIN..ha.ha..baru balik dari Alamanda tau!

fieyra si teta tahun depan 4 taunlah dia. Badan aje besar..usia kecil lagi..he.he

Za..betul, kita sebagai emak kena tunjukkan contoh yg terbaik..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

jim..ha.ha..berjanggut nak tunggu teta bersuami..masa tu akak pun dah bongkok tiga..kot..

bella, balkish tu anak kakak akak, tapi dia panggil akak umi..

Nadiah Sidek said...

bagusnya qaisara. moga jd anak yg solehah...ameen..

GREENJADE said...

alela dlm ape posing pon.. Teta tetap somel & ceria hehehe

bebudak..kan akak..mmg cpt blajar dr their observation... :)

Ina Hashim said...

awwwww she's soooo cuteeeeeeeeee