Pengenalan dimulakan dengan NB melukis manga. Ha.ha.ha... Dah tukar proffesion. Aduh.kalaulah saya boleh melukis, alahkah bahagianya saya. Saya memang suka melihat orang melukis dan saya kagum dengan orang yang berbakat melukis tapi saya memang tak pandai melukis. Bak kata si Jim, jadi orang lidi..ha.ha.
Hari Jumaat yang lepas saya balik ke kampung ambil Hakim yang bersekolah asrama di sana. Jadi di kesempatan itu saya bawaklah anak buah saya yang lain makan rojak di Jalan Bunga Raya berdekatan dengan kampung jawa. Rojak yang rasanya 30 tahun dahulu berharga 50 sen sekarang sudah berharga RM2.80. Rasanya tetap sama walaupun sudah bertukar dari bapak ke anak.
Tengok ramai tak anak buah saya. Kami juga meraikan Irfan (berbaju kotak merah) yang mendapat 2A 3B dalam UPSR. Walau tak banyak dapat A, tapi saya bangga. Beliau yang bersekolah Arab sebenarnya mengambil UPSRI juga di bawah kelolaan kerajaan Kelantan (saya tak ingat berapa A dia dapat tapi rasanya banyak jugalah A Sirah, Fekah, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, entah apa lagi..saya lupa) terpaksa menumpang sekolah lain untuk mengambil peperiksaan UPSR pula.
Lepas tu saya bawak anak-anak seramai 7 orang bersama Qaisara ke Jusco bermain di sana. Masing-masing mendapat kasut baru kecuali Ojan yang tidak mahukan apa-apa. Hakim dan Irfan meminta kasut bola. Saya bayangkan kalau anak saya 8..woiii..seronok tapi rasanya boleh kopak mak bapakkan..ha.ha..
Siap bungkus bawak balik lagi untuk ayah saya dan ahli keluarga yang tak ikut..Qaisara menyorok pulak dibelakang.
Hari Sabtu malam kami balik ke Kajang. Ketika bosan berada di dalam kereta. Saya ajar Ojan dan Hakim satu permainan. Mencampurkan nombor kereta yang lalu dilebuhraya. Siapa cepat dapat meneka kira terrorlah.
Cnthnya.WDG3544 =3+5+4+4=16
Kami berlumba-lumba meneka. Selalunya saya yang menang. Sampai Ojan cakap dengan saya. Apalah andak ni..laju sangat dan sesekali saya bagi Ojan dan Hakim menang! Ha.ha..
Tapi usaha kami telah gagal separuh jalan kerana hujan telah turun dengan lebatnya dan nombor kereta yang lalu dilebuhraya tidak dapat dikesan dengan mata kami.
Jadi kami hentikan dengan berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran supaya dihindarkan dari sebarang bencana. Yelah..jalan raya langsung tak nampak! Lebat sungguh!
Manusia tahu sahajalah mudah lupa dengan dugaan. Habis sahaja meredah hujan. Ojan membuka lagu enjit-enjit semut version apa ntah dari handphonenya.
Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
Enjit2 semut siapa sakit naik atas.
Enjit2 semut siapa sakit naik atas
Enjit2 semua siapa sakit nait atas.
You may have burger
we have ketupat
you may have bruce lee
we have hang jebat..
You may have plays station
we play wau bulan
Saya pun tak tahu lagu siapa, tapi kami nyanyi beramai-ramai dalam kereta dan Qaisara yang tadi sibuk sahaja nak mencampur nombor kereta tapi tak pernah kena pun akhirnya hilanglah bosan....
Ini karya terbaru Ojan yang belum siap sepenuhnya. Saya yang terlebih suka, asyik bertanya dah siap belum..ha.ha.
Ini sebahagian rencam cuti sekolah dan mungkin banyak lagi kerana saya sedang berkira mahu membawa mereka sama ada ke Sarawak atau Pulau Pinang. Cepatnya masa berlalu, hanya ada dua minggu lebih sahaja untuk bersuka-suka dengan mereka. Bak kata Ojan.
"Cepat andak ya dah sebulan, tinggal berapa minggu aje lagi nak jalan-jalan dengan andak.."
Dan hari ini agenda kami menuju KLCC. Kata Ojan dan Hakim mereka tak pernah pergi KLCC? Mungkin dia orang lupa masa mereka kecil dan saya belum berkahwin, saya sering bawa mereka ke sana...Dan yang benar-benar membuat saya terharu semalam. Ojan bertanya saya, kenapa saya tidak membuat tambahan bahagian dapur seperti yang saya cadang sebelum ini. Tapi saya beritahu Ojan, malas sungguh saya mahu mengambil kebenaran dari MPKJ. Tahulah, semua perkara di rumah saya yang harus selesaikan memandangkan suami warga asing. Sempat Ojan memuji saya dan saya beritahu Ojan satu masa nanti, nak cari isteri, cari yang macam Andak.
"Masalahnya andak, rasanya susah nak cari isteri macam andak. Entah ada ke tidak." jawap Ojan. Ha.ha.ha.. Ojan bodek sayalah tu!
10 comments:
seronoklah anak2 buah akak dapat andak yg sporting...angkut mereka bawak p jalan2...dapat hadiah lagik =D
kak....mai la penang hehehehe =) nak berkenalan ngan si ojan hihihi
hahaha..meriah sungguh!
jim pun suke mlayan bdk2..mcm2 kerenah..but kdang2 leh semput klu mlayan bdk2 reramai ni..kikiki..
jim nk lyn anak buah jim si Arina yg sorg tu pun leh semput tau..mcm2 benda die nk..tp sumernya die mintak kat ateh(jim) die je..tu yg xthn tu..kikiki...
masa sy skolh rendah cikgu pon soh practice mengira guna no. plat keter.. mmg effective...
bestnya dpt andak mcm kak NB, tak lokek ngan anak2 buah!
psst...ojan pandai melukis ye. cantik tu!!
bestkan dpt ceriakan diorang semua. tersenyum lebar ida membaca entri ni. hati rasa ceria sahaja. terbayang2 di mata.. telatah diorang waktu meneka jumlah no plat tu.
nanti akak bawak diorang g jalan2, akak masukkan kat sini yea. letal pic byk2 tau... hehe...
betul kata ojan tu, bukan senang nak dpt yg macam andak dia ni... hehe..
eh! anak sy pun nama Irfan sama mcm anak buah kakYati. dia pun dpt result 2A 3B dlm UPSR baru2 ni. soalan yg paling touching dia tanya kat saya ialah "ibu tak happy ke sebab adik dapat 2A aje?" uwaaa... tersentap saya dibuatnya. terus sy rasa bersalah sbb asyik compare dgn result 2 org cousin dia yg dpt 5A kedua2nya.
sweet talker Ojan nih, untung isteri dia nanti hehe
Salam kak yati wahh..seronok akak ya bawa budak2 jalan2 he..he..ojan sama macam muzakkir kak suka melukis mangga tu..he..he..tapi liza marah kat dia sal kurang belajar banyak melukis,liza tak larang melukis jika tu minat dia tapi dia kena belajar juga untuk o level yg bakal didudukinya..harap md berjaya..nanti liza letak kat blog apa yg dilukis muzakkir..he..he..
yer kak yati
saya pun suka jugak main add no plate kereta tu. the winner tentu-tentulah mak hihihihi.
Syok kalau travel long journey..time tu la nak borak2 santai dgn anak2, main kuiz tah apa2 kuiz. Abang cukup suka kalau buat kuiz hihihihi. Tapi yang tension tentulah yang menjadi pemandu...
anak ramai memang letih tapi enjoy!!!!!
Post a Comment