Saya memang amat jarang menonton telivisyen. Berita pun jarang saya tengok, biasanya kalau berita saya membaca di internet kerana berita-berita tersebut tidak hanya berpihak pada sebelah pihak. Semalam saya menonton drama Mabuk Estrogen di Astro. Terpikat sungguh saya dengan cerita tersebut dan menyebabkan saya melekat di hadapan telivisyen. Cerita mengenai 3 wanita yang mewakili 3 generasi, ke tiga-tiga mereka bercuti di sebuah resort yang mempunyai tasik di atas sebab-sebab tertentu.
Mona yang berusia 20an bakal menamatkan zaman bujangnya dengan suami orang, Lina pula seorang janda yang terpaksa berhempas pulas selama 5 tahun untuk dilepaskan sedangkan si suami sudah bergembira dengan perempuan lain dan mempunyai 2 anak dan yang terakhir Kak Timah, wanita yang sentiasa menjaga tingkahnya, menutup aurat, tidak lupa bersolat walau di mana sahaja berada dan berhati murni dan berbaik sangka.
Saya benar-benar tersentuh dengan watak Kak Timah, wanita yang dihantar suami ke resort untuk muhasabah diri bersama borang poligami yang perlu ditangani kak Timah.
Ketiga-tiga wanita ini dipendekkan cerita terkandas di tengah Tasik ketika mahu memancing. Di situ rahsia masing-masing terbongkar di mana Kak Timah memberitahu, suaminya (digambarkan memakai serban.mungkin orang tabligh) selama 10 tahun berkahwin tidak pernah menyara kehidupan mereka berdua. Kak Timah (lakonan Sheila Rusly) yang bekerja di pasar ikanlah yang menjadi penyumbang ekonomi.
Rabak sungguh hati mendengar pengakuan kak Timah. Walaupun cerita tersebut hanya sebuah drama tetapi saya tahu hakikatnya perkara itu terjadi di luar sana.
Saya teringatkan satu keluarga yang amat rapat dengan saya. Suami meninggalkan isterinya kerana kononnya mahu mendalami ke jalan ALLAH, tetapi berkahwin lain tanpa pengetahuan si isteri. Paling menyedihkan si isteri sudahlah menanggung diri sendiri dan anak-anak. Isteri juga terpaksa menanggung suami dan juga madunya, tanpa ketahuan isteri pertama.
Memang hidup tidak pernah adil. Tetapi mengunakan agama untuk mempergunakan isteri sendiri bagi saya, lelaki itu bukan manusia tetapi binatang (penguin pun sayangkan pasangannya). Kenapa manusia sewenang-wenangnya mempergunakan nama ALLAH untuk kepentingan sendiri?
Mabuk estrogen menghantar mesej pada kita, wanita bagaimana baik sekali pun hatinya perlu sedar haknya di sisi Islam dan undang-udang.
Kak Timah menyedarkan saya betapa ramainya wanita yang berada di luar sana seperti Kak Timah yang perlu saya perjuangankan melalui tulisan saya...
Kak Timah menyedarkan saya betapa ramainya wanita yang berada di luar sana seperti Kak Timah yang perlu saya perjuangankan melalui tulisan saya...
11 comments:
saya setuju dgn akak, ramai lelaki meggunakan agama utk berkahwin lain, dan meggunakan agama utk 'mengugut isteri'utk berkorban. kdg2 saya kesian bila suami keluar utk menyebarkan agama, anak bini ditinggalkan sehelai sepinggang shj dirumah. dah lah selalunya anak memang ramai, terbiar mcm tak berbapa pulak. saya tengok pun jd kasihan. Mungkin pas ni, akak boleh tulis satu novel tentang masalah ini.hehe
setuju!
saya ada tengok drama ni
berulangkali sebab suka dengan mesejnya
betul kak yati. Saya pun tengok banyak kali cerita ni. Saya kasihan tengok kak Timah yang asyik menjaga aib suaminya tetapi suaminya langsung tidak bertanggungjawab (emosi sungguh saya ni walaupun itu hanya cerita).
Akan tetapi, saya juga selalu melihat yang penulis skrip/pengarah/penerbit semacam sangat gemar mengangkat kisah isteri terdera/terabai dengan suaminya adalah org berjubah/berserban atau berlatar belakang agama yg hebat...ianya kadangkala boleh 'mislead' penonton yang hanya menonton tanpa berfikir...
Filem pun sama-fenomena, berlari ke langit, wanita melayu terakhir. Semuanya mengangkat tema yg sama...terkongkong dengan suami berjubah/berserban....mungkin penggiat seni ini perlu lebih bersifat terbuka dan lebih mendalami sesuatu tema itu dengan lebih kreatif-bukan stereotype.
Seronok bila akak tulis penguin pun sayangkan pasangannya...ahahaha...but the worst part is as u said. Pss...dulu suami saya pun pernah mengumpan payung emas buat saya, tapi saya memilih untuk mengajak suami supaya berfikir akan buruk baiknya dia memberi saya payung emas... suami saya juga dalam golongan 'ustaz2' tapi bukan tabligh..hampir 7 tahun bersama, kini ALLAH telah beri kemanisan selepas kepahitan yang saya hirup bertalu2 dulu.. :)
Inilah perkara yang paling saya takuti.. Nauzubillah .. Mintak dijauhkan kejadian ni dalam rumah tangga saya... Selalu remind hubby dan diri sendiri.. Walau apapun yang nak buat please fikirla effectnya pada anak2 nanti... Klau sayang anak2 jangan la buat mende yang tak tentu arah... Sometimes setia kita pun perlu ada hadnyer...
menarik je entry akak kali ni..jim paling xsuke owg yg menggunakan Allah utk kepentingan diri..dowg tu xsedar ke dosa yg dowg dah buat??ape guna ilmu agama yg tggi tp xtau nk beza baik dan buruk perbuatan mereka..
SETUJU BEBENOR ngan kak yati...
sekali penguin jadi contoh...marah sgt tu...hihihi...setuju dgn entry ni =)
aiseh nak kena cari citer ni, donlod dan tengok.
mmg pon akk
kawen ikot agme
tp lgsg xde tggjwb ikut agme
ikut redah dorg jek
mne laa ank2 skang dah xcm manusia jek
betul tu kak. berdakwah itu perlu tp bkn dgn cara mengabaikn tanggungjwb terhadap isteri & anak2
Post a Comment