Syukur Alhamdulilah, kakak saya Mijah sudah selamat berangkat ke tanah suci dan sudah sampai di Madinah. Pada 30hb, kami sekeluarga menghantar kakak dan abang ipar saya ke Kelana Jaya. Kerana hujan yang lebat, driver saya sudah tersesat di persimpangan masuk ke bandar Sunway..keh..keh. Jadi perjalanan yang seharusnya 45 minit menjadi hampir 2 jam. Tapi syukur Alhamdulilah, ketika kami sampai...hujan rahmat yang turun sudah berhenti. Sempat tiba untuk bersolat maghrib.
Sempat mengambil gambar kenangan bersama bakal haji dan hajah.
Sementara menunggu, perut mula berbunyi. Nasib saya ada membawa bekal nasi goreng dan ayam goreng. Masing-masing kelaparan selepas sesat dalam hujan lebat..ha.ha..ujian ALLAH.
Tengok baba dengan anak yang sempat lagi berposing..sambil menunggu.
Abang ipar sibuk memeriksa beg yang dibawanya. Seyit Kara sibuk berposing..ha.ha..
Paling gembira kak saya pergi haji sudah pastilah si Qaisara. Kenapa tidak..abang Ojan dan Hakimnya akan duduk dengan saya.Anak-anak ini di amanahkan kepada saya menjaganya. Insya-ALLAH saya akan galas tanggung jawab selama 45 hari ini dengan baik.
"Hakim jangan nakal, nak exam buat betul-betul, jangan merayau-rayau.." itu agaknya pesan kakak saya pada Hakim.
"Ojan, umi ada tinggal kain baju jangan lupa basuh, bagi nasi dalam periuk dekat burung di belakang rumah, kemas rumah, buang semua sampah. Jangan bagi kucing masuk rumah"
ini amanat kepada Ojan pulak..ha.ha.ha (semalam semuanya sudah kami lakukan..)
Abang ipar sibuk memeriksa beg yang dibawanya. Seyit Kara sibuk berposing..ha.ha..
Paling gembira kak saya pergi haji sudah pastilah si Qaisara. Kenapa tidak..abang Ojan dan Hakimnya akan duduk dengan saya.Anak-anak ini di amanahkan kepada saya menjaganya. Insya-ALLAH saya akan galas tanggung jawab selama 45 hari ini dengan baik.
Malam ketika kakak saya berangkat, rata-rata yang akan terbang tidak menggunakan muassasah tetapi menggunakan pakej. Mungkin rata-rata yang pergi agak berada. (saya melihat ada yang membawa bagasi LV). Jadi zon menutup aurat di kawasan kompleks tabung haji langsung tidak dihiraukan. Sedih melihat usia sebaya saya tidak mengendahkan arahan ini, bahkan ada yang memakai seluar bercawat pendek sehingga apabila duduk menampakkan alur punggung. . Apakah semakin kita berada dan kaya, semakin kita bersifat kurang ajar pada ALLAH dan sesama manusia. Saya tahu ramai yang terganggu dengan manusia-manusia yang tidak menghormati majlis sebegini. Moga-moga mereka ini akan mendapat hidayah.
Kepada kakak saya dan abang ipar, doa saya moga-moga kedua-duanya mendapat haji yang mabrur
Kepada kakak saya dan abang ipar, doa saya moga-moga kedua-duanya mendapat haji yang mabrur
8 comments:
Semoga kak Jah dan abang dipermudahkan dalam mengerjakan ibadah haji. Semoga kita pula berpeluang mengikut jejak beliau secapat mungkin....amiiinn.
smoga mereka dpt tunaikan haji dgn sempurna & kembali ngan selamat nnt..
wah!suke tgok teta posing ngan baba die..next time nk tgok teta ngan umi die plak..ngee..
selamat pergi dan selamat pulang dengan selamat kakak akak sekeluarga menunaikan haji =) amin...
isk ade gak yer yang jenis tak prihatin cenggitu ... takperlah, doakan yang terbaik mudah2an diorang dpt hidayah dari Nya dan mintak2 kita pun dijauhkan dari wat gitu..amin
Memang teruja menghantar org pergi menunaikan fardu haji di Kelana Jaya ni....Kita dah mengalaminya pda 21/11/07 dihantar ke Kelana Jaya penerbangan 2ptg memang seronok ramai yg dtg siap berkelah lagi,Paling terharu bas yg membawa semua bakal2 haji dan hajah ke Lapangan terbang di iringi polis ...Wah rasa cam VIP pula. Alhmdullilah segala perjalanan dan pekerjaan ibadat haji dan umrah dpt dijalankan dgn sempurna.. Cuma yg sedeh sepupu yg sama pergi tu setelah 7 bln kami kembali ke tanah air meninggal dunia kemalangan arwah meninggalkan 5 org anak yg bongsu dlm darjah 2...
Semoga kak Mijah dan suami mendapat haji mabrur. Insyaallah.
selamat menunaikan ibadah haji buat kak mijah =)
semoga kak mijah dan suami sentiasa dipermudahkan sepanjang beribadat di sana.
Post a Comment