Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 6, 2009

ADUN PENING KEPALAKU SIH!

Satu hari ketika saya sedang makan di luar bersama anak-anak buah saya dan adik beradik saya, saya menerima panggilan telefon yang memeranjatkan. Datang dari pembantu rumah tidak jauh daripada rumah saya.
"Umi, umi tahu tak Sari tu ada affair dengan suami orang?"
Sari adalah pembantu rumah saya. Sudah pasti saya terperanjat. Bila pula si Sari ada affair dengan suami orang, pembantu rumah saya sudah bersuami dan mempunyai anak. Lagipun Sari sentiasa berada depan mata saya. Sering saya bawa ke mana-mana. Dia seperti kawan saya.
"Sari tu bagi lelaki itu baju dan bila isterinya dapat tahu, isterinya itu menangis sehingga gugur. Kalau umi nak tahu. Lelaki itu abang kepada si Eda kawan saya. Si Sari hantar gambar bogelnya kepada lelaki itu, sehingga isterinya gila."
Eda itu adalah pembantu rumah juga. Setahu saya depan mata saya si Eda memberi baju kepada Sari apabila mendapat gaji kerana Sari sering memberi dia makanan. Tidak pernah pun dipakai oleh Sari kerana kurang berkenan tetapi tetap disimpannya.
Beria-ia pembantu rumah tersebut bercerita dengan nada yang marah dan katanya dia mahu berjumpa dengan Sari dan menampar pipi Sari.
"Chop..chop.." saya memotong kata-kata pembantu rumah tersebut.
"Kalau Sari ada affair dengan lelaki orang kenapa kamu yang beria-ia. Bukan Eda atau kakak iparnya yang menyerang?" saya mengutarakan pertanyaan. Pembantu rumah itu diam.
"Dia telah menyakitkan hati saya, dia cakap saya pengemis. Sebab itu saya sedikit emosi umi.."
Akhirnya dia mengaku. Dan tidak puas hati dengan ceritanya saya beritahu sari saya mahu bercakap dengan Eda untuk mendapat cerita lebih lanjut.
"Astaghfiruallah bila masa Sari ada affair dengan abang saya umi, jangan dimasuk dalam hati kata-kata si Ana itu. Mungkin dia nggak waras.."
Pening kepala saya, saya sudah dilibatkan dengan pembantu rumah yang tidak sedar diri ini. Apabila disiasat rupanya semuanya berdasarkan cemburu. Pembantu rumah bernama Ana ini memang satu masa dahulu pernah meminta kerja dengan saya, tetapi saya tolak kerana satu alasannya, dia pembantu rumah jiran saya. Masakan saya mahu mengambil dia. Kedua saya melihat anak-anak yang dijaga tidak kemas. Hingus anak-anak meleleh dan anak-anak dipakaikan baju koyak rabak. Saya selalu menegur dan memberi anak-anak ini makan.
Bahkan dengan Ana sendiri saya sering memberi dia makan kerana katanya di rumah tidak ada apa-apa untuk dimakan. Bahkan dengan pembantu rumah lama saya, saya masih ingat setiap pagi dia akan datang dibelakang rumah saya dan bertanyakan apakah ada makanan untuknya? Sikap Ana yang suka meminta-minta itu kadangkala membuat saya marah.
"Nanti kau cakap dengan umi aku tak mahu baju kurung raya ini, aku mahukan blouse.."
Itu kata dia pada Sari, memang setiap raya saya akan berikan pembantu rumah di kawasan rumah saya baju, telekong dan sebagainya. Tetapi tahun ini saya tidak ada masa untuk mencarikan baju raya, saya ingat selepas raya saya akan beri mereka duit raya. Jadi apabila hari raya hampir tiba, baik baju kurung atau blouse masih tidak Ana terima. Lantas si Ana bertanyakan pembantu jiran-jiran lain apakah mereka mendapat hadiah dari saya. Kebetulan ada seorang pembantu yang saya berikan baju kurung lama saya. Jadi si Ana menjadi benganglah. Dia sangka, Sari tidak menyampaikan kepada dia segala pemberian saya. Dia bertanyakan hal tersebut melalui SMS kepada Sari i dan Sari menjawab.
"Usahlah meminta-minta, orang yang meminta-minta itukan pengemis.."
Dia menjadi marah dan cuba menaburkan fitnah. Fitnahnya bukan sedikit-sedikit tetapi menakutkan. Lantas kerana menjadi marah saya tidak mempercayai cerita pembantu rumah saya mempunyai affair dia mahu memulangkan semua baju yang pernah saya beri. Hal itu diberitahu pada pembantu rumah yang lain.
"Kalu mau dipulangkan, harusnya dipulangkan makanan yang pernah kamu makan. sekali."
Itu nasihat pembantu rumah lain yang mendengar ngadu domba si Ana itu menyebabkan dia bertambah berang...
Kadangkala saya terfikir apakah bencana Alam yang berlaku sekarang salah satu sebabnya kerana manusia menaburkan fitnah sewenang-wenangnya tanpa batas.

21 comments:

Marzalina said...

dasyatnya pembantu rumah tu buat fitnah kak...seram plak intan dengar. tapi memang setuju dengan kata-kata kak..agaknya bala bencana yg datang dari Allah tu kerana banyaknya fitnah.

Madam Casper said...

kak yati
takut baca citer kak kali ni. berani sungguh si ana buat cerita macam tu kan?
agaknya memang style indon macam ni kot (bukan semua la) tidak tahu bersyukur, dengki..sesama bangsa sendiri pun nak cari pasal...

Tgk saja la bila bantuan dr kita pun di asingkan..aduhai..

GREENJADE said...

kerana mulut badan binasa..bagai melepas anjing tersepit gitu.adoyaii

tp..x reti2 nk ambil ikhtibar kan org2 cenggini?nauzubillah

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ya Allah, fitnah melampau2 tuh! kalu lite2 tambah perasa itu ini takdelah kus semangat...ini sampai kata hantar gbr bogel bagai...donia donia =|

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

adoi..nampak sgt kebykkan (bkn sumer) owg2 indon ni jenis yg xmengenang budi..bile kite berbudi,dibalas pula dgn fitnah..

agaknya sbb tu Tuhan turunkn bala kt dowg..tp still ade yg xsedar diri lg..SUBHANALAH!

jim kesian kt owg yg xbersalah bile terlibat dlm bencana mcm ni..sedangkn,owg yg wat jahat,terlepas..

moga2 ade pengajaran yg dowg leh dpt lepas ni..sbb owg yg teraniaya tu yg akan bantu die kembali..WHAT A SHAME..

cian akak sbb terlibat sama..

Suhana Shahril said...

Ish..ish..x sedar dirinya hanya pembantu rumah.
Mmg la dia jg manusia, tp kan lg molek bila kita sedar siapa diri dan apa status kita.
Tp pembantu rumah Indonesia ni terutamanya yg hidup susah..perangainya sukar dijangka jg.Ada yg baik..baik sgt.Ada yg cuba nak kuar dr idup susah sanggup jd pencuri.Macam2 ada.

ain said...

aduss...ngalahkan artis gossip nye itu.hehehe

NIk Fauziah Nik Hussin said...

masya-Allah..mcm2 hal!

yatie chomeyl said...

adus, macam2 hal kandiorang tu akak? bagi salah, tak bagi pon salah hohoo ..pusing kepala

Unknown said...

memang pening dengan karenah dorang ni kan kak, sehingga sekarang saya masih lagi menunggu status pembantu rumah gantian dari seberang. Saya terminate yang lama sbb tak tahan dengan perangainya yg seperti org kena sawan...

Kak, boleh dijadikan part of novel nih!

Intanaziela said...

ish...macam baca novel cerita kak yatie ni...terkejut2 intan jadiknya...sungguh tidak sedar diri pembantu rumah sebegitu ye kak...takut jadiknya..

Nor Azlina Yusof said...

Salam Kak Yati..Seram Aween baca entry akak..Dengan akak2 sekali terlibat dalam cerita pembantu rumah..Realiti hidup kak, orang yang suka meminta minta..tak akan habis or jemu nak minta..Cuma yang ralatnya, orang indonesia nie kalu kat negara derong susah, datang sini buat la kerja elok2, nie duk buat hal cm si Ana..Semoga akak x sakit pala layan karenah si Ana..dan extra sabar deal ngan orang cam dia

idasm said...

macam karenah diorang ni yea... kesian akak tak pasal2 pening ngan perangai diorang.
sebab tulah tanahair diorang selalu aje dpt bencana alam kan...

tp sari akak mmg baik. susah dpt pembantu rumah yg baik mcm sari. akak kim salam kat dia yea... 2 kali dh ida jumpa dia... hehe...

Unknown said...

salam kak.
x sedar diri btl org tu.
buat org naik mrh je.
kesian pembantu rumah akak kena fitnah.haiseh

kalau jumpa dia sekali kasi lempang laju2.
ramai btl org mcm ni kat dunia ni.
haih,saya lak yg geram.
ha ha

Mama Nazhan said...

salam kak yati... dasatnyer pembantu rumah tu ekk! kalau saya jadi kak yati mesti kecut perut gak terlibat ngan org mcm ni... nasib baik kak yati ni brutal jugak...hehe

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Intan..aduh, memang dahsyat..siapa nak ditampar muka pembantu rumah akak, geram kononnya..akak masa tu tak tahu cerita yang sebenar..terperanjatlah juga. Nasib dah ada pengalaman sebelum ini...

Casper.dia orang memang ramai tak bersyukur apa yang kita beri, pembantu rumah tu lebih 3 tahun dok makan kat umah akak, dok minta baju2 mana yang akak tak mau pakai..pengabisan ini dibuatnya,..

Nuar..gambar bogel yang akak tak tahan tu, ha.ha..bukan telefon akak aje, si Suraya pun ditelefonnya..pasal gambar tu..ha.ha..aduh..demam

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Jim..betullah jim, orang yang tak bersalah terbabit sama kerana orang2 macam nikan. Tetapi orang yang bersih hatinya biasanya tuhan lindungi..Insya-ALLAH..

Suhana, ini jenis yang tak sedar dirilah ni. Jenis yang pentingkan diri sendiri..

Ain..ini bukan gossip lagi..fitnah yang amat dahsyat, betapa berdosa kita memfitnah orang..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nik..aku ni kena mandi air tujuk longkang..sbb selalu dapat benda cam ni..ha.ha

Yatichomely.the moral of story..jangan berbaik2 dgn orang macam ni..

Shafahanz, skrg bukankah dia sekat semua pembantu rumah sbb nak naikkan gaji RM800, kerja pun entah apa2..menulis pun ada yang tak tahu. Sedap2 nak minta gaji banyak2kan..

Intannaziela, pasal fitnah ini kadangkala letihlah, akak da biasa hadapi yang macam2..ada jiran pun macam tu, cakap akak nakkan suami dialah, padahal masa dia sakit tak boleh bangun, kitalah yang papah2 dia, bila tak ada duit beli makanan, kitalah belikan dia beras ikan,..pening2 manusia ni..sampai takut nak buat baik lagi...(handsome lagiku suamiku..walaupun botak..ha.ha)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Aween..betul cakap aween tu, dok sini pandai2lah bawak diri, merendah dirilah..ini tidak..akak cuma cakap ngan bibik akak, skrg kamu tahukan..orang2 indon sendiri irihati dgn orang indon..

Ida, setakat ini Alhamdulilah, pembantu rumah akak semuanya okay, kita buat macam keluarga, peristiwa macam ini buat dia malas nak keluar rumah..bagus juga..

Haryati..memang patut dilempangkan, fitnah dia aduh2..padahal si Ana ni kalau bercakap siap keluar hadis..

Bai, pengalaman macam ni da terlalu banyak akak lalui, melepaskan anjing tersepit pun ada..kadangkala sampai malas nak buat baik, tapi macam bapak akak cakap..mungkin tuhan nak tengok, kau masih mahu bersedekah/berbuat baik tak walaupun diduga cam tu..

shila said...

setuju pandangan akak .... melepaskan anjing tersepit, melepaskan beruk terseput, melepaskan buaya terspit atau yg sewaktu dgnnya ..semua itu adalah ujian Allah untuk kita... dosa dia biar dia tanggung...kita pulak jadi berdosa bila membiarkan org lain susah wpun kita tahu susah tu dia yang sengaja cari..........

Amna Faqiha said...

salam kenal kak,
macam2 diaorang ni...tak bersyukur dengan apa yanga ada, smoga malaysia selamat dan aman sejahtera..Amin