Ada orang bertanya dengan saya, kenapa blog saya tidak macam blog penulis lain. Bercerita mengenai kesibukan menulis macam sesetengah penulis yang bertapa sampai setahun untuk menulis..ha.ha aduh nak bertapa setahun? Bercerita mengenai buku saya dan bercerita mengenai pujian orang terhadap karya-karya saya.
Memang saya tidak pernah letak apa-apa ulasan orang lain, di blog saya mengenai karya saya, saya tidak pernah bercerita mengenai kesibukan saya sebagai penulis kerana bagi saya pujian/kritikan dan kesibukan sebagai penulis itu tidak ada yang uniknya. Bertahun-tahun saya menjalani kehidupan sebagai penulis dan tak ada apa yang mahu digembar gemburkan.
Karya Ojan, walau tidak begitu bagus tapi sudah memadai bagi saya.
Saya lebih suka bercerita mengenai kerenah anak saya kerana saya tahu apa yang berlaku sepanjang tumbesaran anak saya ini jika saya terlepas pandang ianya tidak akan berulang kembali lagi (minta maaf kalau ada yang muak saya cerita pasal Qaisara). Saya suka menulis mengenai apa yang berlaku disekeliling kerana untuk ingatan dan teladan kita.
Dan mungkin seminggu dua ini saya akan banyak bercerita mengenai Ojan dan Hakim pula.. Selama 7 minggu saya dipertanggungjawab menjaga Hakim dan Ojan. Walau terpaksa melalui sedikit kelainan dalam hidup, tapi saya gembira. Hakim dan Ojan mempunyai kerektar yang cukup berlainan. Kalau Ojan suka memerap dalam bilik, Hakim suka bermain bola. Hakim suka mendengar lagu, si abang suka melukis manga.
Bahkan dalam pemakanan mereka mempunyai cita rasa yang amat berlainan. Hakim sukakan meehon, Ojan sukakan mee. Ojan suka sotong, Hakim pula sukakan kerang. Kalau Hakim suka telor, Ojan pula sukakan ayam. Dicampur dengan suami yang jarang makan masakan melayu. Dapur saya jadi gawat dan keluarlah komen dari pembantu rumah saya.
"Umi..kita dari pagi sampai petang asyik berada di dapurkan?"
Tanggungjawab menjaga anak buah ini mungkin tidak akan berulang lagi. Jadi saya perlu nikmati kehidupan bersama mereka berdua dengan sebaik-baik. Seperti saya menikmati kehidupan saya dengan Qaisara.
Dan ketika menjaga mereka barulah saya tahu Ojan suka melukis! Ya ALLAH bagaimana saya terlepas pandang. Anak yang dahulu setiap hari tidur di celah ketiak saya sehingga berusia 9 tahun, yang saya anggap macam anak saya sendiri. Pernah saya menangis kerana kerana terpaksa berpisah dengannya kerana saya berkahwin. Sudah besar dan tidak saya ketahui hobinya.
Ya..menemani Ojan melakar lukisannya, sukar saya gambarkan perasaan bangga saya terhadap dia. Kalau dahulu saya hanya berkongsi bintang dengannya iaitu Aries sekarang saya juga berkongsi citarasa. Kami sukakan seni dan kami juga lebih banyak menggunakan otak kanan.Dan satu masa nanti, jika saya sudah tidak ada lagi, saya benar-benar berharap anak-anak saya ini membaca apa yang saya tuliskan diblog. Saya mahu mereka bangga mempunyai seorang umi atau andak yang sering bangga dengan mereka.
P/S saya sering berdoa supaya siang malam dijauhkan penyakit iblis iaitu membanggakan diri sendiri ..AMINN...
14 comments:
kak yatie...memang blog kak yatie lain dari blog penulis yang lain..hihihi dan intan suka baca cerita tentang teta. Bercerita tentang anak membuatkan kita rasa bahagia...dan sekurang2nya dia boleh baca semula bila dia meningkat dewasa.. :)
k.yati, mak sy slalu pesan "ular menyusur akar x hilang bisa", semoga NB trus success...
dah ada potensi ni, boleh masuk mana2 course kasi polish lagi then lepas tu mesti tiptop kak! campur dgn mainan warna, confirm cantik karya2 manga ni =D
salam kak, biar apa pun telahan org terhadap blog akak ni, pertama kali ida terjumpa, terus melekat hingga kini. Memang blog akak ni unik dan istimewa. Walau byk mana cerita pasal teta, ida xkan pernah jemu. walau bermacam kisah kehidupan sekeliling yg dipaparkan, itulah yg menjadi ulam sebenarnya. kadang2 terasa mcm baca novel jugak bila bc blog akak ni.. novel segera... hehehe.
ida doakan semoga akak sekeluarga sentiasa dlm peliharaan Yang Maha Esa, sentiasa diberi kesihatan yg baik. Amin...
TQ KAK!!!
berbakat betul si ojan..
klu jim melukis,sure kuar produk OWG LIDI je..huhuhu..
jim ni lagi ler pelik..
blajar memasak,tp masak tetap xpandai..suke menyanyi,tp suara xsedap pun? ape r nk jd ek?huhuhu..
Salam Ziarah Kak Yati
Komen yang sebegitu menandakan ada juga yang berminat untuk mengetahui proses kreatif akak.Mungkin untuk panduan diri sendiri...Macam saya.
cantiknye lukisan ojan.. :)
tak kire ape bentuk penulisan@cerita..sy tetap suke blog akak.teruskan berblogging! :)
suke sgt bc kisah2 Teta.kalu la dpt anak serupa Teta yg somel & ceria...bestnye..hehe (mimpi la hahaha!)
kak..Ojan x nak masuk ape2 contest ker?smbil2 timba pngalaman & kembangkan lg bakat beliau..
sy suka je baca cerita psl qaisara. qaisara tu kelakar la..hehe. ojan mmg ada bakat melukis la...blh digilap bakatnya tu
Betul kak....semoga kita semua dijauhkan dr sifat2 sedemikian...itu ant sbb knp saya mengambil pendekatan tulisan yg biasa2 di blog saya krn bimbang muncul sifat2 ini...
Bertuah anak2 buah akak punya mak sedara baik cam ni....nak jd anak buah angkat boleh? ha...ha..ha...kah...kah...kah...
intan..betul sangat2 apa yang intan cakap ni, lebih2 lagi kita yang anak hanya seorangkan..he.he
Roza..betul tu roza..Assalamuailaikum utk emak roza ya..
nuar..kalau nuar tahu mana2 course melukis manga ni beritahula, puaslah akak cari ..tak ada..
salam ida..ida sihat tak? semalam pergi restaurant ida dapat makan cheese nan yang sedap tu..puas hati sangat2..
jim kau pun berbakat, berbakat dalam karoke..cayala..ha.ha
marzhani..jadi penulis tak ada apa yang peliknya, kehidupan amcam orang biasa, menulis, berjalan, makan tidur..ha.ha
yatiechomeyl..boleh tahan, kalau digilap lima tahun nanti akan jadi lebih baik..insya-ALLAH..
Tinie..berdoalah selalu supaya dikurniakan anak yang sihat dan comel. Insya-ALLAH tinie muda lagi..
Qaisara memang kelakar dan tepi lebih banyak menngada-gada nadiah..ha.ha
Yelah Milah..mungkin ada yang terlepas pandang tu..mungkin tidak disengajakan..
kakak memang hebat..seorang ibu dan mak sedara yang sangat penyayang..saya paling tersentuh bila akak cerita pasal betapa akak sayangkan ojan dan akim..
Post a Comment